Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Showing posts with label Winter Sonata Pada Musim Panas. Show all posts
Showing posts with label Winter Sonata Pada Musim Panas. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

:: Jodoh Tak Panjang ::

Cerita ini hanyalah untuk pedoman sy dan teladan untuk sy. Kisah ini adalah kisah benar. Berlaku disekeliling sy. Dan sy pun turut bersedih.

Bagi anda, faktor usia masalah yang besar ke dalam perhubungan? Mungkin ada yang bersetuju ia menjejaskan sesuatu hubungan dan ada juga yang tidak bersetuju.

Bermulanya perkenalan Ayu dan Amir yang berbeza umur dimana Ayu lebih berusia dari Amir. Amir beza 4 tahun lebih muda dengan Ayu. Tapi Amir seorang yang berpewatakan matang, berfikiran matang dan segalanya matang. Ayu pula seindah umurnya. Sama seperti umur gadis lain sebaya dengannya yang berumur lewat 20-an.

Ayu dan Amir bekerja di satu syarikat yang sama. Dan bersama-sama juga dengan ibu Amir. Cinta yang hadir, siapalah yang dapat menghalangnya. Semua sedar akan itu termasuklah keluarga Amir dan Ayu. Pada asalnya keluarga Ayu tidak begitu menyokong perhubungan mereka ini. Tak kurang juga tentangan hebat dari keluarga Amir.

Tapi Amir setenang lelaki matang. Dilema di antara keluarga dan kekasih.

Saban tahun, Ibu Amir tak putus-putus menduga Ayu dengan kata-katanya, sikapnya melayan Ayu serta tindakan yang kurang matang terhadap Ayu. Tetapi atas dasar cinta, Ayu tetap utuh bertahan untuk lelaki yang memberikan dia senyuman, memberikan dia kebahagiaan, memberikan dia rasa disayangi dan dihargai.

Ayu cukup tabah.

Sampai lah suatu masa, keluarga Ayu redha dengan ketentuan Ilahi. Jika inilah lelaki yang boleh membahagiakan anak mereka. Mereka akur. Malangnya, Keluarga Amir lagi-lagi si Ibu tetap dengan pendiriannya tidak mahu Amir mengahwini Ayu.

Keajaiban perasaan Ibunya berubah yang diharapkan, malang lain pula yang menimpa. Amir bersama rakan-rakan motornya berkonvoi menjalani latihan motor berkuasa tinggi, Amir telah terlibat dengan kemalangan jalanraya yang teruk. Amir koma beberapa hari.

Luluh hati Ayu. Sayu Ayu melihat Amir di dalam ICU.

Beberapa hari dalam koma, Amir menghembuskan nafas yang terakhirnya. Amir pergi buat selamanya meninggalkan keluarganya, kawan-kawannya dan paling meruntun hati meninggalkan Ayu. Keluarga Amir terpaksa redha atas pemergian anak lelaki yang hanya ada seorang itu sahaja. Kawan-kawan terpaksa redha atas pemergian teman yang menceriakan dan akan menjadi rakan yang akan diingati. Dan Ayu juga terpaksa redha atas pemergian kekasih hatinya.

Atok Amir ada memberitahu Ayu sewaktu hari pengebumian Amir, Amir menyatakan mahu menghantar romobongan merisik dalam masa terdekat dan berhajat untuk mengahwini Ayu pada hujung tahun ini. Kejutan yang diakhiri denga kejutan tak disangka-sangka.

Lagi meraung jiwa Ayu. Bersemadinya Amir sebagai seorang lelaki yang sehingga penghujung nyawanya menyintai seorang wanita bernama Ayu. Sehingga akhir hayat Amir, Ayu lah ratu hatinya.

Tinggallah Ayu meneruskan kehidupannya. Tabahlah Ayu. ALLAH merancang yang lebih baik untukmu. InsyaALLAH. Alfatihah buat Allahyarham..

