Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Sunday, May 7, 2017

Perth Trip - Summer 2017

Hi blog. Hidup segan mati tak mahu blog ni sebab tuannya pun macam lipas kudung cari waktu sesuai nak buat post baru. Sorry blog. You have bad owner, I can tell you.

Nak story trip kami empat beranak ke Perth, Western Australia. Our trip from February 25 until Mar 4, 2017. 8 hari cover dari center Perth ke north then turun ke south ke center Perth semula. Sendiri punya plan dan tak ambil package tour pun. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar as per planned. Allah permudahkan bawak anak2 jalan; Dhuha 3 years 8 months dan Daryn 1 year 4 months. Summer sangat nice to us. Blerhh, berbelak kulit kami cam udang grill.

Macam biasa, sy ni pemburu tiket Air Asia murah yang sangat gigih. Beruntung lah laki kau Fida. Tak payah nak spend lebih nak beli tiket flight. Kami beli dalam bulan November 2016. Kau nampak kemain aku punya semangat nak jumpe kanggaroo? Harga semua termasuk meals, luggage pegi 25kg dan balik 65kg berdesup bayo RM2.9K.


DAY 1: Flight kami scheduled to depart on 12.05 midnight. Sangat lah mencabar sebab Si Daryn first timer plak. Dia punya mengamuk dalam airplane sebab time dia tidur tapi kami still act super excited. Daryn mengalami conflict environment. Jangan komen kate sepatutnya kene standby favourite toys dia dan sweets untuk dia leka ke ape ke. Kami dah try dan boleh tahan sekejap je, dia tak layan semua tu sebab otak dia pikir nak tidur tapi kenapa semua orang sibuk macam hari siang? Bertabahlah sape2 ada anak kecik dan nak fly midnight ya. Si Dhuha pulak nampak lebih cool sebab ini bukan first fly dia. Lebih kurang 6 jam dalam airplane dan pukul 5.30 pagi sampai Perth Airport. Jangan expect airport kat sana macam klia2. 3 kali lebih baik Malaysia weh.

Sampai je terus kami mandikan anak2 kat airport. Sebelum lalu kawasan duty-free jual cekelat, perfumes semua tu kan, korang boleh perhati sebelah kanan ada parents room which is special created for parents with kids. Dalam bilik tu nak mandi ke nak kencing ke nak tengok tv ke nak lurus kaki ke buat lah. Siap boleh lock pintu tau! Tapi jangan buat macam hotel pulak. Toilet Aussie ni jenis takde paip macam kat Malaysia jadi bersedialah dengan botol nak tadah air dari sinki.

Tip#1: Masa korang dapat air mineral bottle kat atas flight mohon jangan dibuang. Sila simpan sebab botol tu bole guna masa korang buat bisnes kecil atau besar dalam toilet nanti. Lagi baik botol yang pendek mcm 250ml tu je. Toilet kat Perth rata-ratanya bersih dan terjaga. I bet you it is true even bile kita visit outskirts sekalipun.

Lepas settle anak2, terus kami beli simkad telefon Optus. Alaa, tak payah explain lebih lah bab simkad ni ya sebab sure korang dah godek2 banyak lagi sumber lain kan? Keluar je dari airport akan nampak kaunter simkad Optus, Vodafone dan macam2 lagi. Mohon hati nekad ya. Optus Optus Optus! Sebab murah dan coverage good at almost places yang kami visit i.e. CBD even sampai ke Albany! So tak payah percaya rumours kate coverage cirit kalau pakai Optus ya.

Kami sewa kereta 4 hari dengan Aries Rental Car. Owner dia Chinese man from Johor. Buat join business rental car kat Perth. Overall, harga dia offer mmg berbaloi dengan syarat masa korang nak nego jangan lah last minute sangat (seminggu nak fly baru terhegeh2 duhh!). Jangan nak poyo cakap English ngan dia sebab dia agak fasih bahasa Malaysia.

Tip#2: Masa nak handover kereta dari rental staff kepada kita tu kan, pastikan korang ikut dia pusing tengok defect kereta even calar sikit pun bagitahu dia tau. Kalau boleh record video sekali. Bukan nak berkira tapi ada kalau ada defect masa nak pulangkan, potensi untuk deposit korang tak dipulangkan sangatlah tinggi. Kalau korang bayar depo pakai credit card -  depo return dalam account at the same day. Kalau bayar depo pakai debit card pulak - return depo nak masuk dalam account tu amik masa lebih dari 3 hari ke seminggu ya. Mohon jangan meroyan.

First point kami ke Caversham Wildlife Park. Pergh! Syoknya jumpe kanggaroo, wombat, owl ngn koala. Binatang yang lain2 tu kat Malaysia pun ada. Disebabkan time summer, jadi please put you shades on, sister! Then, lepas dah berkepam dalam zoo, kami pun check in. Tapi sebab penat punya pasal, kami terus makan dinner awal kat D' Ankasa. Portion nasi goreng dia boleh makan 2 orang yang nak berdiet. Rasa Malaysia tu ada lah jugak dan sedap. Kami check in di Riverview on Mount Street Hotel - sangat selesa dan ada mini kitchen untuk masak tapi aku tak plan nak masak. Sekian.





Habis hari pertama kami. Kat sana waktu siang start dalam kul 6 pagi dan malam mula pukul 7 malam. Jadi, kami ambil masa pusing2 tengok culture orang - etika orang Perth ketika di jalan raya, berlajar cara beli groceries dan bayar pakai machine dan kami ada download apps nama "Bus+Train" dari Apple Store. Sangat membantu kalau nak naik public transportation. Nanti sy story lebih lagi dalam next post ya. Mohon bertabah post untuk Perth sahaja mungkin 8 posts mengikut hari lawatan ke sana. Hahaha.

Tip#3: Kebanyakan hotel kat CBD memang ada allocation parking kereta untuk customer. Kalau kita masuk lewat lepas kaunter dia tutup, korang boleh call 24 hrs care line diorang dan pihak hotel akan bagi passcode untuk access ke parking. Sama jugak untuk buka pintu lobby. Jangan risau, orang Aussie helpful.

No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..