Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Saturday, July 31, 2010

:: Kentut Itu Kegembiraan ::

Kentut pon boleh buat kita ketawa.
Marilah kentut bersama-sama tapi jangan bagi bau sekali sebab nanti kadar manusia pengsan di hospital akan meningkat 146 org per 3 minit.

May GOD bless everybody :)


Friday, July 30, 2010

:: Peranganan ::


Perancangannya;

Jumaat: Bercanda berjoli dengan mutants Wan dan Nuida ^_^
Sabtu: Road to Broga Hills with Mr Acan and friends!
Ahad: Piknik bersama girlfriends :)

Dan hasilnya;

AKTIVITI 1
(Jumaat, 30hb Julai 2010)


Berjumpa pukul 8 malam akibat si kenit bleh terjebak dengan jam. Ouh, kesian. Sampai-sampai aje Wangsa Walk kami pon terjebak kat promosi RM10 slimming program. Dah macam ape ntah. Tapi layankan aje.
Ini lah rupa-rupa muka pembanci yang tersohor , muka letih bekerja macam kongsi kong dan muka tensi si kejebakan jam.



Selepas tuh kami pon makan kat TGI semperna celebrating my belated birthday. Huhuhu. Ouh, terharunya. Mekasih cinta-cinta sy.



Pastu kami ke karaoke! Weeee :)






Mereka adalah sahabat baik sy since sekolah rendah. Segalanya bersama diorang bila duka sy duka mereka. Bila suka sy diorang tumpang gembira. Dari sy duduk di rumah UTM sampailah Ibu pergi, Wan pergi dan sy membujang dan menjadi anak dara.. Diorang ada bersama sy, jauh mana terpisah pasti jumpe semula. Sy sayang diorang. Sy tahu diorang pon sayang sy. Thanks besties :)

AKTIVITI 2
(Sabtu, 31hb Julai 2010)


Sungguh fanatik kepada Broga yang akhirnya ke mana kita pegi kawan-kawan? Ok, ke Seoul Garden 1 Utama untuk melantak dan membalas dendam kesumat nak makan seafood termasuklah Mr Acan yang soksek itu. Malangnya gambar-gambar pulak kat camera tak save lagi. Takpe, nanti sy akan cube attach kan ye. :)

Ok, mari kita lihat petikan-petikan kelahapan kami. Mari!








Pelantak-pelantak yang telah kenyang


AKTIVITI 3
(Ahad, 1hb Ogos 2010)


Beriya berjaga awal pukul 6.45 pagi untuk ke sini. Tapi akhirnya sy la penyebab untuk kelewatan sampai ke sungai. Kami beriya-iya seperta badak dambakan air sungai. Heh.



Girls day out yang happening gila. Coolest friends ever! Kami punya menu adalah nasi lemak (pqok), brownies (qemmal), buah-buah (hazzet), sandwiches (yanti), coklat (nannak), cikediss (ayesha), cawan ngn pinggan (agijan), cikediss jugak (fida). Tapi makanan macam 40 orang nak makan. Waih, banyak gila. Lagi-lagi cikedisss.







Hebat bukan? Hebatlah jika kita bersatu! Yeah. Pasni plan nak pegi tempat yang boleh naik kapal terbang. Nantikan. Tak sabo nya sy. :)


Sume gambar-gambar ni ehsan dari camera Pqok. Mekasih dear muah-muah!


Semoga ALLAH merahmati kawan-kawan dan Mr Acan juga. ^_^

Thursday, July 29, 2010

:: Di-bengang-kan ::

Hari ini mood sy macam tak best je. Macam nak marah-marah aje. Bukan kerana sakit sengaja itu ok. Ini kerana sy terlihat seseorang yang sy tak boleh sy nak tengok sepatutnya. Kalau sy nampak dia, sy rasa macam nak $#*^%# dia saja. Dia sebenarnya tersalah tune bercakap dengan sy tadi. Itu yang sebenarnya. Itu saja.

Sape rakan-rakan mahupun adik beradik sy tahu lah muka sy bengang dengan sesuatu macamana. Sangat mudah dikesan. Antara sign-sign nya adalah mencarut lebih banyak dari mengarut, bercakap dalam kadar sedikit yang boleh dihitung dengan kaedah congak, dan paling senang nak kesan adalah muka sy yang memang sama dengan muka mintak pelempang. Senyum tidak, ketawa pon hekhekhek aje. 3 harakat je. Saving!


Muka mintak pelempang.


