Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Thursday, April 26, 2018

Persediaan berpantang sendiri

Hari ni hari ke 18 berpantang. Tapi kalau ikutkan takde lah pantang cara nenek-nenek dulu. Setakat ni semuanya ikut cuma kadang-kadang minum air manis macam air milo panas. Masa minum adududu sedapnya. Tapi lepas habis segelas, rasakan penyesalan tu. 

Petua berpantang sendiri ni senang je basic rules dia. Kalau boleh buat, insyaALLAH kita boleh berpantang dengan aman damai rukun tangga dan kembali ke KPI kurus yang kita nak kan. Jom check it out. Nota: pantang sendiri maksudnya berpantang tanpa pertolongan pihak ketiga dan hanya dapat bantuan suami secara full time atau part time. 

1. Beli set berpantang yang memang kita akan pakai. Senang dipakai dan boleh dihabiskan. Jangan beli je tapi tak pakai habis sebab sekadar nak jawab ngan kawan-kawan sedara mara "sy pakai set pantang pantingpuntong". Dalam kes ni sy pakai set NR. Apa yang buat sy ulang beli set bersalin ni? Hanyalah semata-mata kerana minyak urut dan semestinya kerana Phytonatal yang sangat membantu sy melawaskan berak. 

2. Beli atau pinjam je ngan sesapa sedara ke kawan-kawan ke bengkung yang senang nak pakai. Sekarang banyak benkung yang moden dari zaman dulu yang bermeter-meter panjangnya. Yang ini pun jangan cheating. At least sehari sekali pakai sekali dengan krim barut NR (dalam kes sy lah). Sy pun ada jugak cheating tak pakai, tapi lebih banyak pakai dari tak pakai lah. Sebab sy dah pernah nak cuba back to berat badan anak dara dulu masa tak mengandung, tapi tak menjadi sbb ape? sbb masa kita 'kosong', kita takde pantang larang. Semua kita sebat makan tak ingat. Manelah turun berat badannya kan! Jadi masa berpantang adalah masa paling bole berdisplin. InsyaALLAH. 

3. Mohon cari bidan urut yang datang dengan pakej mandi daun demaun, bertungku, bertangkas dan berurut memulihkan rahim dan urutan memperbanyakkan susu badan. Kena survey awal-awal sebab biasanya diorg ni pun laris macam pisang goreng panas. Fully booked. Eloknya berurut pagi-pagi tapi kalau tak boleh nak elak, nak buat macamana kan. Janji ada org urut dari takda langsung. Macam sy just amek 3 hari je tapi kesan dia memang superb. Rahim kecut cepat, perut kempis pun cepat, susu badan meriah, dan badan pun segar buang angin dan darah kotor. Sy dah 2 kali berurut dengan Kak Siti sebab masa first time tu dah serasi. Jadi teruskan je time Dany pulak. Kak Siti duduk di Tasik Puteri, Rawang. Dekat je dengan sy so takde masalah. Dia pun boleh drive sendiri datang umah.

4. Susun atur bilik yang menyenangkan kita - barang-barang pantang, set tidur ibu dan anak dalam keadaan yang mudah dicapai. Nampak remeh kan? Tapi serius, masa kita sorang-sorang dekat umah kerja kita jadi dua kali ganda payah kalau tak de orang bantu. Masa ni lah kita rasa eh patutnya almari baju tak payah bongkok nak ambil, barang baby pun sama. Lampu pun patutnya senang nak on tak payah bangkit. Itu contoh sahaja.  

5. Makan jangan cerewet. Kenapa sy cakap macam ni? Berbeza gila kalau ada parents/helper jaga masa pantang sebab even pinggan pun diorg boleh tolong kita letakkan depan kita dan tinggal nak makan je. Tapi kalau berpantang sendiri ni, at least kena lah masak nasi sendiri. Nasi orang pantang tak boleh yang reheat kena masak baru setiap kali makan. Kalau sy 2 kali makan nasi masa tengahari dan malam. Tapi lepas 2 minggu berpantang, sy kadang-kadang skip dinner tapi sy makan benda lain macam roti ke biskut cicah horlick cereal ke sebab takut sengkak perut. Tapi masa tengahari sy makan nasi penuh satu pinggan dan membukit. Lauk sy suami yang masakkan kalau dia ada. Kalau dia kerja macam minggu kedua pantang tu, sy makan yang senang-senang je. Potong buah oren 2 biji, basuh ulam pegaga, amek serunding halia ikan bilis (beli online) dan makan dengan nasi panas. Alhamdulillah kenyang. Dinner suami masakkan untuk kami semua. 

6. Sesiapa yang ada anak-anak lain, mohon lah arrange hantar pengasuh ke, skolah ke dan biarkan kita sendiri kat umah. Bukan apa, kita nak handle diri sendiri pun agak kasihan. Tambah lagi anak baru yang nangis dua jam sekali nak menyusu. Bila masa kita nak layan anak-anak lain? Nanti bermula lah episod anak tantrum atau si ibu stress. Benda kecik pun boleh buat kita melenting atau marah-marah. Paling sadis marah ke anak-anak yang tak faham apa-apa lagi. Memang jiwa kena kental, nak melepaskan anak-anak untuk dijaga orang lain tapi tolong jadi selfish sikit sbb diri sendiri pun baru nak recover. 

7. Pejamkan mata sekejap dari melihat keadaan rumah yang huru hara - bersepah sana sini, kotor sana sini, habuk ke, mainan anak-anak bersepah. Masa ni rase tegang urat leher asyik peringat suami tolong itu ini sana sini. Tapi please bear in our minds that husband is human being too. Dia pun rase penat, overwhelming lagi-lagi kerja-kerja yang selama ni kita yang buat tup tup dia pulak kena buat. Jadi nak taknak kita kena pejam mata kejap masa 44 hari pantang ni. Mana yang dia boleh tolong, alhamdulillah. Mana yang tidak, bertabahlah. Semua wanita yang berpantang sendiri memang rumah dia akan macam tongkang pecah. Pekakkan telinga orang yang datang visit dan membawang komen itu ini, kita dengar je dan doakan urusan hidup diorg tak serumit yang diorg pandang pada kita. 

8. Paling penting, sentiasalah berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah. Allah takkan bagi kita ujian berpantang sendiri melainkan Dia tahu kita mampu nak menghadapinya. Percayalah, disetiap kesusahan pasti ada kesenangan. Mungkin bahagian ni kita kurang tapi bahagian lain Allah bagi kita lebih. Jangan cemburu dengan orang lain sebab boleh jadi orang lain nak duduk tempat kita sebab keadaan diorg lebih sadis. Jadi marilah kita sama-sama bersyukur dan pilih untuk berfikiran positif. Kita control minda kita. Kita boleh buat! 

In overall, mental kena kuat. Jangan pernah rasa kita bersendirian. Sebab Allah datangkan kepada kita orang yang membantu kita secara langsung atau tak langsung. Samada kita perasan ke tak, bersyukurlah kita ada jiran yang baik, sedara mara yang prihatin dan kawan-kawan yang mengambil berat. Jangan rasa kita kurang sebab tak semua orang bole buat macam kita buat sekarang. Berbanggalah. 





No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..