Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Friday, July 30, 2010

:: Peranganan ::


Perancangannya;

Jumaat: Bercanda berjoli dengan mutants Wan dan Nuida ^_^
Sabtu: Road to Broga Hills with Mr Acan and friends!
Ahad: Piknik bersama girlfriends :)

Dan hasilnya;

AKTIVITI 1
(Jumaat, 30hb Julai 2010)


Berjumpa pukul 8 malam akibat si kenit bleh terjebak dengan jam. Ouh, kesian. Sampai-sampai aje Wangsa Walk kami pon terjebak kat promosi RM10 slimming program. Dah macam ape ntah. Tapi layankan aje.
Ini lah rupa-rupa muka pembanci yang tersohor , muka letih bekerja macam kongsi kong dan muka tensi si kejebakan jam.



Selepas tuh kami pon makan kat TGI semperna celebrating my belated birthday. Huhuhu. Ouh, terharunya. Mekasih cinta-cinta sy.



Pastu kami ke karaoke! Weeee :)






Mereka adalah sahabat baik sy since sekolah rendah. Segalanya bersama diorang bila duka sy duka mereka. Bila suka sy diorang tumpang gembira. Dari sy duduk di rumah UTM sampailah Ibu pergi, Wan pergi dan sy membujang dan menjadi anak dara.. Diorang ada bersama sy, jauh mana terpisah pasti jumpe semula. Sy sayang diorang. Sy tahu diorang pon sayang sy. Thanks besties :)

AKTIVITI 2
(Sabtu, 31hb Julai 2010)


Sungguh fanatik kepada Broga yang akhirnya ke mana kita pegi kawan-kawan? Ok, ke Seoul Garden 1 Utama untuk melantak dan membalas dendam kesumat nak makan seafood termasuklah Mr Acan yang soksek itu. Malangnya gambar-gambar pulak kat camera tak save lagi. Takpe, nanti sy akan cube attach kan ye. :)

Ok, mari kita lihat petikan-petikan kelahapan kami. Mari!








Pelantak-pelantak yang telah kenyang


AKTIVITI 3
(Ahad, 1hb Ogos 2010)


Beriya berjaga awal pukul 6.45 pagi untuk ke sini. Tapi akhirnya sy la penyebab untuk kelewatan sampai ke sungai. Kami beriya-iya seperta badak dambakan air sungai. Heh.



Girls day out yang happening gila. Coolest friends ever! Kami punya menu adalah nasi lemak (pqok), brownies (qemmal), buah-buah (hazzet), sandwiches (yanti), coklat (nannak), cikediss (ayesha), cawan ngn pinggan (agijan), cikediss jugak (fida). Tapi makanan macam 40 orang nak makan. Waih, banyak gila. Lagi-lagi cikedisss.







Hebat bukan? Hebatlah jika kita bersatu! Yeah. Pasni plan nak pegi tempat yang boleh naik kapal terbang. Nantikan. Tak sabo nya sy. :)


Sume gambar-gambar ni ehsan dari camera Pqok. Mekasih dear muah-muah!


Semoga ALLAH merahmati kawan-kawan dan Mr Acan juga. ^_^

No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..