Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Thursday, August 12, 2010

:: Broga Finale ::



Akhirnya sampai jugak sy dengan bermengah-mengah ke atas Broga Hills. YA ALLAH, hebatnya ciptaanMU. Kejadian sebaik-baik kecantikan KAU berikan. Terkesima sy.

Ehem-ehem, sy pergi ke Broga Hills bersama chenta sy Mr Acan. Plan bersama sahabat-sahabatnya tak bape nak menjadi sebab masing-masing ada komitmen sendiri. Takpelah, Mr Acan kate, " Kita kene naik jugak, kita dah plan.."
Memanglah dia macam itu kalau da plan mesti sedaya upaya nak tunaikan. -_-"


Time ni ok lah lagi. Ni kat kaki dakian. Siap jumpe toilet dari zaman Tok Janggut lagi kot. Hampeh baunya!

Kami sampai di bukit Broga sekitar pukul 5.45 petang. Mula mendaki macam nak pengsan bape kali berhenti-henti sebab fitness dah mencapai tahap takde daya dah. Woi, penat gila tenuk weyh! Broga ada 4 stage. Dan kami pon terdaya ke tahap ketiga aje. Tahap keempat tuh kene turun bukit dan naik balik. Makcik dan Pakcik tak daya dah.


Rehat di buaian dengan permadangan yang sumpah heaven gila! Ya ampun, tak tahu nak describe macamana. T_T


Sempat bercanda di atas bukit. Ada beberapa kumpulan kecik bersama-sama di atas Broga ini. Pedulik haper!

Masa kami naik Broga nih barulah lepas hujan renyai-renyai. Nasib takdo pakcatt. Selamat heroin masih boleh menten. Hakhak! Kami mendaki sejauh 1.7km sebelum sampai ke puncak Broga. Memang pikir 2 kali pasni nak naik ke tak. Kene puasa makan berat-berat sebelum naik. Air mineral kene 2 botol besar. Bomtot besar terpakse bawak jugak. Adoiyai..


Abaikan hero itu. Gila kamera sama sahaja seperti kekasihnya. Ouh, sy lah!
Sy mahu tonjolkan scenery di Broga Hills :)


Muka gembira dapat capai impian kecil-kecik. Tipu!
Wahai gonggok yang suka begini. Sy sayang dia :)

Ya ALLAH, aku bersyukur dengan kesempatan yang KAU telah berikan pada kami. Cantiknya ciptaanMU. Akulah hambaMU yang kudus. T_T

1 comment:

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..