Jadi kesimpulannya, sape salah cakap ngn sy sume sy sembur. Sy telah menjadi seorang yg sangat cerewet pada hari ini. Contohnya:

1. Ada kertas tercabut dari dinding sy mintak Ain our T-Lady stapler balik.
2. Kakak kat kedai makan sarapan pagi tadi pon kene sebijik dengan sy. Mane tak nye, Ain mintak tambah kuah kari sepiring. Kakak tuh boleh tanye, " kari ape adik dapat tadi?". Tak ke rase macam nak $^&*^@!! Sy tanye kakak tuh, " kakak letak kari ape tadi kat atas roti canai nih tadi?". Kakak tu pon macam tak terkata sbb takkan ko nak tanye aku yang datang menyembah makan kat kedai ko nih pulak. Mestilah ko tahu kakak! Adoiyai!
3. Mamak tak paham bahasa kat kedai makan mase makan tengahari tadi pon kene sembor sebab tak paham bahasa Uganda.
4. Safety helmet Adibot tinggal kat bilik meeting sy bising-bising sampai Kak Einun our Site Clerk kate "ko ni apesal cerewet sangat ari ni? ko makan ape tadi ni.."

Pissssssssed Offf!

Takpe, teruskanlah bernapas seperti biasa Fida. Kamu kan matang, baik hati, kuat. Kita kena kata diri kita macam itu baru lah kita terdorong nak buat macam tuh. Percayalah! Sejak bila pulak kau jadi kaunselor? Dem.


GOD, sorry I am just too bad. T_T



Monday, July 26, 2010

:: Broga 1 ::


Hari sabtu yang lepas sy ada kene attend seminar. Actually sy kene replacing my big boss. Sy pon pegilah mendengar crita pasal nak menubuhkan satu komuniti lagi besar iaitu Asean Chartered Professional Engineer (ACPE). Adalah orang-orang dari negara-negara besar semacam Indonesia, Brunei, Vietnam, Singapore dan Malaysia sebagai tuan rumah. Berlangsung lah seminar ini kat Renaissance Hotel. Ok, first time juga ke situ. Sumer nak first time bila nak 2 kali time nya.

Muka gembira baru balik dari seminar orang-orang tua.

Broga Hills View. Menarik? Mmg pon. Ini baru kat kaki Broga ok.

Kol 4 pm tepat lepas event tuh selesai, terus sy pasang kuda-kuda dan balik umah. Sy siap-siap sebab dah plan dgn cinta hati nak pegi Broga Hills. Kononnya mengimpikan Broga Hills macam bukit ampang aje. Rupanya! MasyaALLAH lenjun ketiak aku mendaki. Mr Acan kesygan sy teros lucut baju sbb manusia itu mmg peluh mcm air ujan. Sy paham. Dan sebab itu sayang sy takde tolok gandingnya pada dia. Eklan cintan jap.

Ni sebelum berpeloh. Boleh lah nak berlagak Mr Acan.


Ni bukti si Mbam yg sedang mencari kambing-kambing beliau yang tersesat di dalam ladang kelapa sawit. Haih.

Selepas ini, kami nak bina satu team namanya Road to Broga Hills diketuai oleh AcanBroga ecece dia asyik guna nama tuh je semenjak turun dari Broga Hills. Kene kenan nama agaknya. Kalau taip msg ke ape ke. Jap lagi nampak lah nama AcanBroga kat bawah skali. Sabo je lah. Kalau Fida plak tak tahu nama ape sy nak letak. FidaHills. Sekian. Hek!

Hah! ini bukti Mr Acan tercabot baju dah sebab mengah naik bukit. Sy? muka menten. Haha.

Senarai yg kami da pikir-pikir nak bawak naik Broga Hills:
1. Torchlight bersama spare bateri.
2. Tikar nak lending-lending dan kalau Mr Acan lagi parah nak bawak khemah. -_-"
3. Makanan dan minuman supaya in middle of climbing takde la apek jual air pakse jugak beli air 100plus dari dia. Heh.
4. Kayu untuk halau binatang dalam hutan dan semak samun.
5. Tuala kecik khas buat Mr Acan sy.
6. Camera Dslr oh tak mungkin camera Fujifilm.
7. Payung takot-takot hujan.
8. Diri yang sehat dan tak mengalami sakit sengaja atau tidak sengaja.

Ok, nampaknya semangat dah berkobar-kobar. Semoga misi ini menjadi!

Tapi kan, lepas berpenat lelah tuh kan. Kami ni pegi sebat Satay Haji Samuri kat Kajang. Memang terberbaiklah! Muka kenyang is di bawah.


Smoga hujung minggu 31hb ini menjadilah planning sy ke Broga Hills!

GOD, I love you.
You always give me the best in this world!
(even it is problem for other people but for me it is my specialty)



:: Soalan Lazim ::

Adibot dipaksa menjawab soklan mengenai pembelaan arnab.
Soklan-soklan wajib telah dijawab oleh pakar arnab (konon-kononnya).
Berikut adalah hasil persoalan dan jawapannya.

