Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Saturday, November 12, 2011

:: Akhirnya ::

Akhirnya sy akhiri kekalutan kerja dengan perletakan jawatan sy dari AZRB notis sebulan. Bukan sebab sy nak migrate dapatkan peluang kerja yang lebih lumayan, sy sendiri pun tak dapat offer kerja lagi. Tetapi kerana sy takda passion lagi bekerja dalam keadaan stress dan sy rasa sy betul-betul bermuka-muka.

Tambahan lagi sy diarahkan berpindah ke Projek KPP2, Kerteh, Terengganu. Walaupun dah bincang dengan pihak pengurusan kata sy akan mendirikan rumah tangga dalam masa 3 bulan terdekat ni pun still tak dapat kesepakatan dalam keputusan. Sy ni seorang je pompuan, sapa nak tolong sy uruskan majlis sy kalau sy hanya boleh balik KL setiap Jumaat sahaja? Minyak tol lagi. Makluman, tiada kenaikan gaji walaupun ke luar Kuala Lumpur ye. Kata pihak pengurusan nak hantar sy sebulan atau dua bulan sahaja. Tapi dalam surat transfer takde mention period transfer. Nanti jadi lah cerita projek Putrajaya, suruh pergi tolong cover orang buat mitigation plan selama seminggu. Lepas tu suruh tracking pulak. Lepas tu suruh buat Monthly Report pulak. Lepas tu satu surat transfer pun takde. Pegi atas dasar tolong-menolong. Last-last, sy dikambing hitamkan seolah-olah sy tak nak bekerjasama dengan team projek Putrajaya. Terima kasih.

Sy terkenangkan kawan planner sy yang di KPP2 berbesar hati untuk sambung kerja planner di Putrajaya atas alasan lain family dan rumah dia dekat Putrajaya. Kalau korang diberikan peluang duduk berdekatan dengan family, ada ke korang nak tolak? So, kepentingan lebih berpihak kepada dia. Sy pikirkan sy ni tak ada Ibu dah, sy pikirkan kesian kan dia yang masih ada peluang nak bersama keluarga dia sedangkan sy ni dah jauh takkan dapat peluang itu. Akhirnya sy ditukarkan ke posisi dia dan dia ke projek Putrajaya. Terima kasih sebab memang itu yang sy mahukan. Dia boleh berdampingan dengan keluarga dia. Lupakan tentang sy.

Menjaga hati orang, mementingkan perasaan orang lain. Akhirnya sy kuburkan perasaan sy. Sy biarkan angin membawa kesedihan hati sy. Sy tahu orang lain pun ada buat perkara yang sama, cuma kondisinya berbeza. Semoga apa yang terbaik untuk kita, kita hargai dan mengabdikannya selagi kita berhak ke atasnya. Sy percaya, dunia ini bulat.

Jika ada yang menganggap sy sebagai seorang yang pentingkan diri sebab bagi notis sebulan berhenti kerja.. Sekali lagi, terima kasih sy ucapkan. Semoga ALLAH merahmati kalian.

Sejujurnya, sy tak menyalahkan sesiapa. Sy bertanggungjawab di atas keputusan sy ini. Dan sy tak menyimpan dendam lagikan marah kepada sesetengah orang. Sy set kan dalam otak dan hati sy, INI BUKAN JALAN TERBAIK UNTUK SY. Pasti ada jalan yang lebih baik.

Jadi, sy mohon ampun kepada sesiapa yang berkenaan. Terima kasih untuk segalanya.


3 comments:

  1. oo..dah tender resignation letter ek.bila last?

    ReplyDelete
  2. Fida,Terima Kasih sebab jadi kawan kita sepanjang duduk dalam 1 company.

    Kita ingat lagi kali pertama kita kenal ko.
    Kita call ko bukan main lama lagi.At last, ada juga officemate perempuan sebaya.

    Kita cerita semua bende dekat ko.Kita kena marah,kita kena maki,kita balik lambat, kita masuk sejuta impian.Senang cite,kita selalu call ko time ko tengah makan.

    Thanks fida sebab bagi peluang untuk kita balik dekat dengan family.Kalo ko tak pergi,mayb kita yang akan tinggalkan company nie jugak.

    Fida,Kita akan ingat cakap ko. "zarith,aku dah nak kawin.Ko kene la cepat-cepat cari calon"

    ReplyDelete
  3. salam kak fida bila kawen???adik selalu follow blog akak

    ReplyDelete

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..