Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Saturday, February 3, 2018

The greatest decision I've made in life

Pernah kan sekali (at least) dalam hidup kita buat keputusan yang kita tak rela/ready tapi kita terpaksa tempuh jugak dan bertawakal saja pada ketentuan Allah? Sy agak banyak kali. Bila hati dan akal tak seiring, mula lah termenung berfikir betul ke tak ni? Ke salah? Okey sy pernah berada di situasi ni. 

Lepas tender resignation dari AZRB tahun hujung tahun 2011, Alhamdulillah rezeki Allah tak putus bila dapat tawaran kerja dari EM. Kalau recall balik reason sy tender resignation dari AZRB adalah sebab sy dapat surat arahan berpindah kerja dari di KL ke Terengganu. Masa tu sy lagi 2-3 bulan nak kahwin. Ini tindakan nekad pertama sy sebab masa tu sy tak attend mana-mana interview dan sy bertawakal pada Allah semoga rezeki sy tidak putus dan urusan hidup sy dipermudahkan. Masa tu, sy betul-betul ikut ke mana arah hati sy bawa sy sebab dulu kalau ada Ibu, sy akan minta pandangan dia dan sy akan rase lebih tenang untuk buat keputusan. Masa tu, tiap kali solat menangis pada Allah sebab terasa diri ni hidup keseorangan sangat. So, lepas tender resign, sy ada 2 bulan untuk cari new job. 

Bestfriend forward job vacant, sy pun cuba nasib. Thank you to Marty. 

OK, kisah baru bermula. Job yang sy apply masa tu adalah totally new environment untuk sy. Oil and Gas sector. Sy pergi interview sekali dan kurang dari seminggu sy dapat respon EM berminat nak terima sy bekerja walaupun sy tak pernah ada experience dalam oil and gas. Alhamdulillah! Kalau nak compare work culture construction dengan oil and gas memang sangat berbeza. Sy faham sebab construction is more to execution dan ianya adalah tipikal malaysia work culture. You know what's it all about. Tapi to be honest, sy lebih suka kerja dalam oil and gas sector sebab work hierarchy sangat dijaga, safety is always on top of everything plus gaji berganda lah for sure memang tak boleh deny itu. 

November 2011 - June 2017. Almost 6 years with EM and I quit. 

Tragis kan bunyinya sebab kate suka kerja dengan EM tapi kenapa berhenti? Di sini bermula sy kena nekad buat keputusan dan beri kesan luar biasa dalam hidup sy. Tapi kali ini bukan kerana diri sendiri sebaliknya sebab keluarga. Semua ni berpunca dari ketagihan bekerja sy dan sy dah mula jadi workaholic secara tak sengaja. Macamane tu? Sy akan bagi komitmen paling maksimum pada kerja tapi sy tak sampai tahap bawak balik kerja sebab sy masih firm that in term of house rules whereas i am a wife/mother not worker. Tapi tak semua benda sy dan suami bole tolerate. Kita pun start our serious talk - He coaxed me to leave my position and get back to our normal life as a family. Be a full time wife and mother to the family with no loss. He promised that I will not lose my life plus I will be more happy because me myself can manage our kids at our own way. No more nursery, no more sicks, no more lice on kids' head, no more lack of good food supplies and for sure no more disputation from the swollen hands, unnoticeable bruises and whatsoever. So, i follow my instinct, I tender my resignation and I left EM on June 2017 with heavy heart. 

Tell me, when it come to the family matters, I would rather choose family than anything else. 

Apa jadi lepas berhenti? MashaAllah. Sangat luar biasa. Sy rasa lebih tenang dan hati sy lebih senang dengan percaturan Allah ni. Alhamdulillah. Walaupun sy tak dapat pegang duit gaji sy sendiri dan suami yang settle all our financials. Alhamdulillah, terasa cukup. Terasa lebih bersyukur. Terasa lebih bahagia. Walaupun before berhenti tu, kawan dan bosses advised nanti kita takda "me time", anak-anak akan lebih spoilt, how trust can long last towards our spouse sebab kita tak earn money at our own. And so many more what if statements. Setahun sy fikir hal ni semua ya. Setahun. Betapa beratnya hati nak lepaskan kerja yang sy suka. Sebab takut jadi rindu. Jadi, inilah sekali lagi sy buat keputusan nekad dan paling besar dalam hidup sy. 

Cuma nasihat sy sebelum decide nak berhenti, bincanglah hati ke hati se-serius-nya dengan pasangan. Supaya esok lusa takda cerita lama diungkit-ungkit, takda masam-masam muka, takda makan hati, takda mengomel belakang kita. Selain tu, tolong reset otak kita yang kita akan buat rutin kerja yang sama. Macamana tu? Celik je mata terus urus suami, anak-anak dan rumah sampailah sebelum kita lelap mata. Rutin berulang - bersihkan diri dan anak-anak, basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah dan kemas lagi dan lagi, masak untuk makan dan satu tahap kita bosan. Masa ni lah "me time" applied, pergi mall, masuk bookstore, makan ice cream, makan kat luar, tengok movie, quick catch up tea session with friends, shopping dan ape lah semua nya please list it. Cuma bezanya bila anak-anak dah selalu attach dengan kita, kita sendiri jadi rindu teramat kalau berjauhan. Sy angkut sekali anak-anak sy buat apa yang sy nak. Dan kadang-kadang suami handle anak-naka dekat umah, sy keluar je hangout dengan kawan-kawan. Dan sy tak rasa terbeban pun dengan benda ni. Seronok enjoy moments in life with our loved ones kan? Every time that could be. I am happy. 

Takkan selamanya macam ni? Nanti anak-anak dah besar, masuk asrama (insyaAllah) kita balik boring duduk rumah sorang-sorang. Taklah. 

Suami dah hantar sy attend training and ambil exams untuk jadi CIDB green card trainer sebab dia memang ada consultancy sendiri. So lepas bersalin ni, sy akan jadi trainer dan bekerjasama dengan suami sendiri. Lol. Suami kata duit dari buat training boleh buat duit geli-geli nak beli apa-apa buatlah. Yang bestnya, masa sy boleh uruskan sendiri. Lepas ni, hantar Dhuha dan Daryn ke school dan si kecik dalam perut ni bawak sekali kemana-mana sebab nekad nak fully breastfeed jika diizinkan Allah. Training ni half day selalunya. Selebihnya masa bersama anak-anak kembali. Oh my! Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan Ya Rabb! Terima kasih Ya Rabb. Semoga perancangan ni menjadi kenyataan dan dipermudahkan Allah. Amin Ya Rabb. 

Terima kasih ya Allah untuk pinjaman suami yang baik dan memahami, Mr. Acan. 



No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..