1. Arnab kena mandi?
Tak payah, arnab mandi hujan.

2. Arnab boleh makan kobis tak?
Boleh, gigi dia kuat.

3. Arnab berak cair ke keras ketul-ketul?
Kalau dia sakit perut, dia ciret biret lah. Kalau tak, tak lah.

4. Arnab beranak ke bertelur?
Budak sekolah pon tahu.
Jawapannya?!
Beranak lah.

5. Arnab tumbuh gigi dulu ke tumbuh bulu dulu?
Lahir-lahir dah ada bulu, tipu la kalau takde. Kalau tak, nama dia bukan arnab.

6.Taik arnab bau busuk tak?
Ko cium ar dulu!! Pe daaa..

7. Arnab mati umur brape?
3 tahun. Panjang umur murah rezeki.

8. Arnab boleh tercekik tak kalau makan keras-keras?
Ciannya kalau dia tercekik! Tak mo2.

9. Nama yang patut diberikan kepada arnab? Nama yang kiut-kiut.
Memey + Manje!! Haha. (Nama adik Ain our T-Lady)

Taklah, the cutest name for arnab yang akan dibela adalah:
Dibot D' Monster

Sekian, terima kasih. HAHAHAHA!
Adibot bengang sekarang kembang-kembang hidong dia tahan marah.

Jawapan pakar yang betul-betul boleh buat arnab terpengsan kalau arnab boleh bace entri ini. Haih. Adibot ngok ngek juga dia.

Moga-moga nanti adalah arnab datang meminta sy membela dia. Sy suka arnab lah sekarang. Tolonglah arnab, datanglah sini kepada sy.

GOD, bless Adibot. Dia tak salah. Dia kene pakse jawab.




Friday, July 23, 2010

:: Kembali Belajar ::


Oh! rasakan seperti tak percaya sy duduk kat sebelah Mr Acan menemani dia sekarang nih dekat library UTMKL. Ouh, kembali semula ke tempat lubuk sy menuntut ilmu. Heh, sy x-student sini ok. Tempat berak kencing disini. Ok, tipu. Sy di UTMJB. Tapi jangan lupe sy membesar disini.. Ibu pernah berkhidmat di sini. Tempat sy membesar menjadi sy diri sy pada hari ini. Ok, bangga. :)

Dalam banyak-banyak perkara yang tak boleh sy nak lupa sampai sekarang berkaitan dengan UTMKL adalah sy selalu main kejar-kejar yang kalau dilihat macam main lari pecut sampai mati takkan berhenti-henti. Biasalah, zaman kanak-kanak kan. Berpeluh bermasam dan berhamis itu satu perkara biasa. Balik of course terus tidor. Ouh sayangnya Wan sy tetap peluk sy walaupun bau sy 'harum'.

Antara lain lagi kan, dulu kecik-kecik sy selalu main rambo-rambo kat kolej pelajar dan makluman di sini kolej pelajar yang sy pegi tuh adalah kolej lelaki.. Hakhakhak, mmg seronok tgk perkara yang luar biasa nih. Contohnya? Ok, sy berikan beberapa contoh untuk kasi Tuam-Tuam dan Puam-Puam paham.

1. Underwear yg teksturnya lain dan pastinya rupa bentuknya pon lain. Ada ruang lebih di suatu bahagian. Ops, sy masih menjaga sensitibiti kaum lain.

2. Contoh lain? Melalak bagaikan kolej itu abang-abang itu yang punya menyanyikan lagu "....bulan madu di awan biru, tiada yang mengganggu.." Suara mereka MashaALLAH macam harum. Heh.
Ok lah tuh, nanti abang-abang yang da berjaya sumer tuh mesti bengkek kalau sy bukak pekong dorang macam kenc berdiri, berlari version hindustan dengan towel sahaja dan selainnya.
Tapi! Paling kenangan menusuk jiwa adalah sy pernah TERRRRRberak di kantin pelajar sebab tak tahu lagi time tuh patut push ke tak. Patut simpan ke tak. Ok, TERRRR lah! bukan sengaja. Taknak percaya sudah.

Mr Acan ni sebok lah nak baca. Orang dah lah nak cerita yang aib-aib. Sebok lah kamu! Tengok, dia mula nak buat ayat drama kat sini.. " No matter what, you still can count on me.." Geli kan? Ok, sy suka. Dia sayang sy. Tengok! dia setuju.

Kembali ke alam nyata. Zaman kanak-kanak itu hebat dan menyeronokkan. Yeay!


GOD, Thank You.


