Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Wednesday, December 29, 2010

:: Soklan-Jawapan ::

Semalam sy pegi lah farewell dinner my Boss untuk Planning Department kat Flaming Steamboat di Danau Kota. Alamak, full nye perot. Pagi tu kami officemate pegi brunch makan nasi campur terus di Selera Duta. Then, tengahari pegi lagi makan ikan bakar dengan officemate lain termasuk Boss sy sekali. Mane boleh ditolak since ada perkataan BELANJA. Hehe. Kemudian, malamnya sy pergi makan Steamboat pulak. Adoi, memang meningkatlah lemak-lemak disekitar peha dan betis ini.

Masa tengah seronok makan-makan tu, Zarith my teammate Planner kata suruh check blog dan sy pon dah baca. Sorry lah Zarith, sy tak bukak blog agak lama jugak since kononnya kerja yang banyak lah sangatkan. We both in the same page right?

So, sebagai menghargai nama sy telah di tag untuk menjawab soalan common tapi mencabar jiwa mencetus rasa dan menggamit memori ni. Sy akan tunaikan.

S: Apa kenangan yang tak boleh korang lupe sepanjang tahun 2010?
J: Kenangan kalau nak list lebih dari satu boleh tak? Hehe. Kenangan manis-manis je lah ok? Pertama, sangat gembira ada orang sayang sy seikhlas hatinya. Kedua, dapat kerja secara terhormat setelah hampir dua bulan setengah menganggur. Ouh sangatlah manis! Ketiga, pergi vacation dengan girlfriends di Pulau Lang Tengah, dengan Bofie 1 day trip ke seluruh Melaka, 1 day trip main outdoor Genting Highland dan ke Bukit Tinggi dengan girlfriends lagi . Keempat, mengalami minggu-mingu yang awesome kerana menghadiri majlis kahwin kawan-kawan sahabat handai yang telah pon berjaya menjadikan impian bertukar kepada kenyataan. Dan terpaling suka, kelima adalah mendapat anak saudara baru anak Banyah sy Nur Allyshaqila.

S: Siapa sumber insipirasi korang untuk tahun 2010?
J: Tanya soalan cepu emas ni, sumber inspirasi sy semestinya Ibu sy. Teratas dan selamanya.

S: Apakah kesilapan pada tahun 2010 yang korang cuba elak untuk tahun 2011?
J: Sy tak tahu lah ini di consider sebagai kesilapan atau tak. Tapi sy nak cuba kurangkan tabiat sy yang suka tidur dan alamak memang lah ianya sangat rugi. Honestly says, sy telah bejaya berubah dari seorang yang boros pada tahun sebelum 2010 dan secara bangganya tahun 2010 sy berjaya menaplikasikan duit sy wisely. Mesti Ibu sy bangga! Hehe.

S: Apa harapan korang untuk tahun 2011 nie?
J: Sy harap sy boleh menjadi hamba ALLAH yang baik disisiNYA, melaksanakan tangunggjawab yang diberikan sepenuhnya. Semua orang sekeliling sy dikelilingi denga perasaan kasih sayang dan paling penting sy mahu sangat impian dan perancangan sy tahun 2011 berjaya. Perancangan? Tunggu je lah. Adalah nanti entri tentang ini nanti. Sabarrr!

Jadi, semoga Zarith puas hati dengan sesi Soklan-Jawapan ini.

Alang-alang tu, Happy Birthday Zarith.
Semoga segala impianmu tercapai wahai mate ku! :)

No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..