Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Sunday, July 18, 2010

:: Kenapa ::


Kenapa eh lelaki sangat rear dilihat mengespresikan perasaan diorang? Mungkin kerana terlalu mengawal kejantanan atau malulah kan badan dah kental-kental macam ketam laut lengan dia pastu berkata jiwa-jiwa. Ouh, tidak lah sy takkan ketawa. Lagi-lagi muka dah abih ganas dah ni, dan-dan suara cam cicak tersepit. Ouh, ajaib nya. Atau kerana mempunyai lebih dari seorang kekasih. Takot kantoi lah konon. Boleh belah.

Ni ihsan dari googlean.

Adalah satu kisah ni kan (bukan nak mengaibkan) tapi sy teringat kepada sesuatu yang membuatkan sy bersyukur dengan apa yang telah terjadi pada sy. Kenal dan putus, kembali mengenali yang baru. Harapan yang lain. Tapi kan, percayalah dengan kerjaNYA. Segala sesuatu itu pasti bersebab. Ok, kembali pada kisah yang sy nak kongsikan.

Bila sang kekasih si wanita ini menduakannya dan sedaya upaya menegakkan benang yang basah bahawa dia tak salah, dia di aniaya, dia tak pernah buat benda yang dituduh sedangkan bukti dah nyata dan sohih. *hah! bahasa ibunda aku bagi* Masih taknak mengakui kerana nak mengaja ego. So, please go and dont look back again.

Perkara paling sakit dan dibenci oleh wanita adalah apabila sang kekasihnya menduakan dia dan bermain kayu tiga dibelakangnya. Itu adalah tindakan lelaki yang sgt bangsat sedangkan sang wanita begitu setia dan sayangkan si kekasih bepenuh jiwa raga kalahlah sepak raga. Haih. Lagi-lagi bila percintaan jarak jauh contohnya seperti sorang kat Singapore dan sorang lagi dekat sempadan Thailand.

Sy yakin mana-mana wanita yang pernah gagal dan menggagalkan hubungan cinta diorang pasti pernah melalui masa getir ini. Tape-tape, kita wanita cool. Ada kene mengena ke dengan aku? Kalau ada pon kene mengena ada korang kesah? Heh? Cekal bunyinya.

Sy pasti bukanlah seseorang itu berniat untuk menggagalkan hubungan tetapi mengangkat kaki lebih baik dari menghambakan diri dengan manusia yang tak pernah bersyukur. Ataupun! sang wanita pulak yang dah terbirah lebih jumpe lelaki yang boleh paham isi hati dia, menjaga dia lebih baik dari yang sedia ada. Best man win! Itu mungkin jugak! Tapi sy tak bape nak gemar bab itu kerana kalau kau tak rase dia melengkapi hidup kau yang kau pegi terima dia kenapa bahlol, kau pegi bagi harapan pada si samdol tuh kenapa bongap!

Pada sy, kita buatlah baik pada orang walaupun orang itu tak menghargainya. Sebab satu hari nanti dia akan terduduk mengenangkan kebaikan kita pada dia. Dia akan kesal pada masa itu. Perkara yang baik orang akan kenang sampai bila-bila. Ingatlah, what goes around will comes around then. Takde manusia yang sempurna. Semuanya bukan sempurna. Tapi sy percaya pada sesuatu hubungan itu adalah untuk saling melengkapi kelemahan yang masing-masing ada. Kelemahan dia adalah sebenarnya kesempurnaan untuk kita.

Marilah bersyukur, katakan ALHAMDULILLAH!



GOD, I love You.


No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..