Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Wednesday, January 6, 2010

:: Keinginanku ::

Sy nak share sesuatu yg mungkin berguna pada wanita2 di bumi ALLAH ini.. Ok, pastinya sy termasuk sekali. Ahaks. Wanita asli sahaja ok! Ia telah diriwayatkan oleh Imam Muslim yg ceritanya begini..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda pada sahabatnya Jabir bin Abdullah yg terjemahannya adalah:

"Wahai Jabir, Adakah kamu telah berkahwin? Aku berkata: Ya. Baginda bertanya: Anak dara atau janda? Aku berkata: Janda wahai Rasulullah. Baginda berkata lagi: Mengapa bukan anak dara yang kamu dapat begembira atau bersenda gurau dengannya dan dia dapat bergembira denganmu? Aku berkata: (Bapaku) Abdullah telah meninggal dunia dan meninggalkan sembilan anak perempuan. Aku tidak mahu mengahwini seseorang yang seperti mereka sebaliknya aku mahu mengahwini wanita yang dapat menjaga dan membimbing mereka. Baginda berkata: Semoga ALLAH memberkati kamu. "

Jujur sy katakan, tersentuh jiwa sy membaca riwayat ini. Sy yg hina ini tergolong dalam golongan yg memerlukan penjagaan dan bimbingan dari kaum Adam. Sy berdoa setiap masa, semoga sy tabah dgn kehidupan sy. Semoga setiap wanita yg di dunia ini tabah menempuhi hidup sebagai wanita juga. Tuhan takkan menganiya hamba-Nya.





No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..