Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Wednesday, April 25, 2018

Hero sudah mari: Dany Qalby bin Ahmad Shahid

Alhamdulillah, syukur pada Allah dengan nikmat rezeki yang diberikan. 

Sy dah selamat melahirkan anak lelaki pada 9hb April 2018 pukul 6.19 petang di Hospital Pakar Al-Islam, Kg Baru, KL. Baby boy diberi nama Dany Qalby bin Ahmad Shahid (read: da-ni dekat, qal-bi hati). Semoga Dany sentiasa dekat dihati kami sekeluarga. 

OK, sy nak share kronologi melahirkan Dany. Personally, antara 3 orang anak; Dhuha, Daryn dan Dany, melahirkan Daryn paling senang. Tapi sesungguhnya nikmat melahirkan senang tapi struggle pula dengan tantrum anak kedua. Hewhewhew.

Dany lahir pada usia kandungan sy 39 minggu 1 hari. Sy melahirkan Dany secara normal dengan 1st degree tear tanpa episiotomy. Sebelum bersalin dah set dalam otak tak mahu gunting, gunting dan guntingggg. Dah dapat tak bergunting, tapi koyak pulak! Nasiblah sikit je doktor kata. Doktor yang membantu sy dalam proses melahirkan adalah Dr. Norlida, sama macam masa melahirkan Dhuha tapi pengalaman czer. 

5hb April 2018, sy memang ada check up 38 minggu 4 hari masa tu. Doktor dah scan and tengok baby tak engaged lagi tapi bila buat VE, doktor kata dah buka 2cm. Sy macam relaks lagi sbb walaupun sakit pinggang, sakit tulang punggung, sakit ari2, sakit perut mengeras dan semua dah rasa tapi masih boleh bertahan. Doktor kate serviks masih ketat jadinya doktor advise balik dulu then repeat check up 3 hari lagi iaitu masa 39 minggu 1 hari. 

9hb April 2018, datang ke hospital sekali lagi untuk check up. Sampai pun dah pukul 10 pagi. Dapat jumpa doktor pun dah nak dekat pukul 11 pagi. Doktor scan dan alhamdulillah baby dah engaged. Doktor proceed VE, doktor kate dah buka 3 cm tapi serviks tak fully effaced. So, bermulalah doktor tolong engorge kan serviks. Mak oi, sy trauma sebab teringat tragedi melahirkan Dhuha. Doktor buat macam ni juga. Tapi kesudahannya czer. Hangin je. 

Doktor pun bagi instruction untuk warded terus dan kami pun meloncat lah laki bini. Bukan sebab excited tapi sebab tak habis prepare lagi dan senang kate tak ready lagi nak bersalin. Sy pun terus terang dengan doktor yang sy tak rase sakit contraction pun macamana sy nak bersalin? Contraction datang tapi tak consistent. So macam tak betul je bersalin hari ni. Acan pun menambah kata kalau sy masuk wad dan tak bersalin hari ni doktor jangan czer pulak. Doktor ketawa dan advise kami pegi lunch dulu dan balik semula hospital pukul 2petang buat CTG nak tengok contraction dan pergerakan baby ok tak. Kami pun agree.

Kami pegi makan nasi padang teksi kat sebelah hospital je. Masa tengah jalan tu dah rase macam something tapi chill lagi sebab memang nak makan dulu sebelum apa2. Amek nasi kemain penuh pinggan, makan gulai usus sumbat telur (ni favourite arwah ibu dulu), gulai nangka, sambal ijau dengan ayam kampung goreng kemain sedap. Minum pulak air teh o ais limau. Memang menjilat jari. Tapi bahagia tak lama, lepas je suapan terakhir tu perut sy memulas-mulas kaw-kaw punya. Ya Allah, sy tahu masanya dah tiba. Bangun pelan-pelan, basuh tangan dan minum air. Sambil relaks tunggu Acan ratah ayam kampung, dah dengar orang mengaji dari Masjid Kg Baru tanda nak masuk waktu Zohor. Cakap dengan Acan, nak settle kerja jumpe kawan bincang pasal kerja jom cepat sambil2 layan contraction (ye ke tidak sy pun keliru sbb takut mentekedarah nasi tadi buat memulas ke mana tahu kan). 

