Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Sunday, June 19, 2011

:: Jonker Walk Melaka ::



Boleh tahan jugak Jonker Walk kat Melaka ni kan? Not bad Malaysia! Kepada sesiapa yang dah pernah sampai mesti teruja sebab seakan-akan kita masuk Petaling Street. Tapi dalam kata lain jugak, kita ni masuk kawasan komuniti Cina. Serius, semua kat sana memang orang Cina asli Melaka. Tapi takde lah teruja sampai mintak sign kan.




Tolong abaikan dress-up sy yang asal boleh ini. Unplanned activities, harap paham.

Ada satu hal! Masa berjalan-jalan tu, ditengah-tengah di antara kedai-kedai di Jonker Walk tu ada sebuah makam melayu yang dinamakan Makam Hang Kasturi, iaitu salah seorang pahlawan 5 Hang dari Melaka.. Tapi yang peliknya sebelah makam ada pulak tokong Cina. Sebagai apakah? Garu kepala sekarang.

Banyak juga kedai-kedai di sepanjang Jonker Walk yang awesome tak hingat meleleh air liur tengok architecture diorang, nyonya dan baba di Melaka. Tapi akibat sy sorang je yang terlebih paham seni berbanding Mr Acan, gambar pun banyak gambar dia je lah. Masa suruh tangkap gambar sy, dia buat lah perangai shaking hands dia. Saborrrr teman.



Sy jatuh hati kat kedai pakaian yang memang ikot taste sy lah. Pakaian yang loose dan pastinya cotton! serius smaaaaart gila pants kat kedai tu. Tapi disebabkan pegi melawat kedai tu time tengah bulan dan inflasi untuk menuju kejayaan. Kita cuci mata je lah. Sob sob sob. Gila sacrifice kau Fida! Haha.




Pujuk diri sendiri dengan ice blended Melakarians made. Tapi sy tak minum pun, mamat eksen yang minum sorang-sorang. Pastinya flavour Chocolate Oreo added pearl. T_T

Sy akan pastikan ini bukan kali terakhir sy ke Jonker Walk sebab kat Bandar Melaka apa je yang berlampu pada pukul 10 malam selain dari lampu jalan? Kan? Kan? Kan? Itu lah kebaikannya memiliki tunang yang kerja merantau ni. Kerja yang tak kesah siang malam, ini lah penangannya. Seminggu sekali je jumpa. Sacrifice gila kau Fida! Sekali lagi berlagak kental.

Ok, alang-alang tu nak ucapkan selamat hari bapa kepada Ayah sy. Walau apa pun terjadi, you are still my father. Thanks Ayah. :)

No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..