Tolong jangan kecam ya. Dah masuk 3 trimester baru dan nak share dalam blog sy pregnant anak ketiga. Kemain busy kononnya. Hari ni tepat 28 minggu 5 hari mengandungkan fidacanjr number 3.
To be honest, this time tak sekuat alahan macam masa mengandungkan Dhuha dan Daryn. Cume awal trimester pertama kena sakit kepala yang teruk. Takde muntah-muntah, mual pun sekali dua je. Tapi sekarang selera makan meriah sangat. Cuma perasan cepat marah dan melenting. Adui lah mohon baby tak ikut emosi ibu ya. Ibu maybe overwhelming dengan perangai kakak-kakak awak.
Masuk je usia kandungan 28 minggu, nesting syndrome pun melanda. Nak menyapu, mengemop lantai, nak bau sabun, nak pakai wangi-wangi, nak mandi pakai sabun buku bukan cecair, nak buih banyak-banyak. Bukan itu je, bermula juga moment tidur malam yang terganggu dek tendangan anak dalam perut dan senang sangat tersedar sebab benda-benda remeh temeh macam rumah jiran sebelah tutup pintu ke, bunyi air dalam toilet ke. Dan lepas tu terus mata segar susah nak lelap balik.
Setakat ni, persediaan apa pun tak buat lagi. Bilik bawah yang sekarang jadi bilik tetamu nak tumpang solat pun tak convert lagi ke bilik pantang. Maybe sebab boleh agak kot tahap ke-kritikal-an nak bersalin bila. Walaupun hakikatnya setiap anak yang dikandung pengalaman pasti akan berbeza-beza.
Setakat ini, berat badan pun naik dengan jayanya. Berat sebelum pregnant 53kg dan sekarang dah 66kg. Pecah rekod diri sendiri naik berat badan mendadak 4.5kg dalam masa sebulan. Terus kena repeat minum air gula untuk ensure tak berkait dengan kencing manis. Alhamdulillah, 2 kali test MGTT dan 2 kali result negative kencing manis. Semoga anak dalam kandungan ibu terus sihat ya dan membesar dengan sempurna.
Bila orang tanye gender baby, sy memang sengaja tak mahu jawab. Sy suruh diorg teka walaupun kami dah 3 kali scan dan 3 kali doktor berbeza confirm jantina tutttt. Yang boleh jadi 3 kali tu sebab masa demam doktor nak scan nak tengok condition baby - masa tu baru 20 minggu dah nampak jantina. Kemudian kami memang nak buat details scan 5D/6D masa minggu 26 sebab nak tahu status details organ and alhamdulillah all looks good plus gender is confirmed. Then, baru-baru ni hujung minggu 27, doktor kat KKIA scan tengok progress baby dan one more time gender is confirmed.
Apa-apa pun, harapnya baby membesar dengan sihat dan cukup sifat. Semoga baby baik-baik saja dalam perut ibu ya. Semoga Allah berikan ibu kekuatan nak uruskan Dhuha yang baru masuk preschool and Daryn yang cranky sbb syndrome nak dapat baby baru. Kita boleh!
No comments:
Post a Comment