Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Wednesday, August 4, 2010

:: Sila Paham ::




Sy seringkali dan berkali-kali di tanya. Ouh, bukan sy sahaja malah Mr Acan juga tentang perkahwinan. Isu ini sangat sensitif. Sy harap lepas sy post entri ini, takdelah orang nak tanye sy tentang ini dengan begitu direct.

Bagi sy, marriage is not the end of the relationship. It is actually the beginning of everything. Ada orang jodohnya sangat cepat. Habis sekolah terus kahwin. Contoh terdekat kakak ipar sy iaitu isteri abang sy, banyah. Kahwin seawal 18 tahun. Alhamdulillah keluarga mereka masih bertahan sehingga sekarang dan dikurniakan 5 cahaya mata.

Ada juga yang berkawan bertahun-tahun baru lah dapat memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri. Ada pulak tu yang tak sempat nak ikat tali yang sah terus berpisah. Ada jugak yang kahwin-kahwin je bercerai. Sy takut untuk semua itu. Sy berpengalaman untuk semua itu. Ibu dan ayah berpisah. Sy dapat rasakan semua tuh walaupun masa tuh sy kecik lagi. Sy tenang aje tapi sy sedih kalau ibu sedih.

Tapi kan, mana ada hubungan yang baik-baik aja sentiasa. Mana ada tak bergaduh-gaduh. Kalau takut di lambung ombak, janganlah berumah ditepi pantai. Kalau takut dengan komitmen dalam suatu hubungan, jangan berani memberi kasih sayang mahupun menerima kasih sayang tuh. Ewah, jiwang aku. Jadi kepada semua orang, sy masih 20 an. Ape bedanya dengan 17 thn? sy tetap perempuan.

Sampai seru sy, bila ALLAH merestui segala sesuatu yang akan berlaku pada diri sy, sy hamba yang hina ini redha menerimanya. Semoga ALLAH memakbulkan doa-doa sy. Semoga sy tenang dan gembira dengan kehidupan sy. Sy sangat sayangkan zaman bujang sy bila dilimpahkan kasih sayang dari abang-abang sy, dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang terbaik-baik dan pastinya sy mempunyai teman lelaki yang sangat awesome dan paham isi hati sy.

Sy harap kegembiraan sy ini tak terhenti disini walaupun status sy berubah masa hadapan nanti. Sy mahu semua orang tahu sy sayangkan mereka sepenuh jiwa sy.

Semoga ALLAH merahmati orang-orang yang sy sayang. Dan semoga ALLAH limpahkan kasih sayang ke atas sy. Amin.


No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..