Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Thursday, June 16, 2011

:: Pertunangan Mr. Acan & Cik Apeng ::

Ouh, amat fag diri ini sebab baru lah tahu dan betul-betul rase kepenatan menguruskan majlis. Sehinggakan hari ini (hari Khamis dah kot!), penat tak hilang lagi. Nak makan ape ye nak kasi urat-urat badan ni tak sengal-sengal dan tak lesu? Tolong lah bagi tips.

Pada 11 June 2011 bersamaan 9 Rejab 1432 Hijrah pada hari Sabtu pukul 11.45pagi berlangsunglah Majlis Pertunangan Shahid dan Fida. Alhamdulillah perancangan selama 2 bulan sebelum berjalan lancar. Alhamdulillah syukur sy panjatkan kepada ALLAH S.W.T.



Akhirnya Mr Acan berjaya mengikat sy dengan sebentuk cincin dan seutas rantai (hadiah dari bakal mak mertua). Pihak Mr Acan memberi hantaran 7 dulang dibalas oleh pihak sy sebanyak 9 dulang. Dan pengumuman ye, hantaran sebelah perempuan yang carca marba atau lebih dikenali asal boleh itu dibuat oleh sy dengan bantuan separuh mati orang-orang kuat sy Kak Nana (Awek Bob) dan Laze. Terima kasih ye lovelies. Thanks so much to my family members. Abang - abang dan kak ipar serta sedara dekat sy yg pakai baju seragam kaler purple. Sangat semangat! Ok, atas permintaan sy sebenarnya. Haha. Abang Fizi dan Kak Ipar sy Cik Ct bertungkus lumus buat goodie bag. Mwah skali kat pipi!

Secara teknikalnya, dulang hantaran dipinjam secara cepat dan pantasnya daripada Remy (tunang Pqok). Ada kisah disebaliknya, tapi biarkan kami yang wujud di dalam rumah sy ketika itu sahaja yang tahu. 4 kaki 4 takde kaki. Terbaik wokkk!

Dengan berbesar hati sy telah disponsor oleh orang-orang yang berhati baik. Sirih junjung disponsor oleh Kak Nana. Cheese tart dan biskut coklat dibuat khas dari air tangan Kak Muna. Strawberry pudding dibuat khas oleh Kak Wan dan disponsor oleh Laze dan terakhirnya Halwa berbentuk bunga disponsor oleh Wan. Terima kasihhhh banyak-banyak kawan-kawan semua! Semoga rezeki dan niat baik kalian dibalas oleh ALLAH S.W.T.

Bab makan pula atas kelolaan Ayah sy. Dia mengambil katering yang dia percayai dan ternyata sedap. Mekasih Ayah. Tak lupa pada fotografi, fotografer rasmi sy adalah Abang Firdaus iaitu sepupu Mr Acan sendiri. Kira bisnes adik beradik lah ni. Hihihi. Thanks Abang Firdaus sebab melayan kerenah sy nak tangkap gambar camni camtu dan bermacam-macam lagi. Pelamin sy dibuat oleh De-Shasz. Simple dan cantik seperti apa yang sy hendak. Manakala make-up sy yang vast pada hari itu adalah daripada Raja Feena. Thanks Kak Feena for a great and absolutely nice creation! Even tunang sy Mr Acan cakap dia lebih sukakan muka sy yang tanpa make-up tapi sy dan kawan-kawan sy suka dengan touch dari akak. By the way, thank GOD tunang sy suka sy natural sebab memang tak mungkin lah sy nak make-up tebal-tebal sepanjang hari dalam idup sy. Untuk certain keadaan boleh lah. :)

Kepada jemputan kawan-kawan yang hadir, terima kasih sebab sudi memeriahkan majlis ini yang tak seberapa ini. Wah, panjang ucapan rentetan majlis. Hehe. Sabar ok.

Oklah, otak dah penat. Mahu rest betol-betol.

Pesanan kepada tunang sy (serius janggal rasanya panggil dia begitu), terima kasih untuk semua ini. Tak ada kata yang boleh digambarkan. Tetaplah sayang dan cinta sy seperti awal perkenalan kita sebab sy pun akan buat begitu kepada awak sedayanya sy. Sayang awak. Cinta awak Ahmad Shahid!


Officially dipanggil tunang sy.
Muka gembira terpancar kan? Sy suka bila dia suka.
^_^

Kepada sesiapa tak tahu dan nak tahu macamane sy mula mengenali Mr Acan a.k.a tunang sy ini, korang boleh pegi link Gembira Itu Kita Yang Cipta. Enjoy your reading!





2 comments:

  1. gigi kuning shahid jelas terpancar.

    ReplyDelete
  2. itu yang buat sayang lagi tu. bese sgt tengok orang gg putih. hahaha. :)

    ReplyDelete

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..