Saturday, November 12, 2011

:: Akhirnya ::

Akhirnya sy akhiri kekalutan kerja dengan perletakan jawatan sy dari AZRB notis sebulan. Bukan sebab sy nak migrate dapatkan peluang kerja yang lebih lumayan, sy sendiri pun tak dapat offer kerja lagi. Tetapi kerana sy takda passion lagi bekerja dalam keadaan stress dan sy rasa sy betul-betul bermuka-muka.

Tambahan lagi sy diarahkan berpindah ke Projek KPP2, Kerteh, Terengganu. Walaupun dah bincang dengan pihak pengurusan kata sy akan mendirikan rumah tangga dalam masa 3 bulan terdekat ni pun still tak dapat kesepakatan dalam keputusan. Sy ni seorang je pompuan, sapa nak tolong sy uruskan majlis sy kalau sy hanya boleh balik KL setiap Jumaat sahaja? Minyak tol lagi. Makluman, tiada kenaikan gaji walaupun ke luar Kuala Lumpur ye. Kata pihak pengurusan nak hantar sy sebulan atau dua bulan sahaja. Tapi dalam surat transfer takde mention period transfer. Nanti jadi lah cerita projek Putrajaya, suruh pergi tolong cover orang buat mitigation plan selama seminggu. Lepas tu suruh tracking pulak. Lepas tu suruh buat Monthly Report pulak. Lepas tu satu surat transfer pun takde. Pegi atas dasar tolong-menolong. Last-last, sy dikambing hitamkan seolah-olah sy tak nak bekerjasama dengan team projek Putrajaya. Terima kasih.

Sy terkenangkan kawan planner sy yang di KPP2 berbesar hati untuk sambung kerja planner di Putrajaya atas alasan lain family dan rumah dia dekat Putrajaya. Kalau korang diberikan peluang duduk berdekatan dengan family, ada ke korang nak tolak? So, kepentingan lebih berpihak kepada dia. Sy pikirkan sy ni tak ada Ibu dah, sy pikirkan kesian kan dia yang masih ada peluang nak bersama keluarga dia sedangkan sy ni dah jauh takkan dapat peluang itu. Akhirnya sy ditukarkan ke posisi dia dan dia ke projek Putrajaya. Terima kasih sebab memang itu yang sy mahukan. Dia boleh berdampingan dengan keluarga dia. Lupakan tentang sy.

Menjaga hati orang, mementingkan perasaan orang lain. Akhirnya sy kuburkan perasaan sy. Sy biarkan angin membawa kesedihan hati sy. Sy tahu orang lain pun ada buat perkara yang sama, cuma kondisinya berbeza. Semoga apa yang terbaik untuk kita, kita hargai dan mengabdikannya selagi kita berhak ke atasnya. Sy percaya, dunia ini bulat.

Jika ada yang menganggap sy sebagai seorang yang pentingkan diri sebab bagi notis sebulan berhenti kerja.. Sekali lagi, terima kasih sy ucapkan. Semoga ALLAH merahmati kalian.

Sejujurnya, sy tak menyalahkan sesiapa. Sy bertanggungjawab di atas keputusan sy ini. Dan sy tak menyimpan dendam lagikan marah kepada sesetengah orang. Sy set kan dalam otak dan hati sy, INI BUKAN JALAN TERBAIK UNTUK SY. Pasti ada jalan yang lebih baik.

Jadi, sy mohon ampun kepada sesiapa yang berkenaan. Terima kasih untuk segalanya.


Friday, October 14, 2011

:: Kecewa Diperlakukan Begini ::

Bukan bergaduh dengan sesiapa tapi rasa tak puas hati dengan tindakan mereka kepada sy.

Summary nya: kini sy seperti bola.

For the first time, I feel like to raise my middle finger to that people.

