Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Friday, March 25, 2011

:: Cerita Dalam Wayang ::

Sy rasa nak kongsi cerita dalam wayang. Wayang adalah tempat untuk berlibur menyenangkan hati sendiri. Tapi adakah situasi di bawah mengliburkan hati anda? Mari kita siasat.

Situasi pertama: Stokin kau bau macam sual!
Masuk wayang je cari tempat yang stated kat ticket. Pastu terus duduk dan set bomtot elok-elok masuk port. Ouh, tak lupa juga silent phone. Tapi tetiba bau stokin menusuk hidung! Dangggg! Memang pening sepanjang tengok movie. Dalam wayang yang gelap gempita tu nak tuduh siapa kan? sudahnya tutup jelah hidung dan bernapas sedikit-sedikit seolah-olah kalau bernapas banyak-banyak oksigen akan habis cepat kat alam fana ni. T_T

Situasi kedua: Kau boleh ganti pengarah. Ok!
Elok dah duduk couple seat. Layan gila makan popcorn dan air pepsi. Bila cerita bermula je dan dan time tu ada pencerita tak berbayor pulak tolong buat sinopsis. Memang tension betul! Rasa nak bagi percuma je popcorn yang ada kat orang tu. Kalau berbisik takpe lah lagi, ni siap suara macam nak buat emergency announcement. Tahik hidung betul! Last skali end up dengan "ssssssshhhhh!". Typical malaysian. Budi bahasa budaya kita. T_T

Situasi ketiga: Kau menari ke kau tengok wayang?
Sering terjadi pada kepada penonton yang duduk di tengah atau kat belakang dia ada penonton lain duduk. Tengah seronok layan wayang, tetiba kerusi kita duduk jadi mesin urut ogawa. Orang belakang pegi shaking kaki dan dan kita sekali bergegar-gegar satu badan. Memang tak aman. Paling sopan pun akhirnya cakap sopan santun kat orang belakang, "abang and akak, janganlah goyang kerusi.. mintak tolong ye". Perggh, sopan gila. Anak siapa lah tu.

Lain-lain aktiviti dalam wayang yang gelap sy malas nak ulas sebab bagi sy selagi diorang tak kacau hidup sy, do I care then? Tapi amat menyirap kalau teman tengok wayang kita boleh tidur nyenyak dan mengeluarkan lagu dengkuran merdu. Tsk tsk tsk.

2 comments:

  1. hye sis!! oh how i mish kamu..SOBS..oldabes to u utk apa2 saja..^_~

    ReplyDelete
  2. i miss you more little sister! you too, take care there okeh. :)

    ReplyDelete

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..