Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Sunday, October 17, 2010

:: Dulu.. ::

Dulu kan, sy rasa agak malu dan sangat kecewa bila Ibu dan Ayah sy ambil jalan kata akhir perpisahan:penceraian. Masa itu, umur sy 3 tahun yang tak tahu apa-apa. Bila tengok orang lain ada ayah, sy tak rasa apa-apa. Tapi bila sy ditanya, mana ayah? Sy jadi sedih dan keliru nak jawab macamana nih. Ibu tak ajar pon part nih.
Lama kemudian, sy membesar dan membesar menjadi sy sekarang. Dan bila dah sampai masa sekarang barulah sy tahu hikmah disebalik ke'tiada'an ayah. Sy belajar berdikari. Sy belajar menangis pada perkara yang perlu. Menguatkan hati sy bahawa "ayah takda disamping kita bukan bermaksud kita punya kekurangan, tapi kita adalah istimewa."
Sehingga ke masa ini, sy sangat-sangat berterima kasih pada Ibu. Kerana dia, sy menjadi sy pada hari ini. Sy kena lah tabah, kalau sy tak setabah ini, mesti abang-abang sy susah hati. Dan sy sangat berbangga memiliki 3 orang hero yang sangat hebat.
Dulu masa tadika lagi, sy adalah manusia yang degil. Kalau buat kerja sekolah, sy takmo kawan sebelah lagi laju. Sy akan buat lagi cepat. Kalau gadoh ngan kawan tadika, cikgu pon marah sy sebab budak tuh akan menangis sampai mak ayah dia datang ambik. Ouh, kejamnya sy.
Masuk sekolah rendah, masa kelas bahasa ingeris teros sakit perut memulas-mulas. Mulalah tepon Ibu suh ambik. Ibu pon dah tahu tabiat sy. Kata nak ambik tapi terus sampai balik sampai sy horey-horey lepas sekolah pon Ibu tak nampak-nampak bayang. Haha. Bijak bijak. Sekolah rendah adalah zaman sekolah yang best jugak lah. Sebab ayah sy akan datang bagi duit belanja kat sekolah. Sy pon kayalah sementara. Balik je rumah, pura-pura misekin. Haha. Sy sempat satu sekolah ngan Banyah dan Bob je. Pastu darjah 5 sampai darjah 6, sy independent sendiri. Pergi sekolah naik bus, tapi bila bus sekolah lambat sampai tros berlari pegi sekolah sendiri sebab takot cekgu marah datang lewat. Penat marathon. Ngok punye pakcik bus. Menyusahkan aku. Menervouskan aku!
Masuk sekolah menengah, Sekolah Menengah Puteri Wilayah. Alamak, part nih yang tak habis nak cerita nih. Ibu masukkan sy asrama. Adoi, malas betollah. Dah la sy kenc malam. Ibu datang asrama kerap lah jugak sebab nak ambik hasil kencingan. Adoi, kesian Ibu. Sy duduk asrama sy belajar betol-betol erti berdikari, erti belajar untuk diri sendiri dan belajar menjadi sy sekarang. Banyak betol jasa dari cekgu-cekgu SMKPW. Terima kasih cekgu.
Masa tingkatan 4 sy pindah sekolah teknik. Berani lah sebab minat tiada di dalam bidang perakaunan. Kalau tak sekarang adalah seorang peniaga kedai runcit yang berjaya, opsss! lupa statement Pembantu Kedai Runcit. Sy beranikan diri ambik course Civil Engineering. Alhamdulillah, sy berjaya menjadi Civil Engineer-Planning Engineer. Masuk sekolah teknik macam rusa masuk kampung sebab first time jumpe lelaki-lelaki bujang. Alamak, terkuzat. Dan sesiapa yang tak kenal sy mesti kata sy sombong. Mahal senyuman dan tak reti bergaul. Bukan sebab apa, cume kerana sy seorang yang pemalu. Haha. Ajaib, Fida seorang pemalu. Sy mungkin mudah untuk dikenali tapi sukar untuk didekati. Itulah diri sy.
Sepanjang zaman ini lah, sy berdikari menjadi sy. Ibu sy membuat pilihan yang bijak. Kalau orang kata zaman persekolahan dia adalah bosan, sy percaya. Sebab? Sebab dia yang buat zamannya menjadi bosan. Sy mengalami zaman sekolah dan kanak-kanak yang gemilang, terbilang dan cemerlang! Ecece.
Smoga ALLAH merahmati sy. Amin.

3 comments:

  1. Fida,best baca post ko kali nie.
    Kite setuju dengan ko..bile org kata zaman persekolahan dia adalah bosan, sy percaya. Sebab? Sebab dia yang buat zamannya menjadi bosan.

    Nak buat jgk post mcm ko..saje nak kenang zaman dulu-dulu

    ReplyDelete
  2. kite lupe kite da post dkt blog kite hal nie.
    nie url dia:http://gadisgombak.blogspot.com/2009/09/2417141086-tahun-dulu.html

    ReplyDelete

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..