Monday, August 22, 2011

:: Hanya Untuk Orang Kental Sahaja ::

Bila baca blog adik ipar to-be, teringat zaman belajar kat uni dulu. Ouh, sy lah manusia paling malas. Paling suka menjadi orang yang paling last submit task dan paling seronok bila takde class. Zaman uni sy adalah zaman paling tough since kehilangan Ibu dan Wan dalam masa yang dekat. Beberapa hari selepas Ibu meninggal - November 2006 - hari raya ke-10, sy dapat surat tawaran sambung pengajian di UTM Skudai. Ouh, perasan masa itu bolak-balik nak sambung study ke atau nak teruskan berusaha mencari kerja yang setaraf dengan lulusan diploma sy? Masa itu sy kerja sementara di AIG Assurance sebagai Data Entry Clerk.

Jiwa berkecamuk, kehilangan Ibu dengan sentapnya.

Bila mintak advise orang sekeliling sy, haruslah abang-abang yang ada dan kawan-kawan yang sama-sama dapat offer encouraged sy sambung study. Tapi hakikatnya sy pergi sambung study antara sebabnya adalah hendak melupakan sedikit sebanyak kenangan sy dengan Ibu. Bila duduk kat rumah, buka je pintu rumah teringat Ibu sapa "anak kesayangan Ibu dah balik". Bila pergi dapur, teringat Ibu duduk tumbuk bawang masak untuk kami. Bila masuk bilik Ibu, tengok barang-barang Ibu teruslah mengalir air mata tanpa dipaksa. Mungkin sebab hati sy belum cukup kuat untuk terima kenyataan Ibu takde disisi sy selama-lamanya.

Masuk UTM, cipta semangat baru.

Berjumpa dengan kawan-kawan dari pelbagai jenis orang. Dari yang baik hati sampai lah yang pentingkan diri. Ia mematangkan sy. Sy bersyukur sangat sebab pengajian ijazah sy menggunakan duit pencen Ibu sy. Abang-abang sy banyak bantu sy - mentally. Semester pertama memang pointer jatuh gebabom lah kan. Mana taknye, otak melilau teringat kat Ibu, nak recover balik internally diri sendiri. Ditambah pula dengan kehilangan Wan yang menjaga sy sejak dari kecik pada bulan April 2007 iaitu beberapa minggu sebelum Final Exam pertama di UTM. Maafkan N sebab tak sempat menjaga Wan macam Wan jaga N bila Ibu pergi kerja.

Setiap malam pasti ada air mata menitik di bantal sebelum tidur. Itu pun kalau boleh tidur.

Tapi atas saki baki semangat yang tinggal, sy nekad untuk terus hidup dengan bermaruah. Kalau sy keluar dari uni, sy nak keluar bermaruah. Tak nak repeat paper. Dan Alhamdulillah sy berjaya dengan nekad sy. Akhirnya, sy menamatkan pengajian setelah 3 tahun menumpang di bumi Johor Bahru dengan 3 pointer - second class (upper) with honour.

Hadiah untuk Ibu serta keluarga dan ketabahan diri sendiri.

Hari ini sy boleh duduk di kerusi sebagai seorang Jurutera, tapi sayangnya bila sy tak dapat berkongsi kegembiraan sy dengan orang yang sepatutnya. Semoga Allah merahmati Ibu dan Wan sy. Merekalah sumber semangat sy sehingga ke hari ini.



Baju kuning kain batik merah kulit putih lepak gebu cantik itu Ibu sy ketika umurnya dalam lingkungan 43 tahun sebab masa gambar ni di ambil kami menetap di Quarters UTM Jalan Semarak dan umur sy pada masa ini 9 tahun mungkin. Gambar ini credit to Sal jiran depan rumah. Family dia je up to date ada kamera dulu. Family sy takde kamera, Ibu sy kais pagi makan pagi kais petang makan petang nak membesar kami 4 adik beradik dengan Wan.