Wednesday, July 21, 2010

:: Uda & Dara ::


Baru- baru ni Mr Acan adalah senang hati dia bawak sy pegi tengok teater Uda & Dara di Balai Seni Lukis Negara kat Jalan Pahang tuh. Ok, teruja. Pertama kali dibawa ke situ. Kononnya nak suasana yang menghargai lah kan. Nak suasana tenang lah kan. Ok, dapat semua tuh. Sukanya sy dan Mr Acan.

About the theater, sedikit saje awesome yg boleh diberikan sebab sy kekok lah tengok Misha Omar berlakon dan bagi sy backup main actor lebih menyerlah. Sy tertarik dgn Mali kot nama watak dia. Dia berlakon sangat awesome. Mr Acan pon sedikit bengkek sebab sy beriya-iya tepuk tangan. Hakhakhak! Jeles.


Sebenarnya, sebelum ni sy adalah bercakap ngn Mr Acan rase macam nak tengok teater. Dan-dan, pegi pulak tengok. Tak ke sy rase teruja? Haha. Lepas nih nak kate rase nak tengok Konsert Slash la plak kat dia. Mane tahu keajaiban boleh terjadi. T_T



Gambar kat atas nih gambar Mr Acan bersama rakan-rakan dia yang ada diantara diorang nih Mr Acan sendiri baru 1st time met. Yang Mr Acan pelok tuh dia kate dia sayang sangat. Itu lah kesayangan dia. Waih, masuk bakol angkat sendiri.

Buat Mr Acan, thanks for this efforts dan pada kawan-kawan yang lain juga terima kasih sbb sudi berkawan dengan sy :)



GOD, Bless Us always please!



Tuesday, July 20, 2010

Sunday, July 18, 2010

:: Kenapa ::


Kenapa eh lelaki sangat rear dilihat mengespresikan perasaan diorang? Mungkin kerana terlalu mengawal kejantanan atau malulah kan badan dah kental-kental macam ketam laut lengan dia pastu berkata jiwa-jiwa. Ouh, tidak lah sy takkan ketawa. Lagi-lagi muka dah abih ganas dah ni, dan-dan suara cam cicak tersepit. Ouh, ajaib nya. Atau kerana mempunyai lebih dari seorang kekasih. Takot kantoi lah konon. Boleh belah.

Ni ihsan dari googlean.

Adalah satu kisah ni kan (bukan nak mengaibkan) tapi sy teringat kepada sesuatu yang membuatkan sy bersyukur dengan apa yang telah terjadi pada sy. Kenal dan putus, kembali mengenali yang baru. Harapan yang lain. Tapi kan, percayalah dengan kerjaNYA. Segala sesuatu itu pasti bersebab. Ok, kembali pada kisah yang sy nak kongsikan.

Bila sang kekasih si wanita ini menduakannya dan sedaya upaya menegakkan benang yang basah bahawa dia tak salah, dia di aniaya, dia tak pernah buat benda yang dituduh sedangkan bukti dah nyata dan sohih. *hah! bahasa ibunda aku bagi* Masih taknak mengakui kerana nak mengaja ego. So, please go and dont look back again.

Perkara paling sakit dan dibenci oleh wanita adalah apabila sang kekasihnya menduakan dia dan bermain kayu tiga dibelakangnya. Itu adalah tindakan lelaki yang sgt bangsat sedangkan sang wanita begitu setia dan sayangkan si kekasih bepenuh jiwa raga kalahlah sepak raga. Haih. Lagi-lagi bila percintaan jarak jauh contohnya seperti sorang kat Singapore dan sorang lagi dekat sempadan Thailand.

Sy yakin mana-mana wanita yang pernah gagal dan menggagalkan hubungan cinta diorang pasti pernah melalui masa getir ini. Tape-tape, kita wanita cool. Ada kene mengena ke dengan aku? Kalau ada pon kene mengena ada korang kesah? Heh? Cekal bunyinya.

Sy pasti bukanlah seseorang itu berniat untuk menggagalkan hubungan tetapi mengangkat kaki lebih baik dari menghambakan diri dengan manusia yang tak pernah bersyukur. Ataupun! sang wanita pulak yang dah terbirah lebih jumpe lelaki yang boleh paham isi hati dia, menjaga dia lebih baik dari yang sedia ada. Best man win! Itu mungkin jugak! Tapi sy tak bape nak gemar bab itu kerana kalau kau tak rase dia melengkapi hidup kau yang kau pegi terima dia kenapa bahlol, kau pegi bagi harapan pada si samdol tuh kenapa bongap!

