Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Wednesday, July 20, 2011

:: Julai Yang Menggairahkan ::

Sekarang baru dapat tarik nafas lega sedikit sahaja okeh. Ni semua gara-gara kesibukan Bulan Julai yang banyak sangat aktiviti dirancang dan tak dirancang. Kita rangkumkan sekali boleh tak? Boleh lah, boleh lah, boleh lah. Buat muka paling manja sekarang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
1hb Julai 2011 (Jumaat)
Happy Birthday to Shawal dan Belated Birthday to Kiki
Happy birthday kepada dua orang kawan baik gila Mr Acan ni. Sambutan yang sederhana tapi meriah sebab melalak di karaoke iaitu aktiviti seperti biasa kalau sy dibawa join sekali. Tak tahu lah kalau aktiviti tak seperti biasa macamane pulak. Garu kepala sebab terpikir kalau orang tanye sy nak jawab ape? Turut bersama pastinya Nomey kawan baik diorang juga sejak dari sekolah rendah. Eleh, nak jugak. Orang ada kawan baik dari sekolah rendah dia pon nak jugak. Plagiat betul.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
2hb Julai 2011 (Sabtu)
Wayang Transformer:Dark of the Moon
Pegi tonton Transformer: Dark of the Moon bersama Mr Acan. Gila hebat form sangat tengok wayang pukul 11 pagi. Wah, bersemangat sungguh. Rumusannya, haruslah cerita dia awesome sangaaat. Nama baru sy terus bertukar kepada Opida Aprime. Tsk tsk tsk. Obsession.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
3hb Julai 2011 (Ahad)
Kakak Shawal Kahwin
Tahniah kakak Shawal. Cantik tau. Tapi gambar takda. Cerita je lebih. Sob sob sob.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
9hb Julai 2011 (Sabtu)
Perhimpunan BERSIH 2.0
Ini part yang best ni. Ramai orang post pasal BERSIH ni. Samada betul atau tidak, realistik atau tidak. Tapi kebenarannya adalah terjadi jugak perhimpunan itu. Memang satu KL sunyi sepi tapi kenapa pulak aku kena kerja hari itu? Memang mengancam kehidupan betul. Heaven tau jalan kat KL sambil kaki letak atas dashboard dan akan terus dimaki seperti anak pungut oleh Mr Acan! Tapi pedulik apa, pekak kan je telinga. Janji amik feel jalan lengang. Sy taknak komen macam-macam. Sy rasa mulut sy cukup lantang untuk menyuarakan perasaan sy, tapi sy masih sedar diri sy menjunjung langit yang sama. Kembali merendah diri. Esok lusa kau Fida dapat kerja gomen mesti orang kutuk berbaldi-baldi kau!


Bangga gila.


Baru nampak Polis berkerja tak kelip mata. Tahniah.


Bertapak. Sanggup.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
10hb Julai 2011 (Ahad)
Majlis Pertunangan Qemmal dan Yen


My girlfriend. Gorgeous!


Sebelah adalah mualap konon-konon. Gila macam minah kemboja dress-up sy masa ni.


Anak Baie dan Alip. Mak oih, comel tembamnye. Lenguh tangan sy dukung baby Azmil sebabnya bagi laluan kat mak ayah dia baru nak berdating balik. Mak ayah to-be ambik seru kejap.

Jadi, tahniah kepada girlfriend sy yang sorang ni. Dia pun sebenarnya tak jangka tarikh dia bertunang sebulan selepas sy. Jodoh dah sampai, maka tempuhilah ia dengan gembira hati kan? Sy harap dia happy dan akan sentiasa happy! Love you darling ku yang buchuk! Kepada Yen tunang kepada Qemmal, semailah kasih sayang dan tolong jaga hati Qemmal baik-baik sebab dia baik orangnya. Sama lah dengan Yen. Hihi.


-----------------------------------------------------------------------------------------------

G.I.G I-City Shah Alam

Terbaik lah awok-awok! Kumpulan Oh Chentaku! dapat RM8,000.00 for the first place. Tapi berbaloi dengan performance diorang yang memang awesome. Ape ni? Banyak sangat ayat awesome. Meluat tau. Pui pui. Secara live dengar Awie Rafael tau. Kelas tau. Konsert sebelah malam pulak tak sempat nak tangkap gambar sebab sy asyik duduk je. Lenguh pinggang macam nenek tua dah. Dan-dan terus beli susu tepung Enlene. Sekarang setiap pagi, satu gelas susu dipermulaan hari. Best kan? Tidaakkkk!


Persembahan diperingkat Final kumpulan Oh Chentaku!


Awie Rafael. Sy biasa-biasa sahaja dengan dia. Tu sebab takde link nak diattachkan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
11hb Julai 2011 (Isnin)
My 26th Birthday



Ehem-ehem. Birthday sy ye. Ye, tambah umur tapi jiwa masih muda remaja. Masih mengada-ngada. Masih liat liut tapi sedikit matang. Percayalah sy dah semakin berubah. Sy dapat hadiah istimewa dari Mr Acan. Jam tangan dan baja pokok yang sy harus jaga semai. Siap dinner treat kat Bukit Ampang. Suka sangat! Jam Mr Acan bawak sy pegi beli then suruh sy pilih sendiri. Lepas beli terus lah pakai. Apa lagi. Hehe. Tapi kan, ayat dia sy ingat lagi. Menusuk jiwa ini, "Sayang, awak jaga semai pokok ni macam awak semai kasih sayang antara kita. Awak hidupkan dia macam awak hidupkan cinta kita."




Hadiah set semaian rumput Jepun.


Kotak jam tangan seksi pilihan sendiri. Konon lepas apply jam ni. seksi macam Catwomen. Tak lah kau Fida!

Terima kasih kepada semua orang yang mendoakan kesejahteraan hidup sy. Sy amat terhutang budi dan sy sangat berbangga korang semua ada dalam hidup sy.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Oklah, sy dah penat otak pikir sequencing activities sepanjang Julai ini. Ada lagi 10 hari untuk pengakhiran Julai. Mungkin akan reda sikit lah kot sebab dah penattttt. Mesti korang penat jugak kan bace? Takpe, exercise mata. Barulah juling tak terjadi.

Selamat menempuh bulan puasa semua umat Islam. Semoga ini bukan lah puasa terakhir kita. InsyaAllah :)


2 comments:

  1. love you too my dear!

    wah romantis acan kamu kasi baja okeh.
    :)

    ReplyDelete
  2. eleh, kamu ini macam tak kenal acan sy itu. huhuhu.

    ReplyDelete

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..