A big smile for goods today. May Allah always be with me.
Thank you Allah :)

Thursday, August 4, 2011

:: Clueless ::

Meroyan tak kalau korang sampai tempat kerja pukul 12 tengahari. Memang sangat meroyan tau. Rambut siap cacak-cacak lagi okeh.

Ini semua akibat dari kereta sy yang rosak. Ouh, ujian betul.


Tersadailah si Greeny dekat ofis. Sy redha.

Kepada yang berkenaan, i am clueless. Do deep sigh for me please.

Monday, May 23, 2011

:: Pokok ::

Damn, jatuh cinta dengan lagu ini. Sangat jatuh hati.

POKOK - Meet Uncle Hussain ft. Hazama

tersesat malu bertanya
tak tahu tak tahu kemana
terlalu banyak alasannya
duk terdiam
menyusur dikaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
tersentuh hati bagai luruh

tanya sama pokok apa sebab goyang jawab angin yang goncang
terbang burung terbang patah sayap diduga
seandainya rebah kau masih ada

terlalu mahu dan mahu terlupa apa yg belum
terlalu banyak alasannya
duduk terdiam
tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
tersentuh hati mula luruh

tanya sama pokok apa sebab goyang jawab angin yang goncang
terbang burung terbang patah sayap diduga
seandainya rebah kau masih ada

nanana.. nananana..
nanana.. nananana..

kau masih ada..
kau masih ada..
kau masih ada..
kau masih adaaaaa...... ooooooooo!

terlalu mahu dan mahu terlupa apa yg belum
terlalu bnyk alasannya
duduk terdiam
tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
tersentuh hati mula luruh

tanya sama pokok......



Friday, February 4, 2011

:: Janganlah Paksa ::

Hari ni sepatutnya sy balik kampung dengan Ayah sy ke Melaka (as my late mother told me lah) tapi baru-baru ni cousin sy cakap mana lah pulak kampung kat Melaka. Tapi sebenarnya kat Rembau Negeri Sembilan jugak sama dengan Ibu punya kampung. Krisis identiti sy sekarang. Lagi banyak perkara nak buat, lagi banyak perkara tak tahu.

Hari ni sy pun on-call macam kat wad emergency tunggu Ayah sy call. Sudahnya, Bob sy call kata Ayah tunggu sy call dia, sy pulak tunggu dia call sy. Sape nak call sudahnya? Haha.

Tepon lah Bob kat kampung, dia da balik dari semalam lagi. Sekali Pak Lang sy angkat call. Adeh, lama kot tak cakap-cakap. Tapi dengan Pak Lang sy ok. Dengan Atok pon sy ok. Cuma dengan Wan sy lemah betul lah. Bahasa yang agak harsh, sy tak suka dipaksa oleh dia sebab nanti sy akan rasa bersalah, akan terpikir sampai sy lupa dan akan pikir sy telah sakitkan hati orang tua. Sy memang tak suka perasaan ini. Semak tau.

Boleh tak sy buat nota buat Wan kat sini?

Wan, janganlah paksa N. Kalau N nak balik kampung, time week day pun N boleh balik. Tapi Wan tak payah lah buat ayat sedih drama filem menyayat hati sebab nanti N rase N adalah cucu yang loser (memang tahu dah awal-awal lagi). Jadi Wan tak payahlah susah-susah paksa-paksa N. Tolonglah. Kalau tak, N pon akan jauhkan diri dari Wan, sebab N tak suka dipaksa. Hope Wan paham. N ni bukan cucu faveret Wan pun, macam Wan buat kat Ibu dulu-dulu.

Sy harap angin sampaikan luahan perasaan sy pada Wan. Thank GOD, Ayah dah tak paksa-paksa sy macam dulu lagi. Ayah dah paham sikit.

