Berpantang seorang ditemani suami sahaja. Wah, hebat tak hebat. Kalau datang rumah dah macam tongkang pecah. Tapi kami cuba jugak survive sebab kami takda siapa untuk diharapkan. Percayalah. There are some people that might help but not help. You got me?
Contohnya yang pertama; the people who knows everything anything all of things about confinement. Jyeah, bernanah telinga dengar cerita kau. Tapi bila aku relate balik dengan keadaan kau (sebab kau cakap kau praktiskan masa kau berpantang) tak menggambarkan cerita kau pun. Aku fed up. Kalau orang bandar bodoh hal pantang macam aku ni panggil kau ni gebang je lebih.
Contoh kedua; try to understand postpartum mother. Yang ni satu lagi, kau dah tahu si ibu ni tengah berpantang. Tapi apa yang kau buat kononnya cuba paham situasi ibu adalah datang melawat pada waktu strategik disenja nan merah time syaitonnn cari rumah nak masuk kau pun masuk. Sama tak kau ngan syaitooonnn? Lagi menegur si ibu tips menjaga diri dengan ayat-ayat kau yang forever perfect. Konon nak tunjuk concerns tapi trust me thats not help. Sebab ape? Sebab aku tak nampak your tips helps you. Lagi satu ni paling terbaik, bila si ibu sibukkan anak yang baru lahir, kau punya nak menolong mengambil perhatian anak sulung si ibu dengan bermain bersama (ini okey lagi), melayan karenah sindrom kakak dapat adik baru, dan paling kepantangan aku bila kau sogok anak aku dengan junk foods! Selamber je kau suap dalam mulut anak aku takde tanya boleh ke tak? Dia makan ke tak? Dia ada alahan ke tak? Kau rasa aku nak buat apa? Prinsip aku senang je. My house, my family and my life is totally my control. Your glory time dah expired. And obviously its does not applied to your house, family and life. Towards the end, anak aku demam sakit batuk selesema bukan kau yang jaga. Bukan kau ye. Aku ulang sekali lagi. Bukan kau!!
Contoh ketiga yang aku rasa sensitivity is needed here. Kau melawat orang pantang. Kau sehat? Tak bawak apa-apa penyakit macam selesema ke batuk ke chicken pox ke. Then, kau datang bawak foods yang orang pantang tak boleh makan. Apa motif sebenar kau ni. Kau dah takda rumah atau tempat lain nak makan ke? Even tepi jalan pun kau tak boleh berhenti makan tak payah tunjuk kat orang berpantang pun tak boleh fikir ke? Atau lagi bagus kau tak payah makan langsung atau tak payah datang umah orang berpantang langsung. Orang lain tak sakit hati tak sakit mata tak tambah dosa menyumpah seranah kau.
Tolonglah faham, hati ibu berpantang ni rapuh tu sebab kena jaga elok-elok masa berpantang. Takde salahnya kalau cuba faham sebab dulu pun kau pernah melalui zaman berpantang atau mungkin satu masa nanti kau akan berpantang. Masa tu kau tengok kifarah kau datang kejar kau sampai kau menangis mintak maaf ngan orang yang kau penah sakitkan hati. Masa tu kau tengok muka aku macamana.
Okey sambung cerita pantang sendiri, nasib baiklah Acan banyak sangat membantu. Percayalah, kadang-kadang bila menengokkan Acan bersusah payah tolong sy, tetibe termengalir air mata terharu ni. Real man don't need a good attire to look great but fair enough to have a great heart.
Bila dia kena kejar masa kerja, siapkan mandi baby, masakkan lauk pantang untuk sy, basuhkan baju kotor dan paling penting tolong layan karenah dhuha. Sy rase dialah suami dan bapa yang terbaik sy pernah jumpa. Sebab ayah sy pun tak macam dia. Sebab abang-abang sy pun tak macam dia. Itulah hikmahnya disebalik menjadi yatim piatu masa tengah berpantang. Didatangkan suami yang sangat memahami. Kalau ada ibu dengan wan, mesti sy adalah wanita yang nak berpantang setiap tahun. Sebab sy tahu ibu dan wan sy ada contoh terbaik untuk sy. No one else.
Semoga Allah memurahkan rezeki awak Ahmad Shahid. Mengampunkan segala dosa kita dan merahmati keluarga kita. Maafkan sy sebab tak pernah nak tunjuk sy appreciate apa yang awak buat. Sy harap awak tak menyesal kahwin dengan orang yang tak romantik ni.
No comments:
Post a Comment