Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Wednesday, September 21, 2011

:: Putrajaya Suck! ::

Kenapa suck? Sebab sy selalu sesat. Sebab kening sy berkerut memikirkan deadline dan kerja yang tak setimpal masa. Sebab tempat makan susah. Sebab dekat site office takda aircond dan menyebabkan ketiak sy sentiasa seperti suhu di hutan hujan khatulistiwa. Sebab wujud penyakit generator yang supply elektik rosak dan program yang sy buat tak sempat nak save - most shittest scene. Sebab satu hari pergi dan balik termasuk tol approximately expenses adalah RM30 tak termasuk nak belanja beli makanan. Dan haruslah sebab tak boleh balik awal seawal 5.16 petang! Kesiannyeeee kan?

Ok, pandai kau membebel Fida ye?

Kau tak tahu pulak setiap kali kau makan akan ada orang belanja, mungkin sebab simpati kena ulang alik KL-Putrajaya. Kau tak tahu juga Project Manager sini siap bagi kau the most comfort place untuk kau planning Recovery Work Program kau, mana lagi kalau bukan Projek Dataran Putra yang aman yang boleh main kejar-kejar dalam site office bersama Hajar dan Enun. Kau tak tahu yang kau ni di tatang bagai air longkang di dalam longkang? Kau tak tahu banyak benda yang boleh kau jadikan pengalaman berharga di Putrajaya.

Ouh, insaf semula. Bersyukur segala yang diberikan.


Night mode di Masjid Putra, Dataran Putrajaya.


Daily mode. Ouh, semakin kusut. Stress kerja yang tak pernah habis.

Eh, lupa pulak nak cerita sy beli henpon baru - BlackBerry haruslah. Beshnyeee. Serius! Tapi bateri dia flows fast lah dan kualiti gambar tak sehebat Sony Ericsson K770i sy. Tapi diucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya membeli henpon canggih akhirnya.

Doa yang terbaik untuk diri masing-masing ye, masukkan nama sy sekali dalam doa kalian. Terima kasih :)


1 comment:

  1. grr saye tak ade handfon canggih. jeles. menunggu kekasih hati beli tahun depan. wah lamenyee...

    ReplyDelete

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..