Tajuk macam serius tapi memang serius pun. Walau pun dah ada dua anak dan bakal menjadi tiga tapi setiap anak itu mempunyai attitude yang berbeza. Kalau berdasarkan pengalaman sy sendiri, anak yang pertama ni lebih straight forward - kita cakap dan explain dan dia akan terus adapt even though sometimes ada juga masa dia contest kita balik tapi at the end its turned out to a good discussion and everyone are satisfied.
Lain dengan pengalaman deal dengan anak kedua sy, Daryn. Personally, sy work hard untuk control my anger dengan dia. Bukan kata dia nakal dan keras kepala. Memang tidak! cumanya pendekatan nak approach dan ajar dia tu lain dari kakak dia. Dia tak suka orang buatkan dia, tunjuk dia, ajar dia, suruh dia. Dia jadi seorang yang berdikari walaupun usia baru 2 tahun 5 bulan sekarang ni. Garang tak payah cakaplah. Rasenya garang tu menurun ibu hakhak sebab tu ibu is redhoo.
Kadang-kadang, sy pun hilang ke-profesional-an diri bila kita approach and advice dia on certain things, dia akan total reject kita. Seems two way communication tu tak menjadilah kan. Tu yang sy rase sy masih tak cukup ilmu dan perlukan panduan untuk deal dengan anak nombor 2. Dengan walid dia lagi lah totally reject unless walid offer something yang dia suka - sweets, youtube on phone and other related attractive things lah.
Kawan-kawan rapat yang biasa hang out sesama dengan kami i.e. ibu, Dhuha and Daryn always said beruntungnya anak-anak behave kat public. Kalau anak diorang dah lari ke sana sini tak reti duduk diam. Tell you, it is hard at first and kalau kita praktikkan selalu memang anak akan ikut. Kebetulan, Daryn ni belajar dan lihat dari tindakan kakak dia Dhuha. So, as Dhuha has been told all good manners bila dengan public, secara tak langsung Daryn pun mengikut. Tapi tak lah semua benda.
Bila sampai tahap ibu tak boleh nak deal ngan Daryn, ibu akan mintak tolong Dhuha untuk pujuk Daryn dan kadang-kadang its worked! So, sy found out top rule to deal with second child is do not compare her with anyone else. Kepantangan! Plus, dia belajar dah tindakan bukan perkataan. Tunjuk contoh yang kita nak dia ikut, bukan sekadar bercakap mulut. She wont listen to you, trust me. But sometimes menjadilah jugak kaedah ni. Tengok mood dia lah.
Salah satu perkara yang buat sy ni adore dengan dia, dia memang seorang yang protective. Itu sy tak bole deny. Dia akan stop us and say that she dont like. Dia akan protect the ones yang dia sayang. Dan sangat slow nak warm up dengan stranger. Dia sangat transparent dalam mengekspresikan perasaan dia. Itu memang sohih. Tak suka, tunjuk tak suka. Kalau sayang, sampai gigil-gigil geraham tahan geram sayang punya pasal. Alahai, cute nya.
Maybe, time to time akan ada banyak lagi benda baru yang sy akan pelajari lagi tapi sy berharap anak-anak sy menjadi anak-anak yang mendengar kata dan tidak merumitkan. Ibu percaya, semuanya bermula dari rumah. Jadi ibu dan walid kena belajar sebelum mengajar anak-anak kami. Pengalaman sahaja belum cukup untuk jadi parents yang baik. Semua orang pun sampai mati akan belajar perkara baru.
No comments:
Post a Comment