Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Friday, December 4, 2015

Daryn tolak botol susu

Ini masalah besar untuk sy tapi mungkin masalah remeh untuk orang lain. 

Masalah sy sekarang adalah daryn tak mahu botol susu. Sy dah cuba bagi Avent Natural sebab based on experience dengan dhuha dulu okey je brand ni. Sampai sekarang dhuha pakai brand ni. Dah 2 tahun setengah dah okey sesangat. Awal-awal dulu ada sekali try okey je nak jugak lah daryn minum walaupun mmg ambil masa lama gila macam nak memasak lauk tengahari lamanya. 

Konon bagi peluang kat daryn cuba take her ample time to get use ngan botol susu Avent ni tapi malangnya memang dia tolak dengan lidah dia sambil menangis meraung2 mcm baru jatuh katil. Last-last ibu yang menangis disebalik bantal sebab menyeksa anak sampai tersedu-sedu budak tu. 

Lepas bincang dengan acan, kami kasi chance daryn try botol susu NUK nipple kuning. Yaaaaaa pandainya daryn! Dia boleh tahu kami tipu dia. Dia refuse botol tu. Ibu crying again. 

Sekarang sy dah start stress sbb seminggu lagi nak start kerja dan daryn pulak tak mahu minum susu pakai botol susu. Wajarkan sy stress? Hurgggh!! 

Walid daryn dah gelabah sebab peel anak dia nombor 2 lain pulak dari yang pertama. Kami ingat cam sama je semua. Hahahaa. Kami misjudged anak-anak kami. Ye kami salah. 

Acan relaks je cakap kalau tak bole jugak dia suruh sy berhenti kerja. Mahunya tak mahu! Tapi rase bertanggungjwab pulak komitmen kerja masih memerlukan sy. Walaupun dia boleh tanggung sy tapi sy niat nak berhenti kerja dan fokus kat anak-anak bila dhuha start masuk primary school. Sy ada lebih kurang 4 tahun lagi kejar apa yang sy nak. InsyaAllah jika ekonomi keluarga kami mengizinkan. Sekarang pun ekonomi mcm hell semua benda nak naik harga! 4 tahun lagi cemane lah agaknya kan. 

Kuasa doa tu kuat, mintak tolong semua doakan semoga Allah permudahkan kesulitan kami ni. Amin. 

No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..