Pada sy, kita buatlah baik pada orang walaupun orang itu tak menghargainya. Sebab satu hari nanti dia akan terduduk mengenangkan kebaikan kita pada dia. Dia akan kesal pada masa itu. Perkara yang baik orang akan kenang sampai bila-bila. Ingatlah, what goes around will comes around then. Takde manusia yang sempurna. Semuanya bukan sempurna. Tapi sy percaya pada sesuatu hubungan itu adalah untuk saling melengkapi kelemahan yang masing-masing ada. Kelemahan dia adalah sebenarnya kesempurnaan untuk kita.

Marilah bersyukur, katakan ALHAMDULILLAH!



GOD, I love You.


:: Lantaklah ::


Ouh, cintanya pada Ahmad Shahid.

Sekian.


Saturday, July 17, 2010

:: Bongek! ::

Agak bengkek dengan satu badan along bukit beruntung yang legal ni.. Mentang-mentanglah sy da TERpinjam duit dia time sy amik diploma dulu. Bukan sy tak bersyukur tapi jgn lah layan sy macam sy ni tak mampu nak bayar. Sy menci! Layanan mmg cam hekk je. Sy tahulaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah sy pinjam duit kamu!

Bowoh gila mulut busuk!
Sy akan cube pastikan future nanti, takde kerabat sy yg pinjam kat badan tak berbadan nih.
Sekali lagi, mulut busuk!

Sekian geram sy di hari sabtu bersamaan hari sy bekerja. Haih.

Mari saksikan sy punye muka yang ada 2 batang gigi yang agak panjang dan besar yang menjadi kebanggaan sy dan segala geng tupai di entire malaya. Ayesha yang telah selamat menjadi isteri, tahniah babe! happppy for you :)

**Ini bertujuan untuk mengurangkan stress di kala tengah bengkek**

God bless me pls T_T

Wednesday, July 14, 2010

:: My Bob ::

Bukan my boo tapi my bob.
Dia adalah abg yang tersayang tercinta terkasih sy.
Dia adalah abg nombor ranking ketiga, kiranya tua dari sy sket je la sbb sy yang ke empat merangkap bongsu. Ok, bongsu-bongsu ni sgt sensitip sekarang. Entri ni sy nak menceritakan tentang Bob.

Bob adalah abg yang paling rapat dan paling dekat dengan sy. Dia dan sy duduk berdua aje satu rumah kami di Setapak. Kami duduk tanpa Ibu dan Wan hampir 4 thn dah. Ya, 3 tahun sy berulang alik KL-JB sbb belajar. Tahu dgn ape? Of kos dengan kereta kebanggaan sy peninggal dari Ibu dan bas pengangkutan awam kebanggaan orang awam peninggalan sape tak tahu. Spanjang itu Bob duduk sorang-sorang dan penah ada satu senggang masa dulu Abang Fizi (1st Bro) duduk sekejap dengan kiteorng.

Bob adalah seorang abg yang sangat annoying. Dia ni pembersih dan cerewet. Tapikan, sy slalu mengotorkan kawasan dia. Towel mandi dia kat bilik dia sy slalu guna wat keringkan tangan bila sy dari dapor sbb bilik pertama jumpe adalah bilik dia. Ok, dia tak tahu. Dia slalu cakap kat sy bila sy membazir time mkn.. "Ko ni, aku lah yg kene jadi DBKL ko. Masak byk-byk tak habih pastu aku yang kene abihkan.. Haih.. "
Aku suka part tuh dan aku mengakuinya. Over cooked mcm nak makan 4 orang tapi rumah ada 2 orang je. Haih.

Ada lagi, dulu kecik-kecik kan sy ni kan ok! sy mengada. Tapi stended bongsu lah mengada ngn familia saja. Dgn org luar takmo cakap banyak. Bajet suare. Sy pernah lah terambil ouh tipu mengambil duit tabung Abang Fizi. Pastu Abang Fizi buat post mortem kehilangan duit dia. Dan-dan nak hilang time orang pegi semayang jumaat. Dan-dan sy pompuan tak pegi semayang jumaat. Dan-dan jugak sy sorang je adik dia yang pompuan kan. Hambek! Sy amik duit sepoloh hengget yang time tuh macam lima puluh hengget bawak member sy pegi beli eskrem conetto. Jahat tau conetto nih mendorong sy mengambil. Mencuri tuh cam jahat sgt, mengambil lebih manis ayatnya. Pastu, Bob yg mengaku dia amik sbb takot Abang marah. Sedangkan sy yang buat. Ouh, rase sgt bersalah sampai sekarang. Tapi kan, Abang tak marah pon kat dia sbb Abang tahu bukan dia yang buat. Selamat lah semua Umat manusia. Haha. Gelak aku eh? *suka terlepas dari kantoi*

Dulu time Bob dajah 4 dan sy dajah 2. Ibu slalu anta kami pegi sekolah awal-awal. Sy pon suka pegi awal sbb takot cekgu marah. Mulalah rase nk terkencing sakit perut bagai kalau lmabat tuh kan. Sy slalu menempel kat kelas Bob dan ternyata kuasa sy sebagai adik sgt kuat, duit belanja yg Ibu bagi kat dia sy yg punya sbb sy takkan balik kelas sy selagi tak dapat duit nak beli alat tulis baru. Hehe.. Ketawa setan sekarang.

