Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Tuesday, November 22, 2011

:: Jodoh Tak Panjang ::

Cerita ini hanyalah untuk pedoman sy dan teladan untuk sy. Kisah ini adalah kisah benar. Berlaku disekeliling sy. Dan sy pun turut bersedih.

Bagi anda, faktor usia masalah yang besar ke dalam perhubungan? Mungkin ada yang bersetuju ia menjejaskan sesuatu hubungan dan ada juga yang tidak bersetuju.

Bermulanya perkenalan Ayu dan Amir yang berbeza umur dimana Ayu lebih berusia dari Amir. Amir beza 4 tahun lebih muda dengan Ayu. Tapi Amir seorang yang berpewatakan matang, berfikiran matang dan segalanya matang. Ayu pula seindah umurnya. Sama seperti umur gadis lain sebaya dengannya yang berumur lewat 20-an.

Ayu dan Amir bekerja di satu syarikat yang sama. Dan bersama-sama juga dengan ibu Amir. Cinta yang hadir, siapalah yang dapat menghalangnya. Semua sedar akan itu termasuklah keluarga Amir dan Ayu. Pada asalnya keluarga Ayu tidak begitu menyokong perhubungan mereka ini. Tak kurang juga tentangan hebat dari keluarga Amir.

Tapi Amir setenang lelaki matang. Dilema di antara keluarga dan kekasih.

Saban tahun, Ibu Amir tak putus-putus menduga Ayu dengan kata-katanya, sikapnya melayan Ayu serta tindakan yang kurang matang terhadap Ayu. Tetapi atas dasar cinta, Ayu tetap utuh bertahan untuk lelaki yang memberikan dia senyuman, memberikan dia kebahagiaan, memberikan dia rasa disayangi dan dihargai.

Ayu cukup tabah.

Sampai lah suatu masa, keluarga Ayu redha dengan ketentuan Ilahi. Jika inilah lelaki yang boleh membahagiakan anak mereka. Mereka akur. Malangnya, Keluarga Amir lagi-lagi si Ibu tetap dengan pendiriannya tidak mahu Amir mengahwini Ayu.

Keajaiban perasaan Ibunya berubah yang diharapkan, malang lain pula yang menimpa. Amir bersama rakan-rakan motornya berkonvoi menjalani latihan motor berkuasa tinggi, Amir telah terlibat dengan kemalangan jalanraya yang teruk. Amir koma beberapa hari.

Luluh hati Ayu. Sayu Ayu melihat Amir di dalam ICU.

Beberapa hari dalam koma, Amir menghembuskan nafas yang terakhirnya. Amir pergi buat selamanya meninggalkan keluarganya, kawan-kawannya dan paling meruntun hati meninggalkan Ayu. Keluarga Amir terpaksa redha atas pemergian anak lelaki yang hanya ada seorang itu sahaja. Kawan-kawan terpaksa redha atas pemergian teman yang menceriakan dan akan menjadi rakan yang akan diingati. Dan Ayu juga terpaksa redha atas pemergian kekasih hatinya.

Atok Amir ada memberitahu Ayu sewaktu hari pengebumian Amir, Amir menyatakan mahu menghantar romobongan merisik dalam masa terdekat dan berhajat untuk mengahwini Ayu pada hujung tahun ini. Kejutan yang diakhiri denga kejutan tak disangka-sangka.

Lagi meraung jiwa Ayu. Bersemadinya Amir sebagai seorang lelaki yang sehingga penghujung nyawanya menyintai seorang wanita bernama Ayu. Sehingga akhir hayat Amir, Ayu lah ratu hatinya.

Tinggallah Ayu meneruskan kehidupannya. Tabahlah Ayu. ALLAH merancang yang lebih baik untukmu. InsyaALLAH. Alfatihah buat Allahyarham..

No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..