Lepas check in kami terus pegi klinik kanak2 untuk further check up. Rupa-rupanya dia kena virus infection dan kemungkinan besar dari botol susu dia yang dah lebih dari tempoh penggunaannya. Ya, memang kami salah. Dari sehari ke sehari nak pegi beli tak terbeli. Maafkan ibu ya dhuha.
Doctor kata antara tanda2 yang obvious gila adalah:
- anak pasif
- selera makan kurang
- infection di telinga atau dalam telinga berdarah atau berbiji air kuman
- di luar kawasan lubang hidung berbiji air kuman dan mungkin berdarah
- demam
- cirit birit teruk
Doctor suggest kepada kami since sakit ni tak perlukan ubat sebab akan heal sendiri tapi kita boleh bantu anak dengan:
- berhenti bagi makan dan minum susu selama 24 jam kecuali bubur kosong dan air masak sahaja
- bagi anak minum air 100plus untuk elak dia dehydrated
Disebabkan dhuha dah dua tahun 5 bulan, doctor dah sarankan suruh stop susu formula dan consistently take solid foods. Kalau nak minum susu pun boleh dalam 20oz je sehari itu pun kena via cup bukan bottle.
Cara-cara nak wean off botol susu seperti yang doctor suggest;
- bagi anak makan on schedule yakni bagi perut dia kenyang sebelum dia request susu atau jgn bagi susu dulu sebelum dia makan solid foods.
- sediakan hidangan yang khasiatnya balance dan attractive mcm roti sandwich bentuk bear ke dan macam2 lagi lah korang kan kreatif
- replace susu ngan tenusu lain mcm yogurt, cheese dan seangkatan dengannya
- compliment anak walaupun dia makan portion sikit je tapi nak bagi semangat hadiahkan dengan small thing macam sepit rambut ke, bawa pegi playground ke, ataupun hanya dengan main basikal sama2 depan rumah
- kalau hantar anak ke taska atau pengasuh, pesan kat pengasuh yang kita tengah nak reduce intake susu anak dan mintak tolong dia distract anak dari mintak susu mcm kate susu botol susu takda kene minum cawan ataupun paling tak boleh elak jugak bagi susu tapi kurangkan scoop nya dan lebihkan air
- orang sekeliling mesti kena clear dan supportive dengan misi kita nak stop susu formula dan wean off bottle dari anak
- parents sendiri kena nekad jangan kesian kat anak sebab itu kunci paling penting!
Okey itu sahaja setakat ni. Mohon bermanfaat untuk anak sy seterusnya dan kepada anak anda juga. Hihi.
No comments:
Post a Comment