Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Sunday, September 27, 2015

Restless

Disebabkan sy masih tak bersalin lagi setakat sekarang ni. Sy akan update blog sekerap mungkin dan share pengalaman sy menunggu hari. Sy kan takde kerja dah start cuti dari 21-Sept-2015 lagi dan sekarang rase boring dah dan nak pegi kerja. Tapi malas nak drive dan jalan. Hurm macamana tu? 

Nesting sindrom still happens till now. Setiap pagi akan basuh toilet. Suka bau wangi-wangi. Dan paling pasti suka basuh baju. Kalau boleh nak letak sabun basuh berscoop2 kasi buih banyak. 

And sekarang selera makan tak men-jin sangat macam 5-8bulan dulu. Mungkin sebab dah padat dalam perut ni. Sengkak perut itu wajib sekarang hari-hari rasa. Sampai rasa nak tidur duduk atau berdiri. 

Masuk je tengahari tak kesah sebelum makan atau selepas makan mesti mata macam kena gam. Rasa nak gelap dunia mencari sesendal pencungkil gigi nak letak kat mata. Ewah drama sangat. 

Ibu is ready now baby. Please cooperate with me baby. I need your support. 


No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..