Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Monday, December 26, 2011

:: Jenis Kawan ::

Its really perfect bila anda ada berbagai jenis kawan. okeh, let simplify kan entri sy kali ini. sy mengingatkan diri sy sendiri juga, jenis kawan yang macamana sebenarnya sy ni ye? sy tak sempurna, semua manusia tak sempurna tapi sy harap dapat menyempurnakan hidup orang yang sy sayang dan penting dalam hidup sy.

kawan 1: rela kena kutuk, kena ragging, kena marah, kena maki tapi still jugak stand for her/his friend asalkan dia dan kawan dia tahu apa yang sebenarnya berlaku.

kawan 2: kawan masa yang bila ada masa je. sharing kegembiraan dan kesedihan di hati. duduk lepak sekali sampai 5-6 jam. kemudian, balik. then kita rasa dialah yang paling cool. menjadi pendengar yang baik tapi hakikatnya dia hanya mendengar tanpa membantu nak menyelesaikan kekusutan kita.

kawan 3: yang tak pernah wujud masa kita senang dan gembira tapi bila dia tahu kita sedang bersedih dan susah hati, tetiba dia muncul membantu.

kawan 4: kawan yang tak kenal asal usul tetibe muncul menjadi kawan yang lebih baik dari kawan yang kenal dari zaman masihi lagi. hebatkan? ada ke nama kawan terpijak? then, i ll named them as kawan terpijak macam rezeki terpijak.

kawan 5: kawan yang tak tahu mana asal usul tapi mengaku kawan. kononnya dialah kawan yang terbaik untuk kita tapi sebenarnya ada udang disebalik mee.

kawan 6:kawan yang kita anggap betol-betol kawan tapi menggunakan kita untuk kepentingan dia. itu pon ada juga.

kawan 7: kawan yang sekadar nama kawan. hi hi bye bye.

kawan 8: kawan yang macam adik beradik. yang merajuk macam adik, yang concern macam kakak, yang garang macam ayah, yang penyayang macam ibu dan yang nakal suka menyakat macam abang.

jadi, soalan sy mudah je. kita ni jenis kawan yang macamanalah rasanya? sekian dulu kali ni. sorrylah penulisan tak dijaga sebab blogging guna henpon. kat opis internet kena block. elok juga, boleh form.

1 comment:

  1. i pun tak tau i kategori mana. hahaha tp i kwn u!
    :)

    ReplyDelete

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..