Tapi kan, Bob adalah anak lelaki kesayangan Ibu dan kegemaran saudara mara sbb kecik-kecik dulu dia buntat macam gila nak obesiti. Sy pulak? kering kerempeng shingga kini. Haih. Terbukti dia manja ngn Ibu bila dia dapat tawaran masuk teknik kajang sambung kat situ lepas PMR tapi dia tolak sbb takot jauh dgn Ibu. Tapi reason dia sbb takot tak bleh blaja. Eleh, kate je la nak berkepit dgn Ibu. Bahana tu kene pula kat sy, masa sy mintak sekolah teknik setapak Ibu tanya sy boleh ke nak survive sedangkan Bob takot nak pegi. Ah, heran. Sy apply sendiri sy cume mintak Ibu poskan je sbb time tuh sy duduk asrama takboleh perasan nk beratur-beratur kat pejabat pos. Penjara pon ok lagi. Bleh men tumbuk-tumbuk mcm cite Prison Break. Ni tidak, mengadap buku je memanjang. Pandainya tidak la dibanggakan sgt. Meluat.

Rahsia Bob paling besar adalah dia kecik-kecik dulu suka berak dalam seluar bila naik keta lama-lama. Haih. Baunya MasyaALLAH. Sekarang tak lagi.

Ermm.. Sy buat entri ni sebab sy rase bersalah dengan Bob. Dia da byk tahan apa yang dia nak semata-mate sebab sy. Membayar duit kereta yang sy pakai sewenangnya merata tempat sy bawak. Tak pernah dia mengomel atau marah-marah. Kalau abang-abang sy yg lain nak pinjam keta tuh mmg laser lah dia bagi kat abang-abang sy. Sy tahu, dia nak jaga kepentingan sy. Dia sayang sy. Sy tahu. Sy juga sgt sayangkan dia.

Gambar terpaksa di kaburkan sebab nanti Bob rase dia glamer sgt plak.

Semoga ALLAH menyayangi Bob semacamana Bob berkorban utk sy.
Amin.



Monday, July 12, 2010

:: Serabot of The Day ::

Hari nih biaselah kan, tight deadlines banyak nak kejar tapi masih steady mengular dengan Adibot kebanggaan sy. Dan ari ni barulah sy berjaya mendaftar dgn BEM setelah selama hampir 4 bulan bekerja dia AZRB kebanggaan orang nih. Sy tidak. Sy biase2 aje. Hueh hueh.

Tapi kan, sy rase sedikit stress lah. Adoi, membuat keputusan yg sedikit sukar. Sy rase sy perlu berani berubah dan lebih tegas. Sy mahu berubah! sy sudah berumur 20 thn. Ok, lama dah umur 20 thn tuh. Abaikan. Aku tengah biol.

Hari ni adalah sedikit sebanyak ceritera lawak yang nak dikongsikan. Sy pegi JKR nak submit borang BEM dengan Adibot. Lif banyak giler kat situ. Compared to my HQ only got 1 lift ok. Syukur sekarang sbb boleh senaman selalu klu nak naik tingkat 2. Ouh. Pastu terbukak lah lif, sy ngn Adibot pon tros la serbu sbb takot terlepas. Sblm tuh ada 2 mamat segak tapi pastinya lebih rendah dari sy keluar dari lif yang sy nak masuk tuh. Masuk-masuk je, duppppppp! sheeep! tros terpacul kat mulut sy..
"asal lif ni bau orang kentut?"
Adibot pon berkata..
"heh, baru nk kate.."
Dan dan kami tak terkate tros ketawa macam nak gila meroyan tahan napas smpai tingkat 17! damn sheeep! Pengotor gila sape lepas gas kat confine space cam tuh. Boleh mati woo.

Kemudian, ari ni juga eh eh bukan. Setiap kali kluar dengan Adibot si sengal tahap ketiga nih *kritikal* pastinya kami akan drive guna jalan luar biasa atau dalam kate lain jalan lain yang tak sepatutnya dilalui. Terlajak la ngoi. Vongok jugek Fida ni, duk KL 25 tahun da. Ouh, terpakse mengaku umur sebenar. -_-"
Pastu mulalah menyalahkan bangla lalu kat kaki lima, nyonya bawak beskal tengah jalan, babu roti amek space jalan besar sgt dan segala macam lah.

