Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Tuesday, January 18, 2011

:: Sakit Nyos Gigis Geraham ::

Sy sakit gigi. Tapi sy baik pegi keje juga. Sy ini adalah pura-pura hebat. Semalam main badminton dengan staff Site macam nak tercabut tangan kiri sebab kidal punya pasal. Sudahnya nak drive pun nak masuk gear pun seksa. Malam nak tidur ape lagi lenyek lah minyak panas supaya tidur tak sedar lengan sakit.

Dari semalam kemam cengkih. Dah tu, tak baik-baik lagi. Tadi pegi kelinik, rupanya gigi bongsu geraham sy tumbuh mendatar bukan menegak siap tendang-tendang geraham tepi dia. Sakit nyut-nyut dia Tuhan saja yang tahu. Nak kena operate, costnya? adalah RM600.00 sahaja. Wah, grin face aku pon terkeluar lah.

Jadi, soonest nak pegi Hospital kebanggaan rakyat Malaysia iaitu Hospital Kuala Lumpur nak tanya kondisi gigi ini yang dah lah bongsu nak kene gugur ke medan perang pulak.

Sambil taip ni sambil maki kat henpon kenapa nak bluetooth tak dapat-dapat.

Smoga cepatlah gigi sehat. Sy ni dah lah nak menaik badan amat sukar, ni kalau da makan tak boleh nak kunyah agak-agak berapa berat badan sy akan menurun. Jangan lah minus dari desire weight. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..