Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Friday, December 31, 2010

:: Khas Buat Acan::

Kehadapan Mr Acan Kedondeng Marcapulu Westorojoya. Ok ok, drastik sangat namanya. Ahmad Shahid bin Aminuddin.



Selamat Hari Jadi Sayang!
Semoga impian awak tercapai dan sy akan sentiasa berada di sisi awak bagi sokongan padu sepadu batu. Sy harap awak belajar dari pengalaman dengan apa segala yang awak tempuh selama 25 tahun awak menumpang di bumi ALLAH ini ye sayang. Bersyukur padaNYA kerana semua ini sayang ye. Semoga awak menjadi anak yang soleh, adik yang baik kepada Ayong dan abang yang baik kepada Paliq, Aina dan Ika. Semoga awak sayang sy lebih dan lebih lagi dari awal awak kenal sy sayangnya banyak ni Aik? Mana sayangnya? Memanglah takde, uncountable. Dan sekarang bertambah-tambah lagi ye. Tak perlu sy cakap memang awak dah tahu yang sy sayangkan awak banyak-banyak tau!

Jadinya, ingin lah sy membahan awak sedikit sebanyak sebagai tanda ingatan di hari jadi.

DIRI AWAK YANG ORANG LAIN TAK PERASAN


Awak adalah seorang yang suka dimanjakan dan manja.
Kantoi! Selama ini keras macho segala.


Awak emo selagi tak dapat apa yang awak nak tahu, nak dengar dan nak rasa. Kalau time gadoh yang awak selalu ulang banyak kali kat sy, "kita bukan gadoh tapi kita berbincang". Ok, sy terima sebab awak bukanlah orang yang suka create masalah berbanding sy yang kudus ini. Awak akan terus tanya, bercakap, ulang dan ulang banyak kali sampai sy cakap yang mana kalau sy marah pulak sy akan diam dan diam sampai awak tak tahu nak cakap apa dah. Itu kelebihan awak yang mana ianya kelemahan sy. Kalau tanya mana-mana pakar pon, diorang bersetuju dengan aksi ini kerana kalau dua-dua bercakap sapa yang nak dengar? Kenalah sorang cakap membebel dan sorang lagi diam. I am angel!




Sy tak boleh tipu diri sy, awak adalah seorang yang romantik dan penyayang. Depan orang awak tak malu nak express kan kasih sayang awak pada sy. Sy suka bila tiada penyakit hipokrit dalam diri awak. Berlawanan dengan sy yang pengeras dan pengasih. Hendak jugak kau Fida. Dan! Sy tak manja. Sy tak manja. Diulangi sekali lagi sy tak manja. Tercabut bulu ketiak aku *kalau dicabutlah* bila orang kata aku manja.


Sy harap sy buat awak bahagia bersama sy. Maklumlah kan, sy kan kudus lagi sekema. Thanks for always being there for me love!

I LOVE YOU!

2 comments:

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..