Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Sunday, November 27, 2011

:: To JMI With LOVE ::

Tinggal lagi beberapa hari lagi sy akan secara rasminya berhenti dari AZRB. Bukan hati ini terlalu kebal, kesedihan itu tetap ada. Tapi siapa yang tahu disebalik senyuman pasti ada satu perasaan sedih yang disembunyikan.

Selama mencecah 1 tahun 9 bulan sy di AZRB, sy telah melalui pengalaman yang sangat-sangat berharga dalam hidup sy. Itulah perkara yang sy akan kenang sampai bila-bila. Paling tak akan dilupakan adalah kenangan sy bersama projek Jalan Masuk Istana (JMI) di Jalan Duta.

Ada ayah, ibu, abang dan kakak dalam satu bumbung. Menjadi satu keluarga yang penuh asam garamnya. Ada masa ketawa bersama, gembira bersama, tekanan bersama, sedih pun bersama. Yang berlalu, biarkan ia berlalu. Tapi kenangannya tak salah untuk disimpan.

Buat Boss sy Encik Syahril, terima kasih banyak-banyak atas tunjuk ajar dan pengalaman yang diberikan. Walaupun boss lantang bercakap, sy tak ambil hati sikit pon. Sebab bagi sy, yang baik dan betul tak salah dipersuarakan. Boss memang sesuai jadi PM.

Kepada CM sy Encik Faiz, terima kasih sebab ajar sy, back up sy taknak masuk meeting, cover sy dalam meeting buatkan kerja sy. Encik adalah lelaki yang penyabar. Sy doakan Encik dapat calon isteri yang terbaik di kalangan yang baik. Amin. Tak lupa juga terima kasih bagi sy resume Encik untuk sy jadikan reference sy. Dan syukur, sy dapat kerja baru dah.

Kepada barisan senior dan seniorita di JMI - Encik Khairol Niza, Kak Einun, Kak Rose, Kak Munah, Kak Dibot, Rizal, Syah, Aidil, Mat John, Khairol Amali, Fadzillah, Jepong, Asli, Wan Botak, Talib Safety, Kak Eafa, Bazilah, Shamsul APU, Aziz Lab, Aziz Traffic, Hafiz, Pakcik Mat, Alin dan Wak Guard. Seluruh tenaga kerja JMI, sy ucapkan ribuan terima kasih. Sy mohon ampun dan maaf untuk segala kekurangan dan kesalahan sy sepanjang pembabitan sy khususnya di JMI dan AZRB secara umumnya. Gelak ketawa, senda gurau bersama kalian memang takkan sy lupakan.

Pensyarah sy pernah berpesan, jika kita berada di rumpun manusia yang sama. Sama minatnya, pekerjaannya, dan tujuannya. Pasti ada yang akan tenggelam dan pasti ada yang timbul. Pasti ada yang cemburu dan pasti ada yang baik hati. Pasti ada yang jujur dan pasti ada yang tidak amanah. Tapi itu bukan isunya, isunya adalah jauhkan lah diri dari menjadi orang yang tidak baik. Berpeganglah pada janji ALLAH bahawa DIA membuka pintu rezeki kepada hambaNya tanpa mengira umur, darjat mahupun rupa. Tak perlu memburukkan sesiapa untuk kepentingan diri.

Ibu sy pun juga pernah berpesan, kalau kita nak orang kenang kita dengan cara yang baik. Kita buatlah baik macam kita takkan jumpa dia lagi. Kalau dia yang dingin, itu hak dia. At least, we didn't give a damn to them.

Semoga perjalanan hidup kita masing-masing diberkati ALLAH. InsyaALLAH.












No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..