Korang doakan sy tenang. Doakan semuanya berjalan lancar ye.
*sedihmodeisontillisendiripontaktahu*

Thursday, January 27, 2011

:: Sudah-Sudahlah ::

Sy dah stop menjadi seorang yang kononnya obses lah sangat nak menjadi putih seperti dulu. Ingat tak post sy pasal pencuci muka dan cream pencerah tu? Tajuk entri Putih Mulus Dek Non yang bangga gila nak menerai tu kan.

Sy sekarang ni nak officially declare yang sudah seminggu lebih sy stop pakai menatang tu. Adoi, rimas dan melekit-lekit. Sy ni dah la kerja buruh. Pastu kalau nak solat nak kena menonyoh muka membersihkan cream muka macam menyagat berus besi kat bontot kuali. Adoi, dramanya.

Jadi, terpaksa lah sy steady saja melihat muka sy yang agak kecoklatan ni. Sabo jelah Fida.


Tuesday, December 7, 2010

:: Ada Beran? ::

Anda ada berani untuk berlawan tidur dengan sy? Satu hari sy tidur tak sedar-sedar diri. Mengalahkan baby baru lahir. Lepas ni sy nak check internet tentang simton-simton penyakit . Takutlah kan, mana tahu ada yang berkaitan. Sy mahukan gaya hidup yang sihat. Bak kata lecturer sy dalam blog dia tapi secara malangnya sy lupa blog dia nama apa. Dia kata sy tak suka tidur lama sebab bagi sy tidur itu adalah kerugian. Alamak! terkena batang hidung aku.

Sy boleh tidur selama 15 jam tanpa bangun dan sedar. Abang sy pulak takde kat rumah. Satu hari lampu rumah tak menyala. Orang luar ingat kami adik beradik kluar jenjalan kot masing-masing. Syahdu woo tidur tak sedar diri. Tak pulak sy rasa lapar. Sempat lah jawab call Mr Acan tanya lama nya tidur tak mahu makan ke? Sy pon tidur kembali. Haha.

Bangun je pagi subuh, dengar azan. Lepas tu terus bangun form gila pagi-pagi buta kemas bilik tukar cadar, basuh baju, lipat baju, gantung baju, sapu- sapu dan mandi awal sebab kene pegi office prepare progress report untuk meeting hari Rabu yang mana hari Rabu sampai Jumaat sy kene attend course pulak kat CIDB, Grand Seasons Hotel, KL. Pffffffffftt!

Tulah sebabnya sy tidur satu hari sebab pada pagi awal Muharram ni sy kene berpeloh-peloh basah ketiak muka ketat-ketat buat report. Kan dah berbalas. Haih.

Selamat Tahun Baru semua! Salam Maal hijrah 1432.
Semoga tahun ini segala amalan dan impian kita dimakbulkan olehNYA.
Smoga sy menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.
Sy doakan kalian juga.
Smoga kita dirahmati oleh ALLAH S.W.T :)

Wednesday, February 10, 2010

:: Semak Samun ::

Tett Tett Tett..!

Fida kembali dari alam kesemakan. Mmg lately ni rase semak gila. Semak tak bleh nk describe. Sejak dua tiga menjak ni sy melalui point of down feeling. Tapi takpe, sy redha. Sy tak punya kuasa nak pilih ke ape. Da dapat. Silakan terima dgn dada yg bidang tapi jgn menonggek ok. Oh! Masih sempat walau sedang berada di zon unstable emotion nih. T_T

Sepanjang masa ini, ada juga org yg baik hati memberikan senyuman, sharing happiness, menjadi attention grabber itu semestinya TAPI kami takkan terpesona. Sbb dia kate "Kalau fida terpesona nanti lagi panjang lah jodoh kita.." Ceh! sengal manusia itu. Senyum. Senyum.

Terima kasih ada untuk sy. Concern dgn sy. Sgt menghargai sumer itu.

