Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Thursday, September 9, 2010

:: Ceritera ::

Sy sangatlah bersyukur apabila sy dikurniakan semangat yang menggunung dan jiwa yang kental untuk teruskan hidup walaupun ketiadaan orang-orang tersayang. Sy punyai abang-abang yang tetap ada disisi sy walaupon sy ni tak dengar cakap diorang. Sy punyai sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang sangat memahami sy yang mempunyai hidup sendiri dengan keluarga, kerja yang tak menentu masanya dan ada teman istimewa yang harus juga diberikan perhatian.

Teman-teman sy tak pernah lah pulak nak cakap-cakap belakang, sy sebok sampai tak boleh nak bernapas, sebok sampai berak berdiri mahupun sebok sampai masa tidor pon takde. Jika sy kata, sy tak boleh nak commit untuk bersama dengan diorang. Diorang akan paham dan takkan memaksa. Bersyukurnya sy!

Setiap manusia akan mengalami masa ini, at this point you have to divide your little time into more little. Untuk apa? Untuk satisfied kan semua orang dikeliling anda. Untuk menjadi seorang hamba ALLAH yang soleh/solehan, menjadi anak atau abang/kakak/adik yang baik kepada keluarga, untuk menjadi sahabat yang baik sepanjang masa untuk sahabatnya dan untuk menjadi teman yang baik kepada teman wanita/lelaki anda.

Takde manusia yang sempurna, kalau diberikan masa yang lebih. Sy mahu bersama orang-orang yang sy sayang ini sepanjang masa. Tapi, lahiriah seorang manusia yang memang azalinya tidak akan sempurna. Kesempurnaan itu hanya boleh dilengkapi oleh orang sekeliling yang memahami. Semoga kita yang berakal ini dikurniakan jiwa yang tabah, hati yang kental, pendirian yang teguh dan sifat yang matang untuk memikirkan apa yang baik dan apa yang tidak.

Kata orang, mana lah boleh puaskan hati semua orang. Semoga semua orang paham keadaan sy. Dan sy doakan mereka tak melalui titik tolak ini macam sesukar sy melaluinya. Biarlah sy yang paham orang lebih dari orang paham sy sebab sy tahu sifat paham-memahami itu adalah satu sifat yang sukar nak wujud dalam diri seorang hamba bernama manusia yang tidak matang.

Semoga sy dilindungi ALLAH dari segala fitnah dan kata tak elok dari orang lain.



Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..