Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Friday, July 23, 2010

:: Kembali Belajar ::


Oh! rasakan seperti tak percaya sy duduk kat sebelah Mr Acan menemani dia sekarang nih dekat library UTMKL. Ouh, kembali semula ke tempat lubuk sy menuntut ilmu. Heh, sy x-student sini ok. Tempat berak kencing disini. Ok, tipu. Sy di UTMJB. Tapi jangan lupe sy membesar disini.. Ibu pernah berkhidmat di sini. Tempat sy membesar menjadi sy diri sy pada hari ini. Ok, bangga. :)

Dalam banyak-banyak perkara yang tak boleh sy nak lupa sampai sekarang berkaitan dengan UTMKL adalah sy selalu main kejar-kejar yang kalau dilihat macam main lari pecut sampai mati takkan berhenti-henti. Biasalah, zaman kanak-kanak kan. Berpeluh bermasam dan berhamis itu satu perkara biasa. Balik of course terus tidor. Ouh sayangnya Wan sy tetap peluk sy walaupun bau sy 'harum'.

Antara lain lagi kan, dulu kecik-kecik sy selalu main rambo-rambo kat kolej pelajar dan makluman di sini kolej pelajar yang sy pegi tuh adalah kolej lelaki.. Hakhakhak, mmg seronok tgk perkara yang luar biasa nih. Contohnya? Ok, sy berikan beberapa contoh untuk kasi Tuam-Tuam dan Puam-Puam paham.

1. Underwear yg teksturnya lain dan pastinya rupa bentuknya pon lain. Ada ruang lebih di suatu bahagian. Ops, sy masih menjaga sensitibiti kaum lain.

2. Contoh lain? Melalak bagaikan kolej itu abang-abang itu yang punya menyanyikan lagu "....bulan madu di awan biru, tiada yang mengganggu.." Suara mereka MashaALLAH macam harum. Heh.
Ok lah tuh, nanti abang-abang yang da berjaya sumer tuh mesti bengkek kalau sy bukak pekong dorang macam kenc berdiri, berlari version hindustan dengan towel sahaja dan selainnya.
Tapi! Paling kenangan menusuk jiwa adalah sy pernah TERRRRRberak di kantin pelajar sebab tak tahu lagi time tuh patut push ke tak. Patut simpan ke tak. Ok, TERRRR lah! bukan sengaja. Taknak percaya sudah.

Mr Acan ni sebok lah nak baca. Orang dah lah nak cerita yang aib-aib. Sebok lah kamu! Tengok, dia mula nak buat ayat drama kat sini.. " No matter what, you still can count on me.." Geli kan? Ok, sy suka. Dia sayang sy. Tengok! dia setuju.

Kembali ke alam nyata. Zaman kanak-kanak itu hebat dan menyeronokkan. Yeay!


GOD, Thank You.


No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..