Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Friday, July 29, 2011

:: Harimau Vs Singa ::

Semalam 28hb Julai 2011 pukul 8.45 malam di Stadium Bukit Jalil berlangsunglah perlawanan untuk kelayakan ke FIFA 2014. Mari kita cerita rentetannya.

Hari Isnin lepas, sy bagi duit tiket kepada geng AZRB sy mintak tolong dia belikan. Pengakhirannya, dia pun sub kepada orang suruh beli dan orang yang dipertanggungjawabkan tak dapat beli tiket gara-gara ke-ekstrem-an rakyat Malaysia cari tiket kan. Kemudian, Mr Acan tanya kat member yang tercicir macam kami ni. Akhirnya berjaya dapat tiket setelah melalui negotiation process yang seharusnya kena kental dan sabar. Pergh, kesat peluh kat dahi.


Sampai terjelir lidah tanda kegembiraan.

Sebelum tu, akibat dari boss yang tak balik-balik. Tetiba dia form pulak keje. Sy tak boleh nak tunggu dah, tepat pukul 5.15 petang sy belah pulang. Nasib baik jalan tak hectic sangat kan. Sy siap-siap sepantas kilat kemudian drive kereta ke LRT Titiwangsa. Naik tren tak sesak sangat lagi. Sampai kat stesen masjid jamek dan seterusnya, beribu-ribu penumpang tren tak boleh masuk. Apa yang boleh, laung nama Malaysia. Serius sy teruja sampai beremang-remang bulu roma. First time naik tren musim bola kan.


Tangkap lah gambar asal boleh tetibe di cross oleh Majid. Subahanallah, Majid naik satu tren tapi tak sedar pon. Kiteorang keluar baru masing-masing terserempak. Ok, mula lah misi mencari kawan-kawan masing-masing di antara lautan manusia yang macam ulat nangka. Kesat peluh kat dahi sekali lagi. Coverage handphone macam herr pulak. Memang dapat pakej lah.

Bila dah jumpe kawan-kawan, memang lega gila walaupun tiket tak dapat lagi kat tangan. Pukul 8.15 malam baru dapat tiket. Apa lagi, merusuhlah masuk stadium. Perghhh, kali ini parah lagi. Ketiak, belakang badan senang cerita satu badanlah mandi peluh. Tak sempat dah nak kesat. Lantak lah situ. Cari punya cari tempat, tak dapat kat tempat yang sepatutnya. Sedih sedikit tapi happy lebih dari sedih sebab teruja first time tengok matching ball macam ni. Frust dengan rakyat Malaysia (sesetengahnya). Seat ada kosong tak penuhkan. Yang takda tempat terpaksa lah merempat-rempat. Kawan sy kata, tak pernah sembahyang jemaah ke? RAPATKAN SAF!!!!





Lepas tu dapat duduk kat maintenance walkaway belakang skrin tv besar. Pergh, sy teruja lagi sebab sy nampak padang bola yang sebenar! Gila pathetic kau ni Fida. Ok, mari tengok gambar sekitar di greng steng. Seronok!


Mr. Acan kegembiraan sampai tak nampak mata.


Ikan jenahak pun nak tengok bola. Haih.


Kawan kami yang berusaha kuat mendapatkan tiket. Mekasih Iban. :)


Kaki kami. Kawan-kawan yang lain terpaksa berdiri.
Greng steng limited seat lah katakan.


Adik kecil ni baru berumur 6 tahun. Tangkap gambar dengar dia sebab muka dia ada iras-iras sy. Kata Mr Acan lah. Sy tanya kat baby ni mana parents dia. Dia kata mak dia berniaga kat bawah. Ouh, terharunya sy sebab budak ini independent sangat pergi tengok bola sorang-sorang. Lepas tu terus rasa macam kalau sy ada adik lelaki mesti sy bawak dia macam ni. Tapi kalau meragam, kau tinggal kat rumah. Akak kau nak bawak budak yang tough sahaja.


Abang special di separuh masa pertama. Layu jiwanya, tak gol-gol.


Abang special ketika masa kedua setelah gol 1 dari Malaysia dibalas 1 dari Singapura. Abang special pun mencium tiang cat kapur yang lepas tu habis putih-putih semua orang yang duduk kat greng steng. Abang special tak dapat nak bendung kekecewaannya. Abang special jangan marah ye. Gurau-gurau je. Abang special ni memang special lah.

Keputusannya, seri Harimau Malaya (1) vs Singapura (1) yang membawa kepada agregat mata gol telah dimenangi oleh Singapura (6) dan Malaysia (4). Takpelah, apa-apa pun terjadi sy tetap sokong tanah tumpah darah sy Malaysia. Kalau Dato' Raja Gopal tersudi baca entri sy ni, I loved if you can consider and rethink to post up your Ismail Faruqi and Izaq Faris. Ouh, they makes me got headache. Suddenly, they such lost their attention. Ouh, pity boys - maybe its a unlucky day. I wish they can be tough mental and physically future. I know Malaysia can repeat their glory season like past. Good luck team Malaysia! I follow you.




No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..