Jadi, doa sy hari nih semoga sy tenang-tenang aje menjalani saat-saat stress sy dan sy nak confess sy rindu sama chenta. Kalau dia tau, ouh mesti dia tau. Ok. Jgn putar belit. Stop kat sini.

Smoga sy dapat mkn mee goreng mamak dan chicken chop rangup papparich. Ouh, telan air telaga sekarang.

Serabot bukan? bukan. Sekian.

GOD, Bless me pls :)

Sunday, July 11, 2010

:: Thanks ::

This is special edition punya thanks.
Thanks for this, you just make me smile smpai ubun-ubun rambut.

Klu orng kate "30 is the new 20"..ye, i m agreed..dan even ade orng kate "40 is the 30"...yet, stil i couldn't agree more..tp from my honest perspective, x kire la umur u akan berganjak setiap tahun, i'll always believe u' ll be the same person whom got the the super touch of care as well the quality of youthfulness attached in ur heart..so,keep it tat way..=)
Malah, klu ade orng kate " it's much easier to talk with stranger rather than someone we r close with"...Then,u r the best stranger(dulu),i hv ever talk n chat with..Tq..


Yeah, you are somebody to me. No matter how weird this relationship, you're always be one of my priority. My last smile was created by you. I do always remember it.

Guys, introducing you to my full time listener. Thanks so much!

May ALLAH bless you always!
*senyum melebar*

:: OMG ::


Oh My GOD.
I am 20 years old lah! Haha. Perasan time.

Today actually is my birthday. Pada tarikh ini, ibu perit menahan sakit melahirkan sy. Jam 8.24 malam sy selamat diberanakkan oleh ibu. Nasib kulit cerah, takot kene badi lahir malam bulan tak terang. Heh. Gelabah. Maafkan Fida.

Smlm tepat pukol 12 tgh malam, ada lah jengkaung-jengkaung yang buat pembuluh darah sy terencat sekejap. Many thanks to Mr Acan, Laze dan Kak Rieni for the suprise birthday party. Sangat tidak expect ok. Tapi sekarang nih sy masih bernapas dgn elok lagi *terima kasih ALLAH* maksudnya sy idop lagi lah. Takot gak sebab terkejut smlm ari ni tak bleh nk bernapas dgn baik ke, terkedu-kedu ke dan ape-ape je lah sgala macam penyakit berjangkit. Alhamdulillah untuk apa yang telah sy dapat hari nih. Sy sgt bersyukur pada ALLAH kerana membenarkan semua ini terjadi pada sy. Amin.

Walau birthday girl, smlm tetap jugak form pegi bertapa kat Dataran Merdeka tengok bola. Sebenarnya nak tengok kekalahan Jambany. Tapi Uruguay yang sy tak penah perasan ada dalam list WC tuh pulak yang kalah. Adoi. Kene ketawa lagi dgn Kiki and Shawal Sishangkak. Haih. Sesungguhnya, thanks to Kiki for the supper di kala matahari nak naik. Nikmat org banje ni. Kata dia, "besday ko tgh bulan, so ini jelah ko dpt.."
Aku tak kesah lah Kiki. Ko jadi kawan aku pon aku da rase sangat berbangga. Tapi musuh dalam bola sepak masih tetap ok! Haha. Fida takmo kalah.

Kepada kawan-kawan yang wish di henpon dan di fesbuk laman bersosial atau kata lain laman bergumpat-gumpat, terima kasih untuk doa kalian. Sangat-sangat berterima kasih. Sy doakan yang baik-baik juga untuk korang :)

*Ya ALLAH, nak upload gambar potong kek ngn jengkaung-jengkaung tapi internet macam hekk lah pulek. Selamat tinggal, kemudian lah ye. Muka sy sama je dgn gambar sy potong kek time umur 7 tahun dulu. Serius tipu!*

Ok, dah. Saksikan kemudaan sy. Hehehe.


Sy terharu. *geleng kepala*


Manusia-manusia yang buat otak sy terencat kejap. Camne kol 12 tgh malam bapak korang bleh lepaskan korang kuar umah nih? Musykil.


Aksi si jengkaung-jengkaung. Sy suka. Sy gembira. Thankssss!

Thursday, July 8, 2010

:: Ketawalah ::

Weyh!!!

