Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Wednesday, June 22, 2011

:: Surat Luahan Lemas Hati ::

Surat terbuka ini ditujukan kepada Nazaitul Akmar binti Rosly.

**Amaran: Kalau tak nak pening baik tak payah baca. Nanti korang kerut dahi sebab tak tahu punca asal terjadinya surat ini. Tapi kalau nak cuci mata, silakan.

Aku kenal kau bukan baru sehari dua. Dari kau tu muda remaja sampailah kau dah berlaki. Aku bukan nak memalukan kau. Tapi cara kau membakar-bakar aku suruh aku bagitahu apa perasaan aku pada kau. Ok, aku akan terangkan.

Kau tahukan dan sebenarnya kau memang tahu kenapa aku layan kau macam sekarang? Tolonglah jangan nak menipu kata kau tak tahu. Tuhan marah! Aku bukan lah bagus mulia macam anak-anak ustazah dari Mesir yang pakai hijab. Aku ni hamba yang daif. Aku sedar aku jugak melakukan kesilapan. Tapi aku tak boleh terima ada kawan yang tergamak nak memburukkan kawan dia sendiri.

Kawan yang memalukan kawan adalah perangai yang dari zaman Firaun lagi adalah sangat dikecam!

Kalau kau ada problem dengan dia pun, kau tak payahlah nak malukan dia dengan tanya soalan yang memang sakit hati kalau tak jadi atau selagi tak jadi macam tu? Kau boleh pulak kan tulis kat blog kau bahasakan boyfriend dia nama memang kalau aku panggil laki kau, kau mesti nak maki aku kan? Kau rasa dia takde perasaan macam kau?

Kau dia adalah manusia! Sama sahaja rasanya.

Then, aku baik hati nak kasi kau terang hati comment kau kat blog. Apa yang kau buat? Kau ignore komen aku. Takde pulak kau nak publish kan? Kenapa? Sebab apa? Tolong explain kat aku kalau kau free lah nak pikir pasal ni.

Kalau kau kata dia tak sebaik orang lain, ok fine. Itu hak kau nak kata apa-apa pun. Tapi kau kene pikir kalau dia bukan orang yang baik di mata orang, kita baik sangat ke? Opss, lebih kejam ayat aku adalah kau baik sangat ke? Dia ada hal dia, kawan kau yang lain kau takda pulak nak malukan yeh? Pelik aku. Sedangkan kau cakap dengan aku beriya-iya kau menyampah dengan si polan ni. Kehidupan si polan yang kau simpan rapat kononnya tu sebenarnya jauh lagi hina dari dia. Ada kau nak buka aib si polan tu depan orang ramai? Sebab apa?

Apalah salah besar sangat dia kat kau ye.

Dia mesej aku kate sangat sedih dengan tindakan kau dan unfortunately dia dah tercross blog kau yang mengutuk boyfriend dia. Ouh, pedihnya hati kawan! Kau buat apa masa tu? Kau diam je lah kan, since dah terlepas cakap dan terluah kat open space.

Diam dulu, nanti dah sejuk mesti semua ok lah tu!

Tapi kau silap. Aku ni bangsa yang memang lah pantang kalau dah salah tapi masih pura-pura betul dan konon macam takde apa yang jadi. Memang lah aku akan benci meluat lah dengan orang tu. Orang tu macam kau.

Mintak maaf tu tak perlukan seposen pun dari duit kau.

Memang bijak idea kau, lepas cakap lepas tu. Kau pun buat baik-baik. Ingat orang lain buta? Aku punya perli-perli kau kat Facebook, tapi last sekali kau hantar tentera kau tolong survey kat dia ngn aku samada kiteorang marah kau ke tidak. Haruslah rasa nak maki!

Jadi, kalau kau rasa kau boleh betulkan keadaan ini tapi harapkan aku memang tidak lah. Sebab aku rasa pada umur 26 tahun kita menumpang di bumi ALLAH ini, terlalu banyak perkara yang berlaku disekeliling kita yang kita boleh jadikan tauladan dan sepadan.

Harap kau berubah.

Kalau buruk macamana pun perangai, aku tetap kawan. Masing-masing punya pendirian dan cerita. Tapi menjatuhkan maruah kawan adalah bukan prinsip aku dalam berkawan. Kau belum jumpa siapa diri kau di kalangan kawan-kawan kau. Dan malangnya, aku tak rasa nak tegakkan pendirian aku tu untuk kau yang memang tak hormat perasaan kawan.

Harap maaf kalau aku sekasar ini menaip surat meluahkan perasaan aku. Tak dipanggil berdarah Nogori kalau bukan bermulut bertih dan laser seperti aku.

Dan, its me.

Sekian, terima kasih.



2 comments:

  1. cayalah kak apeng. walaupun adik yg cute nih taktau hujung pangkal cerita, adik buat2 sajalah adik tahu.
    tapi kalau lepas nih tengtiba kak apeng terasa hati ke, kak apeng terus la laser depan2. adik takut adik nih tak perasan sbb bukan senang jugak nk dapat call kak apeng nih. hihihi.

    love,
    adik yang cute~

    ReplyDelete
  2. kak apeng ni bukan nye baik, tapi kak apeng sedo diri kalau pas ni orang lain kutuk kak apeng laser. kak apeng redha. niat kak apeng tak mau kawan-kawan kak apeng yang kak apeng sayang tak menghargai satu sama lain. kak apeng sayang kawan-kawan kak apeng termasuklah adik cute perasan gila ni. hahaha. kak apeng miss you! :)

    ReplyDelete

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..