Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Friday, September 10, 2010

:: Rendang Ayam TAR ::

Tahun ini 1431H sy telah bernekad membuat rendang ayam lah pulak. Hakikatnya sy nak repeat buat rendang daging tapi sebab masa sy pegi beli barang-barang nak masak kat Chow Kit tadi takde pulak dagingnya. Adoi, tukar lah plan. Sekarang tengah menunggu rendang kering dan baunya MasyaALLAH nasib baik esok tak poser dah, kalau tak sekarang tak sempat nak taip blog sebab nak makan banyak-banyak penuh lahap! Promote sendiri punya masakan. Hehe. Sempat jugak beli ketupat sepoloh ketul dan lemang sebatang untuk famili Mr Acan. Ada juga feel bila nampak ketupat pagi esok!



Bila lah nak kering nih. Letih akak mendayung sorang-sorang periuk ini weyh. Lenguh tangan akak ini.
*telan air liur sekarang*

Sebelum sy pegi beli barang basah tadi, sempatlah sy pegi jalan-jalan dekat Jalan TAR. Mak aih, macam sardin lah keadaannya. Kenapalah semakin ramai yang beraya di KL. Pulanglah kalian selagi berkampung. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh CikFidaCakapTakBerbayar. Haha.


Tengok! Macamana nak berjalan nih. Perkataan mengengsot kot lebih ok untuk diaplikasikan.


Sempat aje nak post. Thanks to Mr Acan :)


Melayankan Mr Acan, Shawal dan Kiki memborong baju. Akhirnya sy pon tersabit sehelai baju. Adeh. T_T

Ok, sekarang dah mengantuk. Mari tidor. Esok pagi nak bangun mandi sunat Aidilfitri dan terus ke mesjid bersama Bob! Selamat2 semua.

Terima kasih Ya Tuhan kerana memberi diriku kesempatan lagi berhari raya :)

No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..