Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Showing posts with label camiliadhuha. Show all posts
Showing posts with label camiliadhuha. Show all posts

Friday, September 6, 2013

Late Post: Cerita Buat Camilia Dhuha..


Dhuha, selamat datang sayang..

Ibu dah tak ingat rasa sakit perit semasa Ibu nak melahirkan Dhuha. Lepas Ibu tengok Dhuha keluar dengan sedikit rengekan. Ibu sejuk hati. Ibu lega. Ibu tenang rasa. Sebab Ibu bangga Ibu berjaya melahirkan Dhuha. 

Ibu sakit lama. Mungkin sebab Ibu takde pengalaman dan Dhuha anak pertama.

Ibu mula sakit seawal minggu 34 Dhuha dalam kandungan Ibu. Ibu sakit di celah peha, jalan cepat mengah, makan cepat sengkak perut tapi sentiasa rasa lapar dan paling penting Ibu kerap terkencing. Ibu masih pergi kerja macam biasa. Walaupun cakap pun termengah-mengah. Ibu tak dapat nak ikut jemaah solat sebab Ibu nak turun sujud pertama jemaah dah duduk antara dua sujud dah. Ibu dah mula solat duduk atas kerusi.

Dhuha dalam perut tak pernah meragam pelik-pelik.

Sepanjang Ibu bawa Dhuha 38 minggu dalam perut Ibu, Dhuha tak pernah minta makanan pelik-pelik kat Walid. Dhuha jadikan Ibu kuat makan. Sebab Ibu naik berat badan dari 50kg kepada 72.5kg. Lebh kurang 22.5kg Ibu membesar. Dan pastinya Ibu bangga! Sebab itulah berat tertinggi pernah Ibu catat selama hidup Ibu. Hahaha. 

Minggu ke 35 -- Premature Contractions.

Ibu pegi pejabat macam biasa, petang tu Ibu lewat nak kejar solat Zuhur. Ibu masuk toilet then Ibu perasan ada spotting and bila Ibu buang air kecil ada darah dalam mangkuk tandas. Ibu seriau. Pertama kali Ibu kena macam tu. Lepas solat Ibu terus mintak permission balik pegi klinik nak further check up takut apa-apa jadi pada Dhuha. 

Cari mencari klinik yang doktor perempuan tak jumpa. Ibu pasrah then Ibu balik rumah. Nasib baik Walid sentiasa ada teman disisi Ibu. Ibu nak mandi, sekali lagi Ibu bangun dari bidet -- Ibu bleeding mengalir darah ke peha ke kaki Ibu. Walid risau. Ibu lebih lagi.

Esok paginya, Ibu terus ke KBMC dan jumpe Dr Rosilawaty. Dr kata itu premature contraction dan Dr predict seminggu lagi insyaAllah Dhuha keluar sebab kepala Dhuha dah engaged antara tulang pelvic Ibu. Dr bagi injection kuatkan jantung Dhuha incase Dhuha keluar awal sebelum minggu 37. Patutlah Ibu rasa sakit bila berjalan. Ibu dapat cuti seminggu.

Ibu warded 2 minggu sebelum Dhuha lahir sebab UTI (Urinary Tract Infection).

Ibu tak pernah kena warded. Serius Ibu tak suka dan Ibu terpaksa sebab Ibu kena UTI. Doctor Norlida kata sebab pundi kencing perempuan lebih pendek dari pundi kencing lelaki jadi senang terkena jangkitan. Masa ni Dhuha punye kepala dah engaged sangat dan bila-bila masa boleh bersalin asalkan jalan terbuka. Masa ni sudah minggu ke 36.

Minggu ke 37 Ibu masuk pejabat dan buat handover kerja.

Ibu sempat handover 3 hari bekerja dan apply cuti. Lepas tu Ibu terus bercuti mula 24hb June 2013 yang kebetulan hari Ibu check up condition Dhuha pada minggu 38. Dr kate jalan pintu rahim Ibu dah terbuka 1.5cm.