May GOD Bless you. ^_^


Saturday, January 30, 2010

:: Love Rhapsody ::

Tajuk paling sesuai dengan perasaan ni.
Kenangan.
Buat sy terkembali semula ke zaman itu.
Keadaan itu.
Mungkin dia sesuatu buat sy, tapi baginya sy tiada sapa sapa.
Lahir pada bulan yg sama dan bezanya persis tiada membuatkan dia sentiasa seiring sy.
pendapatnya..
kritikannya..
jiwanya..
kesukaannya..
kesedihannya..
segalanya..
Mengenali dia satu keajaiban kerana dia dilahirkan sebagai org yg bijaksana lebih dari kepandaian sy.
Smoga dia bahagia.
Dia ada hidupnya.
Seperti sy juga.

Deeply hope you are ok.

Hope GOD bless you.

Sunday, January 17, 2010

:: Sokonglah Saya ::

Sambil2 tgk cite raja lawak ni. Sy nak update perubahan sy. Sy ingin menunjukkan perubahan sy. Lihat bawah. Ok ok. Sila lihat gambar dibawah.


Dengan bangganya sy bangge giler nk kate sy dah sedikit tembun. Sila tgk bahagian bawah pipi sy. Dah sedikit berlipat dan berbumper! Yehaa!

Nak kate sy happy sy sedang melalui saat ketegangan perasaan dalam kate lain yg lebih mudah nk paham adalah feel stress. OMG! Pengakuan indah dari sy, sy sedang menanam perasaan ingin menyekeh kepala seseorg dan pastinya sy mahu kepalanya sampai berlekuk akibat dari sekehan sy tuh. Geram azimat x hingat ni. Ya Tuhan, sabarkanlah aku ini jika dia benar utkku. Ameenn..

Tapi la kan, sejak 2 minggu sebelum ni. Sy mmg berjalan saje. Mencari hiburan di luar selain di rumah. Kate lah cite ape kat cinema sy tak tengok lagi. Sy dah tengok tajuk dia kat board tv cinemalah. Sungguh! -_-"

Honestly, sy sgt gumbira utk keberkesanan tembun di pipi sy. Lebih baik tembun dari muka sy cengkung mcm jerangkangkung. Kan? *pamerkan muka gedik wink wink*Dan sy tetap mahu abaikan kumen spontan dari sahabat sy bernama Hazmeed Hizad a.k.a Majid kate "..Ko tembun kat muka je, tapi badan kepeng gak.." @_@
Walaupun skrg ni sy sedang bersedih hati, sy harap esok ada sinar yg boleh menggembirakan hati sy. I need a warmth hug from someone to make me feels calm. Ibu..
Sekian. Terima kasih.
*cam sedih binti syahdu je ending*

Smoga hari anda bahagia!
GOD please pity on me!

Tuesday, December 15, 2009

:: Hasil Kepala Dikeraskan ::

Hasil dari kekerasan kpale ini membawa kepada kemakmuran..
Hahaha.. Eklan jap eh.


Dah dpt mkn cupcakes shomel2.. Syukur Alhamdulillah!
God Bless everyone!

Saturday, November 28, 2009

:: Kadang-Kadang ::

"...kadang-kadang dia lebih baik dari apa yg sy ada..."

Biar btol? Tapi itulah kebenarannya..
Sy sering dan kerap berasa perasaan ini.. adesh..!
Memang betul x semua bleh menjadi sempurna untuk seseorg yg dia sayangi.
Tiada manusia yg dilahirkan sempurna.
Tapi, ada certain point of humanity manusia istimewa ini buat sy berasa dia istimewa dari manusia lain. Sy menjadi diri sy bila ngn dia.
I am who I am!

Salah ke sy mempunyai perasaan ini?
Sy berbangga mengenali dia. Dia bukan sahaja menaikkan semangat sy, tp dia x tinggalkan sy dibelakang dia sendirian walaupon kami jauh.
Dan yg paling sy gemari tentang dia, sikap dia yg bersahaja dan keras membuatkan sy gembira dan tersenyum secara tiba2.

