Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Thursday, December 16, 2010

:: Meroyan ::

Akibat balik keje senja tadi terus tidur, sekarang kau tengok Fida mata kau tak nak kawan dengan kau malam ni. Eh! pagi ni. Herggh.

Semua makhluk ALLAH telepon sy tak sedar. Wah, hebat jugak penangan sweet acting dari sy untuk dapatkan cuti. Gila hardworking agar kerja-kerja siap dan apa lagi boleh lah bercuti horey-horey. Alaaaa, kalau tak hardworking pon balik rumah penah ke kau tak tidur kalau memang otak kau nak tidur? Ngok ngek jugak kau ni.

Tak tahulah Mr Acan ni sabotaj sy ke apa call dia tak dapat off phone, mesej of course lah tak masuk line. Bengang akibat tidur tidak meroyak (bagitahu=bahasa kelate) awal-awal dan sudah lewat malam kacau dia akibat tak boleh lelap secepat seperti biasa. Bila dah ngantuk, tiba-tiba cut cerita kata nak tidur. Hangin la gendut itu. Tapi sapelah nak melayan sy melainkan dia. Sebab tu bila sy kata dia kesayangan teramat sy, hukumnya haruslah percaya. Tsk tsk tsk.

Tadi pukul 11 lebih sempat dia mesej kata balik ke site sebab contractor dia sambung kerja sebab nak kejar due mid december ni. Tu yang nampak agak form juga dia bekerja sedangkan dalam kata bangsatnya dia terpaksa. Kesian dia terpaksa. Hahaha. Jadi, akibat takda medium lain untuk menceriakan hati yang agak oh tidak memang bosan ini, sy pon menangkap gambar yang kononnya candid. Ceh, boleh belah.



Pesanan buat Mr Acan:
Maafkan dinda wahai kanda ku yang gendut lagi menjadi pujaan hatiku. Dinda tercabut nyawa sebentar tadi dan kini nyawa dinda mencanak tak mahu tidur pula. Alangkah baiknya jika kanda boleh berbual-bual dengan dinda yang jauh dimata tapi dekat dihati ini? Kanda tahu bukan dinda cinta sayang bangat pada kanda. Tapi kanda bersiap sedialah ya kalau bila dinda tanya kenapa off phone dan kanda menjawab bateri kong. Memang alasan tu dari dinda lahir tidak ada phone lagi pon dinda memang reject.
Sekian dari dinda mu :)

Ha ni dah tenyeh-tenyeh mata ni pertanda baik ni. Acube kita baring, nanti tidur lah ni. Nite bloggers! Jangan lupa baca doa tidur. Sekian meroyan dari sy selama 5 minit.

1 comment:

  1. haha..bila tak cukup tido ni la jadiknye..slamat tido sis!! ^_^

    ReplyDelete

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..