Ibu kena masuk ward dan induce. Semperna nisfu Syaaban.

Induce sebab jalan dah buka dan kepala dah engaged. Lagipun masa ni Dhuha punya berat estimated dari scan 3.4kg. Dr kate boleh dah nak bersalin. Ibu redha janji Dhuha selamat. Ibu tak fikir nyawa Ibu dah. Ibu cuma kesiankan Walid, sape nak jaga dia kalau Ibu takda. Ibu kena kuatkan hati!

Pukul 10 malam hari yang sama (24 June 2013) selepas Dr masukkan 2 pil induce, Ibu kena masuk labour room. Dr seluk dan kata jalan dah terbuka 3cm. Dr decide pecahkan air ketuban supaya kepala Dhuha cepat turun dan buka jalan pintu rahim. Masa ini hanya Allah yang maha mengetahui kesakitan Ibu. Ibu mengerang dalam hati, Ibu genggam tangan Walid. Walid macam buntu sebab itu sahaja dia mampu buat untuk tolong Ibu. 

Lepas bertarung sakit hampir 6 jam, jalan pintu rahim hanya terbuka 4cm. Dr cadangkan supaya lakukan pembedahan sebab takut Dhuha kene infection. Dan masa itu Ibu macam dah nak menyerah kalah fight for normal sebab Ibu sakit pinggang sangat sampai tak rasa kaki.

Walid setuju lakukan pembedahan.

Ibu masuk bilik pembedahan pukul 4.00 pagi. Dhuha dikeluarkan dari perut Ibu pukul 4.15 pagi dan Dr Norlida selesai jahit semula 5 lapisan perut Ibu pukul 4.45pagi. Ibu separuh sedar disebabkan ubat bius separuh badan -- bukan epidural.

Walid tengok Dhuha, tak terkata teruja tengok junior dia. Muka Dhuha baru lahir macam muka Ibu. Tapi paginya bila Dhuha bukak mata alamak Dhuha sepet! Walid bangga ada jugak waris dari fizikal Walid. Hahaha. Ibu tak terasa sakit sebab tengok muka Dhuha -- ahli syurga, bau syurga. Terima kasih kepada dua orang Dr dari KBMC yang tolong tracking Dhuha punye progress dalam kandungan Ibu sampai Dhuha lahir -- Dr Norlida dan Dr Rosilawaty.

Ibu dan Walid akan berusaha mendidik Dhuha jadi anak yang taat kepada Allah. Dhuha anugerah Allah yang kami nantikan. Kami akan lindungi Dhuha selagi kami mampu. Kami akan bimbing Dhuha menjadi insan berguna dan paling penting apa pun Dhuha akan jadi pada masa hadapan asalkan Dhuha bermujahid demi Allah yang satu ye nak. Hanya Allah yang satu. 

Ibu dan Walid sayang Dhuha sepenuh jiwa dan nyawa kami. 




Wednesday, September 4, 2013

My Little Princess is 2 Months Old

Hari ni pegi check up kat KKIA Sri Rampai semperna Camilia Dhuha 2 bulan. Alhamdulillah, BMI cantek dan sihat. Current weight 4.8kg and height 57cm ukur lilit kepala 39.5cm. Meninggi dengan cemerlang anak Ibu. 


Al kisahnya, kurang lagi sebulan nak kena masuk kerja balik. 

Adoiyai, report back to work. 2 things play in my mind are my first feeling when send up my baby to nursery? and my phobia on NURSERY. Itulah kan, dengar cerita orang kiri kanan depan belakang teros jadi seram sejuk nak menghadapinya. Tapi seriuslah, sekarang pon dah terasa sedih bila teringat nak kena berpisah beberapa jam hantar Camilia Dhuha ke nursery. Belum hari yang betul-betul lagi tu. Asyik tenung muka dia, dan fikir anak Ibu boleh survive insyaAllah..

