Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Saturday, May 28, 2011

:: Believe Or Not ::

Hello guys, menjelang hari yang bermakna ini boleh pulak sy terkena penyakit kecil. Dosa kecil pun sy diharapkan terhapus. InsyaALLAH. Tapi agak embarrassed jugak kan kalau muka si comel perasan lah konon ni bersuara garau macam nyah. Ouh, tidak. Selesema berjangkit dari anak buah memang terbaiklah. Suapkan makan terus melekat virus sekali. Tsk tsk tsk, antibody tak bagus kau ni Fida.

Secara umumnya, sy boleh katakan adalah sy nervous sepanjang hari akibat pembawakan nak 'diikat' ni. Honestly, sy akan rindukan zaman kanak-kanak sy, zaman remaja masa berlajar dulu, zaman bujang seharusnya. Harap si dia tetap menjadi seperti dia yang sy kenal hari ini. Seorang yang sangat-sangat romantik, caring, concern, penyayang, sensitif, assertive, gentleman, tidak mengongkong, dan pastinya seorang yang sangat-sangat bersabar dengan sy. Sy ni kan ada penyakit mengada-ngada yang kadang-kadang datang tu kan. Peninglah kepala dia. Tolong lah Fida, jangan puji dia berbakul-bakul. Karang lagi kembang struktur badan dia.

Bila orang lain berkongsi kisah cinta diorang pada sy, sy rasa sweet sangat. Tapi jangan risau, apa-apapun sy tetap rasakan si dia adalah yang terbaik. Setakat ini, takde sorang pon lagi yang sy kenal boleh jadi macam dia. Terima kasih kerana semua ini. Sy amat-amat menghargainya.

Dalam sibuk-sibuk buat persiapan ni kan, banyak perkara yang memang kita akan terlepas pandang. Tapi nasib baiklah, rakan-rakan sekeliling mengingatkan. Sangat-sangat berterima kasih pada Laze sebab sudi menjadi maid terhormat sy. Rumah sy ouh bilik sy telah menjadi kemas dan teratur. Thank you babe!

Tak lupa juga kepada Famili kerana telah menolong mengosongkan rumah sy dengan barang-barang yang sepatutnya dah boleh daftar dengan arkib negara sebagai artifak bersejarah. Haih. Al-maklumlah, semenjak Ibu pergi.. rumah tu memang tak banyak perubahannya sebab sy rasa tak perlu nak ubah apa-apa dan sebab itulah sy sentiasa rasa semangat Ibu selalu ada bersama sy.

Budak opis sy pon dah kate muka sy semakin tembam. Sy faham, akibat dari terlalu banyak senyum dengan hari-hari yang menggembirakan dan membahagiakan terjadilah keadaan muka sebesar apam naik baik punyoo!

Ok, guys. Semoga perjalanan perancangan kami berjalanan lancar dan paling penting dirahmati ALLAH. Amin.


Dapat teka dah kan? Hehe.


No comments:

Post a Comment

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..