Jerman kalah lah. Suka nya sy nak gelakkan kawan-kawan sy yang gila babeng gelakkan sy yang dulu pernah menggelakkan sy sebab Argentine kalah. Oppps! sorry. Am not revenging, but more to share the down feeling at the time you all laughing at me. Dendam aku siot. Rasakan? Rasa? Padan muka penyokong Jambany. Horeyy!

Dan 12 Julai 2010, kita akan tengok macamana Spain dengan Belanda bergusti kat padang. Harap-harap adalah scene tarik-tarik rambut walaupun sy perhatikan rata-rata pemain WC nih ada yang ada sangat rambut siap panjang berjurai-jurai mcm rambut mayang berjurai dan ada juga yang muda-muda lagi da memiliki pulau. Kaye gile!

Paling tak pon, main masa tambahan. Lagi hell pon penalty lah. Kene sampai 5 gol. Pergggh, azab wooo.. Good luck kepada penyokong dua team ini. Smoga berpeloh dengan baik bila tengok final nanti. Jgn org berpeloh korang seram sejuk pulak ye. Kalau gol nanti, loncatlah sampai ke awan dan tak payah pulang-pulang lagi. Lepak-lepak lah dulu kat atas, sok luse baru turun. Merasa korang jadi angkasawan. Semak!

Kepada sesiapa yang rase gembira tidak terkira atas ramalan si janggut lembik tuh, sape lagi kalu bukan Octopus Paul kebanggaan tuh. Jangan la percaya. Kebetulan aje tuh. Tetapkan iman. Selamat kan jiwa, selamat bertengok bola. Da abih WC nanti jangan lupe jersey 2010 tuh gunting-gunting wat sambal sotong ngn paul tuh. Haih.

Nampak tak ayat-ayat di atas sumer berdasarkan dendam? Oh, tidak. Sy cuma bengang dan geram. Sy sampai tak makan dengan sedikit, tidur yang tak singkat, tengok tibi yang tak boleh besar dan memakai baju yang tak berkain jersey sebab Argentine aku kalah! Sheet.



Smoga semangat sy pulih.
Nasib lah chenta sy pon Argentine, takde lah down lagi down kerana dikutuk.
Bersemangatlah Fida.

GOD Bless me Pelisss :)

:: Sumpah ::

Ya ALLAH, betol-betol lah sy pantang bila perkara ini terjadi pada sy. Antaranya adalah orang atau binatang dalam kate lain benda hidup menganggu sy tidur. Sape-sape yang pernah kejut sy yang tak kene masa merasa lah maki hamun dari sy. Antara kisah-kisah ngerinya adalah bila sy di sekolah teknik dulu, masa itu sy junior lagi. Form 4 la katakan. Waktu prep kene punctual dah macam sekolah askar-askar pulak. Ketua dorm sy ni baik hati nak menjalankan tugas tapi bukan lah pada orang yang betul. Kejut punya kejut, salah suis lah pulak dia cakap. Ape lagi, mambuan percuma dapat lah. #%^&%&%!!!!! Ok, mencarut. Mintak maaf. Sengaja. Selepas itu, terus dia tak kejut lagi, orang yang akan kejut sy adalah Ecah Kiter. Lain-lain akan dimaki. Sekian. Haha :)

Sy pantang kalalu sy membeli kat kedai yang bernama tapi layanan macam hell. Yang mana kedai runcit bawah rumah sy lagi bagus layanannya. Memang mengundang makian lah kan. Antara contohnya, sy pergi satu restoran kedai donut ni.. Sy nak beli donut perasa oreo. Time sy nak pilih tuh adalah sorang kakak nih pun tgh sebok memilih. Pilih punya pilih, terserentak pulak dia dengan sy pilih donut yang satu tuh. Sy pon tanye la mamat indon tuh, "donut perasa nih takkan ada lagi ke?" sebab sy pandang dia, dia pandang sy. Macam tak paham yang sy tunggu dia nak kate "kejap ye, kami buat.." tapi dia plak jawab. "xde.." Secara logiknya pada jam sekitar pukul 8 mlm takkan ko nak tutup kedai dah kot. Ko kan kat shopping kompleks. Jangan lah buat lawak. Dari aku nak half dozen tros aku kate nak 3 je. Kan aku da susah kan ko. Padan muka. Sekian sekali lagi. Hahaha :)

Paling sy pantang adalah orang yang palsukan diri diorang. Tolonglah menjadi diri sendiri. Tolonglah. Bangga lah dgn apa yang korang ada. Jangan lah diri ibarat kambing tapi mendambakan anda seperti kuda belang. Ouh, tidak mungkin terjadi. Semak rasanya bercakap dan berurusan dengan orang fake ni. Aku semak ok. Sekian sahaja cerita sy. Anda pula bagaimana?


Smoga hari-hari anda ceria.
GOD pls bless us!


Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..