Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Monday, August 22, 2011

:: Hanya Untuk Orang Kental Sahaja ::

Bila baca blog adik ipar to-be, teringat zaman belajar kat uni dulu. Ouh, sy lah manusia paling malas. Paling suka menjadi orang yang paling last submit task dan paling seronok bila takde class. Zaman uni sy adalah zaman paling tough since kehilangan Ibu dan Wan dalam masa yang dekat. Beberapa hari selepas Ibu meninggal - November 2006 - hari raya ke-10, sy dapat surat tawaran sambung pengajian di UTM Skudai. Ouh, perasan masa itu bolak-balik nak sambung study ke atau nak teruskan berusaha mencari kerja yang setaraf dengan lulusan diploma sy? Masa itu sy kerja sementara di AIG Assurance sebagai Data Entry Clerk.

Jiwa berkecamuk, kehilangan Ibu dengan sentapnya.

Bila mintak advise orang sekeliling sy, haruslah abang-abang yang ada dan kawan-kawan yang sama-sama dapat offer encouraged sy sambung study. Tapi hakikatnya sy pergi sambung study antara sebabnya adalah hendak melupakan sedikit sebanyak kenangan sy dengan Ibu. Bila duduk kat rumah, buka je pintu rumah teringat Ibu sapa "anak kesayangan Ibu dah balik". Bila pergi dapur, teringat Ibu duduk tumbuk bawang masak untuk kami. Bila masuk bilik Ibu, tengok barang-barang Ibu teruslah mengalir air mata tanpa dipaksa. Mungkin sebab hati sy belum cukup kuat untuk terima kenyataan Ibu takde disisi sy selama-lamanya.

Masuk UTM, cipta semangat baru.

Berjumpa dengan kawan-kawan dari pelbagai jenis orang. Dari yang baik hati sampai lah yang pentingkan diri. Ia mematangkan sy. Sy bersyukur sangat sebab pengajian ijazah sy menggunakan duit pencen Ibu sy. Abang-abang sy banyak bantu sy - mentally. Semester pertama memang pointer jatuh gebabom lah kan. Mana taknye, otak melilau teringat kat Ibu, nak recover balik internally diri sendiri. Ditambah pula dengan kehilangan Wan yang menjaga sy sejak dari kecik pada bulan April 2007 iaitu beberapa minggu sebelum Final Exam pertama di UTM. Maafkan N sebab tak sempat menjaga Wan macam Wan jaga N bila Ibu pergi kerja.

Setiap malam pasti ada air mata menitik di bantal sebelum tidur. Itu pun kalau boleh tidur.

Tapi atas saki baki semangat yang tinggal, sy nekad untuk terus hidup dengan bermaruah. Kalau sy keluar dari uni, sy nak keluar bermaruah. Tak nak repeat paper. Dan Alhamdulillah sy berjaya dengan nekad sy. Akhirnya, sy menamatkan pengajian setelah 3 tahun menumpang di bumi Johor Bahru dengan 3 pointer - second class (upper) with honour.

Hadiah untuk Ibu serta keluarga dan ketabahan diri sendiri.

Hari ini sy boleh duduk di kerusi sebagai seorang Jurutera, tapi sayangnya bila sy tak dapat berkongsi kegembiraan sy dengan orang yang sepatutnya. Semoga Allah merahmati Ibu dan Wan sy. Merekalah sumber semangat sy sehingga ke hari ini.



Baju kuning kain batik merah kulit putih lepak gebu cantik itu Ibu sy ketika umurnya dalam lingkungan 43 tahun sebab masa gambar ni di ambil kami menetap di Quarters UTM Jalan Semarak dan umur sy pada masa ini 9 tahun mungkin. Gambar ini credit to Sal jiran depan rumah. Family dia je up to date ada kamera dulu. Family sy takde kamera, Ibu sy kais pagi makan pagi kais petang makan petang nak membesar kami 4 adik beradik dengan Wan.

A big smile for goods today. May Allah always be with me.
Thank you Allah :)

No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..