Wlu pe pon jadi akan datang..
Sy harap dia x jauh dari sy. Sy perlukan dia. Sy pasti.
Dia insan yg selalu buat sy tersenyum.
Pls do always stay beside me virtually.
I'd feel honoured. ^_^



Pesanan penaja cerita ini: Dia bkn boipren sy. Dia adalah teman istimewa sy. Dia teman yg pelik dari teman sy yg lain.




Tuesday, August 18, 2009

Si Pipit Diingati Lebih Dari Si Enggang??

Ari ni klas I ada dari kol 11-1pm je tau. *yeay*
Nak dijadikan cerita, otw I nk blk g kat kete tadi I terserempak dgn Lecturer yg pernah mengajar I Project Management..
Ikot dan hati nk sengih2 versi kambing jer pastu blah la..
Sbb takot dia tanya yg bkn2 pasal subjek dier..
Tapi tetibe dia benti dan kate "Hey Fida, lama x jumpa awak.. Sehat??"
OMG, my lecturer ingat kat I lagik!!! Awesome. Riak la ko Fida.
Pastu I dgn rendah diri pon ckp, "Aah, lama x nmpk Doc.. Doc sehat?"
Pastu kami bleh jalan beriiringan dan bersentuh2 bahu lagi tau.. siap mcm nk tarik tangan satu sama lain.. Eh ni da mcm cite lesbian ni.. Tuka tune skrg.
Siap cite pasal pose, ganti pose.. rase x bleh pose awal Ramadhan la..
Huishh! serious I teruja Doc ingat I lagi..
I bkn la student dier yg dpt A+ dlm subject yg dia ajar.. I kan Pipit T_T
I xmo bgth result I tok subject ni. Jgn tanya ok.

Team members I yg giler2;
From left: Taha, Shafida, Martop, Mac, Peng, Pon.

Teringat plak satu cite, dulu I dilantik jadi AJK Trip to Tg. Balau oleh dia.
Termasuklah beberapa rakan2 lain. Sila jgn pasan ko sorg jer. -_-
Pastu, lepak la kat bilik dia wat plan pasal trip tuh..
Nk bwk satu kelas yg berjuta2 perangai ni. Paham2 jer la. Erggh~
Pastu tertengok kat meja dia ada gmbr dia ngn anak sulong dia kat oberC.. Wah! impress.
Gmbr dia seyes x brubah dgn dia yg kini.
Cuma fesyen tuh mmg jujur kate adoi mak ai.. Dolu2 beb!
Time dia on call kat phone, terdengar plak *ko mmg sengaja Fida* dia sebut no IC dia.
Ya Ampun! umur dia dah 39 thn! My first impression I though umur dia awal 30-an.
*tu sbb I kate pakaian dia dalam gmbr tuh dolu2*
Uper2 nyer awet muda la woi~


Awet muda bukan? Ni akibat dolu2 stail la ni.. Bedal jer sume.
*akibat dari ini, Mac telah mangambil badinya.. memakai tudung cokolat pekat dgn baju t-shirt merah menyala + suar jeans g klas*


Bergambar ngn team terbaik tau. I la ketua kumpulan dan I gk yg ditolak2 jadi presenter. Group member I mmg kejam. V_v


Tapi kan pengajaran dia amat bermakna untuk I, pada I la kan.. I blaja bkn utk score tp utk knowledge. Sbb I tahu diri I ni, time final I mmg malas byk+++ nk revise.
Otak ni tetibe jem mcm x penah blaja.. Test score x hingat. Fida si pelupa.






Untuk Dr. Rozana Zakaria:
U ar awesome to me.
Thanks for ur sacrification spanjang mengajar kami..
*especially I*

Jasamu dikenang bangat!
Thanks jugak kerana masih mengingati Si Pipit ini.. ^-^


*Siap niat nk bagi kad raya kad Doc raya kali nih*

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..