Tapi, semua plan kami last minute berubah. Kami patah balik ke Hospital terus dalam pukul 1 petang. Sempat dengar orang azan masa buat CTG. Nurse tengok result, terus call doktor dan doktor terus suruh admit. Sy terpaksa pasrah walaupun terpikir kan anak2 kat skolah cemana, almari baju baby pun tak assemble lagi, baby cot baby pun tak assemble jugak lagi. Pendek kate bilik pantang pun carca marba lagi. Dengar prosedur masuk wad dan pakej bersalin bla bla bla jadi pukul 2 lebih dapatlah 4 bedded room tepi toilet sama tempat bersalinkan Dhuha! Trauma kali kedua. Herghhh.. 

Masuk je wad, nurse suruh salin baju, masukkan ubat lawas berak dan nurse kata boleh nak solat Zohor sebab kalau apa-apa boleh terus masuk labour room lepas tu. Sy pun buat lah semuanya pelan-pelan sambil di temani acan yang terlelap kat sebelah sy. Dari pukul 3 lebih tu, sy dah rase contraction sy selang seminit setengah dan setiap kali contraction dalam 50-60 saat. Sy layan dulu sampailah dah dengar orang mengaji nak masuk Asar dekat Masjid Kg Baru. Sy mintak nurse buat VE sebab last check pun pagi tadi dengan doktor 3cm. Bidan datang, buat VE dan resultnya 5 cm tapiiiiiiiii membrane bulging. Berdebar ape pulak membrane bulging ni. Jangan kata kena czer dah lah trauma semua keadaan sama macam time Dhuha dulu. Nurse kate, kalau rasa nak teran info dia. Dia akan buka labour room lain untuk sy since semua 3 labour room penuh. Auchhhh sakitnya berganda! 

So, solat Asar dulu. Doktor siap kata confident betul boleh buat Asar lagi tak mahu jamak! Hahahaha. Tak terpikior doktor. Dalam pukul 5 petang, bidan kata get ready masuk labour room. Pukul 5.15 petang, bidan check lagi dan dah buka 6 cm. Bidan kata tak berani nak pecahkan ketuban kena tunggu doktor sebab takut terberanak. Doktor pula katenya pegi alih kereta kejap. Adudududu. Al kisah, lepas bidan cakap pasal membrane bulging tu, laju sy google dan sebenarnya ia adalah sign yang baik sbb kalau pecahkan je membrane a.k.a kantung ketuban tu baby akan terus keluar yakni bersalin. Wehuuuu! Ibu is seronok. Tak lama lepas tu doktor sampai dan terus pecahkan ketuban sy. Sebelum pecahkan ketuban, rasanya macam nak teran tapi tak boleh macam belon tak lepas dari kepala botol air. Haaa boleh agak-agak tak rasenya. 

Jadi, lepas pecah ketuban bermulalah episod contraction yang nak patah pinggang. Selang masa still seminit setengah. Mengiring ke kiri, kaki bawah lurus dan kaki atas bengkokkan sambil pelan-pelan ambil nafas dan lepaskan. Doa Nabi Yunus sy baca dalam keadaan air mata mengalir tanpa dipaksa. Acan tolong urut belakang pinggang. Kurang sikit rase sakitnya. 

Dalam pukul 5.45 petang tu sy panggil bidan sebab rasa nak meneran sangat dah. Bidan buat VE dan resultnya 7 cm dah terbuka. Bidan jerit rase rambut dan cakap jangan teran sebab doktor takda lagi pegi amek air wudhuk pulak hahahhaha. Ya Allah, tak tahu nak rasa apa tapi lucu lah jugak! Tak lama lepas tu, doktor datang dan cakap nak tolong sy bersalin kalau sy dah rasa nak teran. Masa pusing baring mengelentang tu, tup tup contraction pulak tak mariiii. Hahahhaha. Doktor kate lama lagi ni, dia nak pegi solat dulu. Kahkahkah macam kat dalam drama lawak. Sy pun pusing balik ke kiri dan layan contraction. 

