Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Friday, March 4, 2011

:: Teruja Haku ::


Sy ada tanya kat kawan-kawan sy di Facebook tentang definisi persahabatan itu macamana. Dan, perkara subjektif itu adalah perkara yang sebesar-besar sebab sampai lah ke sekecil kuman sebab dua insan menjadi sahabat.



Tapi yang paling tak boleh belah sampai rasa nak histeria sy pernah men-stated quote ini dan kawan sy ni memang peng-collect segala gift kat dia (even tulis atas plastik coklat!). Bunyi quote tu macam ni kalau korang tak nampak kat screen crop sy kat atas.

"Lebih baik menjadi kawan yang mengerti dari menjadi kawan yang sejati - AwekTarzan"

Sape AwekTarzan? Saya lah itu. Nama samaran kat sekolah teknik dulu. Setiap kerja hasil dari sy akan acknowledge as AwekTarzan. Kenapa sy pilih nama itu? Sebab sy sangat di-inspire-kan dengan semangat Tarzan dan sy sukakan character Tarzan. Lelaki yang independent, gagah, penyayang, dan mesra alam. Sampaikan prince charming sy impikan orang sepertinya.

Dekat buku rujukan ada satu poster besar gambar Tarzan. Kononnya semangat datanglah kan. Tapi malangnya tidak. Siap menguap-nguap pulak tengok hero kebanggaan sy tu. Letak kat buku rujukan kimia. Haruslah mengantuk! Tsk tsk tsk.

Balik kepada defini persahabatan, fahamilah ayat dari AwekTarzan di atas. Definisi dari perspektif sy. Harap jiwa kawan-kawan sy tenang disisi ALLAH S.W.T :)

Selamat Hari Jumaat.


No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..