Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Friday, September 6, 2013

Late Post: Cerita Buat Camilia Dhuha..


Dhuha, selamat datang sayang..

Ibu dah tak ingat rasa sakit perit semasa Ibu nak melahirkan Dhuha. Lepas Ibu tengok Dhuha keluar dengan sedikit rengekan. Ibu sejuk hati. Ibu lega. Ibu tenang rasa. Sebab Ibu bangga Ibu berjaya melahirkan Dhuha. 

Ibu sakit lama. Mungkin sebab Ibu takde pengalaman dan Dhuha anak pertama.

Ibu mula sakit seawal minggu 34 Dhuha dalam kandungan Ibu. Ibu sakit di celah peha, jalan cepat mengah, makan cepat sengkak perut tapi sentiasa rasa lapar dan paling penting Ibu kerap terkencing. Ibu masih pergi kerja macam biasa. Walaupun cakap pun termengah-mengah. Ibu tak dapat nak ikut jemaah solat sebab Ibu nak turun sujud pertama jemaah dah duduk antara dua sujud dah. Ibu dah mula solat duduk atas kerusi.

Dhuha dalam perut tak pernah meragam pelik-pelik.

Sepanjang Ibu bawa Dhuha 38 minggu dalam perut Ibu, Dhuha tak pernah minta makanan pelik-pelik kat Walid. Dhuha jadikan Ibu kuat makan. Sebab Ibu naik berat badan dari 50kg kepada 72.5kg. Lebh kurang 22.5kg Ibu membesar. Dan pastinya Ibu bangga! Sebab itulah berat tertinggi pernah Ibu catat selama hidup Ibu. Hahaha. 

Minggu ke 35 -- Premature Contractions.

Ibu pegi pejabat macam biasa, petang tu Ibu lewat nak kejar solat Zuhur. Ibu masuk toilet then Ibu perasan ada spotting and bila Ibu buang air kecil ada darah dalam mangkuk tandas. Ibu seriau. Pertama kali Ibu kena macam tu. Lepas solat Ibu terus mintak permission balik pegi klinik nak further check up takut apa-apa jadi pada Dhuha. 

Cari mencari klinik yang doktor perempuan tak jumpa. Ibu pasrah then Ibu balik rumah. Nasib baik Walid sentiasa ada teman disisi Ibu. Ibu nak mandi, sekali lagi Ibu bangun dari bidet -- Ibu bleeding mengalir darah ke peha ke kaki Ibu. Walid risau. Ibu lebih lagi.

Esok paginya, Ibu terus ke KBMC dan jumpe Dr Rosilawaty. Dr kata itu premature contraction dan Dr predict seminggu lagi insyaAllah Dhuha keluar sebab kepala Dhuha dah engaged antara tulang pelvic Ibu. Dr bagi injection kuatkan jantung Dhuha incase Dhuha keluar awal sebelum minggu 37. Patutlah Ibu rasa sakit bila berjalan. Ibu dapat cuti seminggu.

Ibu warded 2 minggu sebelum Dhuha lahir sebab UTI (Urinary Tract Infection).

Ibu tak pernah kena warded. Serius Ibu tak suka dan Ibu terpaksa sebab Ibu kena UTI. Doctor Norlida kata sebab pundi kencing perempuan lebih pendek dari pundi kencing lelaki jadi senang terkena jangkitan. Masa ni Dhuha punye kepala dah engaged sangat dan bila-bila masa boleh bersalin asalkan jalan terbuka. Masa ni sudah minggu ke 36.

Minggu ke 37 Ibu masuk pejabat dan buat handover kerja.

Ibu sempat handover 3 hari bekerja dan apply cuti. Lepas tu Ibu terus bercuti mula 24hb June 2013 yang kebetulan hari Ibu check up condition Dhuha pada minggu 38. Dr kate jalan pintu rahim Ibu dah terbuka 1.5cm.

Ibu kena masuk ward dan induce. Semperna nisfu Syaaban.

Induce sebab jalan dah buka dan kepala dah engaged. Lagipun masa ni Dhuha punya berat estimated dari scan 3.4kg. Dr kate boleh dah nak bersalin. Ibu redha janji Dhuha selamat. Ibu tak fikir nyawa Ibu dah. Ibu cuma kesiankan Walid, sape nak jaga dia kalau Ibu takda. Ibu kena kuatkan hati!

Pukul 10 malam hari yang sama (24 June 2013) selepas Dr masukkan 2 pil induce, Ibu kena masuk labour room. Dr seluk dan kata jalan dah terbuka 3cm. Dr decide pecahkan air ketuban supaya kepala Dhuha cepat turun dan buka jalan pintu rahim. Masa ini hanya Allah yang maha mengetahui kesakitan Ibu. Ibu mengerang dalam hati, Ibu genggam tangan Walid. Walid macam buntu sebab itu sahaja dia mampu buat untuk tolong Ibu. 

Lepas bertarung sakit hampir 6 jam, jalan pintu rahim hanya terbuka 4cm. Dr cadangkan supaya lakukan pembedahan sebab takut Dhuha kene infection. Dan masa itu Ibu macam dah nak menyerah kalah fight for normal sebab Ibu sakit pinggang sangat sampai tak rasa kaki.

Walid setuju lakukan pembedahan.

Ibu masuk bilik pembedahan pukul 4.00 pagi. Dhuha dikeluarkan dari perut Ibu pukul 4.15 pagi dan Dr Norlida selesai jahit semula 5 lapisan perut Ibu pukul 4.45pagi. Ibu separuh sedar disebabkan ubat bius separuh badan -- bukan epidural.

Walid tengok Dhuha, tak terkata teruja tengok junior dia. Muka Dhuha baru lahir macam muka Ibu. Tapi paginya bila Dhuha bukak mata alamak Dhuha sepet! Walid bangga ada jugak waris dari fizikal Walid. Hahaha. Ibu tak terasa sakit sebab tengok muka Dhuha -- ahli syurga, bau syurga. Terima kasih kepada dua orang Dr dari KBMC yang tolong tracking Dhuha punye progress dalam kandungan Ibu sampai Dhuha lahir -- Dr Norlida dan Dr Rosilawaty.

Ibu dan Walid akan berusaha mendidik Dhuha jadi anak yang taat kepada Allah. Dhuha anugerah Allah yang kami nantikan. Kami akan lindungi Dhuha selagi kami mampu. Kami akan bimbing Dhuha menjadi insan berguna dan paling penting apa pun Dhuha akan jadi pada masa hadapan asalkan Dhuha bermujahid demi Allah yang satu ye nak. Hanya Allah yang satu. 

Ibu dan Walid sayang Dhuha sepenuh jiwa dan nyawa kami. 




No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..