Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Wednesday, July 14, 2010

:: My Bob ::

Bukan my boo tapi my bob.
Dia adalah abg yang tersayang tercinta terkasih sy.
Dia adalah abg nombor ranking ketiga, kiranya tua dari sy sket je la sbb sy yang ke empat merangkap bongsu. Ok, bongsu-bongsu ni sgt sensitip sekarang. Entri ni sy nak menceritakan tentang Bob.

Bob adalah abg yang paling rapat dan paling dekat dengan sy. Dia dan sy duduk berdua aje satu rumah kami di Setapak. Kami duduk tanpa Ibu dan Wan hampir 4 thn dah. Ya, 3 tahun sy berulang alik KL-JB sbb belajar. Tahu dgn ape? Of kos dengan kereta kebanggaan sy peninggal dari Ibu dan bas pengangkutan awam kebanggaan orang awam peninggalan sape tak tahu. Spanjang itu Bob duduk sorang-sorang dan penah ada satu senggang masa dulu Abang Fizi (1st Bro) duduk sekejap dengan kiteorng.

Bob adalah seorang abg yang sangat annoying. Dia ni pembersih dan cerewet. Tapikan, sy slalu mengotorkan kawasan dia. Towel mandi dia kat bilik dia sy slalu guna wat keringkan tangan bila sy dari dapor sbb bilik pertama jumpe adalah bilik dia. Ok, dia tak tahu. Dia slalu cakap kat sy bila sy membazir time mkn.. "Ko ni, aku lah yg kene jadi DBKL ko. Masak byk-byk tak habih pastu aku yang kene abihkan.. Haih.. "
Aku suka part tuh dan aku mengakuinya. Over cooked mcm nak makan 4 orang tapi rumah ada 2 orang je. Haih.

Ada lagi, dulu kecik-kecik kan sy ni kan ok! sy mengada. Tapi stended bongsu lah mengada ngn familia saja. Dgn org luar takmo cakap banyak. Bajet suare. Sy pernah lah terambil ouh tipu mengambil duit tabung Abang Fizi. Pastu Abang Fizi buat post mortem kehilangan duit dia. Dan-dan nak hilang time orang pegi semayang jumaat. Dan-dan sy pompuan tak pegi semayang jumaat. Dan-dan jugak sy sorang je adik dia yang pompuan kan. Hambek! Sy amik duit sepoloh hengget yang time tuh macam lima puluh hengget bawak member sy pegi beli eskrem conetto. Jahat tau conetto nih mendorong sy mengambil. Mencuri tuh cam jahat sgt, mengambil lebih manis ayatnya. Pastu, Bob yg mengaku dia amik sbb takot Abang marah. Sedangkan sy yang buat. Ouh, rase sgt bersalah sampai sekarang. Tapi kan, Abang tak marah pon kat dia sbb Abang tahu bukan dia yang buat. Selamat lah semua Umat manusia. Haha. Gelak aku eh? *suka terlepas dari kantoi*

Dulu time Bob dajah 4 dan sy dajah 2. Ibu slalu anta kami pegi sekolah awal-awal. Sy pon suka pegi awal sbb takot cekgu marah. Mulalah rase nk terkencing sakit perut bagai kalau lmabat tuh kan. Sy slalu menempel kat kelas Bob dan ternyata kuasa sy sebagai adik sgt kuat, duit belanja yg Ibu bagi kat dia sy yg punya sbb sy takkan balik kelas sy selagi tak dapat duit nak beli alat tulis baru. Hehe.. Ketawa setan sekarang.

Tapi kan, Bob adalah anak lelaki kesayangan Ibu dan kegemaran saudara mara sbb kecik-kecik dulu dia buntat macam gila nak obesiti. Sy pulak? kering kerempeng shingga kini. Haih. Terbukti dia manja ngn Ibu bila dia dapat tawaran masuk teknik kajang sambung kat situ lepas PMR tapi dia tolak sbb takot jauh dgn Ibu. Tapi reason dia sbb takot tak bleh blaja. Eleh, kate je la nak berkepit dgn Ibu. Bahana tu kene pula kat sy, masa sy mintak sekolah teknik setapak Ibu tanya sy boleh ke nak survive sedangkan Bob takot nak pegi. Ah, heran. Sy apply sendiri sy cume mintak Ibu poskan je sbb time tuh sy duduk asrama takboleh perasan nk beratur-beratur kat pejabat pos. Penjara pon ok lagi. Bleh men tumbuk-tumbuk mcm cite Prison Break. Ni tidak, mengadap buku je memanjang. Pandainya tidak la dibanggakan sgt. Meluat.

Rahsia Bob paling besar adalah dia kecik-kecik dulu suka berak dalam seluar bila naik keta lama-lama. Haih. Baunya MasyaALLAH. Sekarang tak lagi.

Ermm.. Sy buat entri ni sebab sy rase bersalah dengan Bob. Dia da byk tahan apa yang dia nak semata-mate sebab sy. Membayar duit kereta yang sy pakai sewenangnya merata tempat sy bawak. Tak pernah dia mengomel atau marah-marah. Kalau abang-abang sy yg lain nak pinjam keta tuh mmg laser lah dia bagi kat abang-abang sy. Sy tahu, dia nak jaga kepentingan sy. Dia sayang sy. Sy tahu. Sy juga sgt sayangkan dia.

Gambar terpaksa di kaburkan sebab nanti Bob rase dia glamer sgt plak.

Semoga ALLAH menyayangi Bob semacamana Bob berkorban utk sy.
Amin.



2 comments:

  1. bob pastinya berbangga mempunyai cik rafida yang sudah berjaya. ;)

    ReplyDelete
  2. kejam ko dari kecik ek. sian bob kena buli.

    bestnye ade abg cmtu :)

    ReplyDelete

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..