Tak lama rasenya dalam pukul 6 lebih sikit, sy panggil lagi bidan kata nak meneran sangat ni. Bidan tengok dah keluar kepala baby. Crowning. Google ya kalau tak boleh imagine macamana baby crowning. Sy terasa bidan pegang kepala baby tak kasi keluar lagi. Bidan jerit panggil doktor kate dah nampak kepala! Doktor pun kelam kabut dari bilik sebelah sbb dia consult parents sebelah untuk czer sbb slow progress takut baby stress. Sy sempat lah dengar jugak masa tahan contraction tu. Nota: Doktor still tak sempat lagi buat Asar time tu. Hahaha. 

Doktor suruh pusing baring mengelentang dan semua dah ready. Nurse cabut paip kencing siap-siap dah. Doktor kata bila-bila sy rasa teruskan je. Masa tu nak kata perasaannya macam ya Allah, akhirnyaaa! Boleh teran dengan rasminya. Sy terus kata, "OK, sy nak teran sekarang. Contraction sy dah datang!". Semua ketawa sebab sy bersemangat betul. Mestilah, sebab tahu dah nak bersalin. Sekali push panjang kepala baby keluar sampai leher pastu doktor pusingkan posisi baby. Lepas tu sy curi nafas dan teran panjang sambil Acan tolong tolakkan kepala ke perut. Alhamdulillah, baby meluncur keluar dan placenta pun follow terus. Senangnya hati sebab masa Daryn plancenta lekat. 

6.19 petang rasmi baby boy keluar dan proses jahit pun bermula. Doktor bius 3 tempat, pastu doktor kate koyak sikit je dan dia tak gunting pun. Perghhh perasan dia time ni, syukurrr pada Allah menyenangkan sy. Lagi Allah permudahkan, dapat single bed room! Anak-anak kat skolah kami minta tolong Ayong amek dan bawakkan ke hospital. Malam tu kami tidur beramai-ramai 5 beranak bersama. Kenangan manis sungguh. 

Petua sy sebelum bersalin 2 minggu lebih kurang, sy amalkan teguk VCO brand tanamera. Bukan teguk hari-hari tapi agak kerap. Sy minum susu Farm Fresh mix kurma 10 botol 2 hari sebelum bersalin. Sy juga minum beberapa kali air kelapa muda sebiji campur air gula sikit plus ais banyak. Sy makan benda yang pedas-pedas macam nasi goreng tomyam, bihun tomyan, daging masak sambal hijau dan paling latest tu lah nasi padang tu. 

Betul lah orang kata, setiap kelahiran pengalaman berbeza-beza. Sy nikmatinya dengan penuh syukur. Hanya Allah yang mengetahui kemampuan hambaNya. Sekarang tengah pantang hari ke 16, dah buat 3 hari berurut bertungku mandi air daun2 semua tu, luka bawah pun dah elok. Berak kencing pun ok. Berat badan pun dah turun 10kg. Lagi 10kg to eliminate. Total sy naik berat badan 20kg. Mak oiii. Menangis kalau baju raya tak boleh pakai nanti. Acan jaga sy masa berpantang ni. Seminggu pertama full time jaga. Sekarang on off sebab dah start keje balik dengan training dan installation. Jadi makan tengahari self service ya - masak nasi sendiri dan makan dengan serunding halia ikan bilis plus amek je pegaga segenggam jadikan sayur. Potong buah oren ke epal hijau ke dua biji makan sebelum makan nasi. 

Dany detected kena jaundice masa day 8 bacaan dalam 149. Lepas tu pegi check KKIA dalam seminggu lepas tu turun 107. Repeat sekali lagi kelmarin, alhamdulillah turun 94 dan tak perlu check lagi. Seminggu lebih jugak dia tidur je. Spray muka pun tak jalan. Dany ni sejenis yang kuat menyusu sejam sekali menyusu. Rezeki awaklah Dany, susu badan ibu meriah untuk awak setakat ni. Harap Allah permudahkan breastfeeding journey kita ya, insyaALLAH sampai 2 tahun kalau boleh. 

Jadi, doakan sy sihat cepat-cepat sebab sy sakit jiwa tengok walid mental settlekan hal Dhuha Daryn hari-hari nak pegi skolah. Dengan rumah macam tongkang pecah. Dapur dah macam dapur kedai makan. Gile lemas. Sakit mata woiiii!

Nah cuci mata gambar kenangan.

Day 1

Day 7

Gambar pertama kami berlima. Tengoklah kakak-kakak Dany punya perangai. 




No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..