Progressive pumping stock EBM.

Haaa, itu kekdahnya. Sebulan lagi nak kerja baru set kilang susu untuk kerja extra sikit producing milk untuk sy simpan stock susu. Dengan tulus hati niat ikhlas kerana amanat dari Allah hendak menyusukan Camilia Dhuha sehingga umur dia 2 tahun. Sekarang pun esklusif penyusuan tanpa campur apa-apa lagi. Termasuklah tak bagi puting susu (pacifier).

Okey, sy kuat dan harus set mind Camilia Dhuha pun lagi kuat!





Monday, August 26, 2013

Late Post: Happy 1 month Camilia Dhuha!


Gambar ni kami tangkap untuk meraikan 1 bulan umur Camilia Dhuha. Ewah eksaited bukan main maklumlah anak pertama. InsyaAllah harap-harap anak kedua dan seterusnya pun begini. 

Doa ibu dan walid buat Dhuha agar Dhuha menjadi hamba Allah yang taat kepadaNya, sentiasa bersyukur dan merendah diri, segala yang terbaik datang kepadamu wahai anak. Ibu and walid loves you so much!

Sunday, August 25, 2013

Princess Camilia Dhuha Ahmad Shahid

Macam lama sangat tak tulis dalam blog ni. Dulu sebab musabab tak update lupa password dengan laptop tidak mahu memberi kerjasama. Sekarang takde alasan dah. 

Al kisah -- banyak betul perkara yang terjadi. Honeymoon ke 2 dan ke 3 pon tak update lagi. Last update pasal honeymoon a.k.a jalan-jalan bercinta ria pegi Cherating Pahang. Tup tup dah pulak nak update sy dah menjadi Ibu. Subahanallah! Terancang baik perancangan Allah. 

Syukur Alhamdulillah!

Pada 25 Jun 2013 bersamaan 16 Syaaban 1434H hari Selasa sy selamat melahirkan anak sulung kami seorang bayi perempuan seberat 3.03kg secara EM LSCS dalam kata lain pembedahan kecemasan di Hospital Pakar Al-Islam atau Al-Islam Specialist Hospital atau Kampung Baru Medical Centre (KBMC), Kg Baru Kuala Lumpur. Kisah perit getir bersalin tu insyaAllah sy kongsikan lain entry. Ini pun untuk kenangan masa depan anak(s) jika diizinkan Allah.


Seharusnya sy nak ucapkan terima kasih tak terhingga juga kat suami sy yang tercinta Mr Acan. Dia menjaga sy siang dan malam melayan karenah sy yang last minute request ABC. Memang haru betul. Tengoklah gambar kat atas, sy dah tak selera nak makan then dialah yang tolong makankan. Sebab memang sifat semulajadi dia tak pernah nak tolak makanan apa kan lagi membazir. Syukur..

Proud parents.
He is so addict to his first ever daughter.
Muka macam sy kan? Hahaha.
Tak terasa semua kesakitan lepas tengok muka anak.
.. and this! Our little Princess.
Nama anak kami Camilia Dhuha binti Ahmad Shahid (read: ka-mi-lia dhu-ha). Maksudnya dalam bahasa arab -- perpohonan yang sentiasa hijau/segar waktu selepas Subuh/Dhuha. Pemilihan nama ni last minute pilih dari list name yang kami rujuk dari buku-buku nama Islam. Sy sukakan nama Dhuha. Mr Acan carikan satu lagi teman nama untuk Dhuha. Jadi bila pilih punya pilih dapat nama Camilia. Sejuk dan lembut. Harap Dhuha sebegitu. 

Semoga dengan kelahiran Camilia Dhuha menceriakan lagi keluarga kami. Hari ni genap 2 bulan umur Camilia Dhuha. Semoga menjadi anak yang solehah kepada Allah, baik kepada ibu dan walid dan paling diharapkan anak ibu ni menjadi mujahid kepada Islam. InsyaAllah..

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..