Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Showing posts with label Kwn Sejati Berkati2. Show all posts
Showing posts with label Kwn Sejati Berkati2. Show all posts

Monday, December 26, 2011

:: Jenis Kawan ::

Its really perfect bila anda ada berbagai jenis kawan. okeh, let simplify kan entri sy kali ini. sy mengingatkan diri sy sendiri juga, jenis kawan yang macamana sebenarnya sy ni ye? sy tak sempurna, semua manusia tak sempurna tapi sy harap dapat menyempurnakan hidup orang yang sy sayang dan penting dalam hidup sy.

kawan 1: rela kena kutuk, kena ragging, kena marah, kena maki tapi still jugak stand for her/his friend asalkan dia dan kawan dia tahu apa yang sebenarnya berlaku.

kawan 2: kawan masa yang bila ada masa je. sharing kegembiraan dan kesedihan di hati. duduk lepak sekali sampai 5-6 jam. kemudian, balik. then kita rasa dialah yang paling cool. menjadi pendengar yang baik tapi hakikatnya dia hanya mendengar tanpa membantu nak menyelesaikan kekusutan kita.

kawan 3: yang tak pernah wujud masa kita senang dan gembira tapi bila dia tahu kita sedang bersedih dan susah hati, tetiba dia muncul membantu.

kawan 4: kawan yang tak kenal asal usul tetibe muncul menjadi kawan yang lebih baik dari kawan yang kenal dari zaman masihi lagi. hebatkan? ada ke nama kawan terpijak? then, i ll named them as kawan terpijak macam rezeki terpijak.

kawan 5: kawan yang tak tahu mana asal usul tapi mengaku kawan. kononnya dialah kawan yang terbaik untuk kita tapi sebenarnya ada udang disebalik mee.

kawan 6:kawan yang kita anggap betol-betol kawan tapi menggunakan kita untuk kepentingan dia. itu pon ada juga.

kawan 7: kawan yang sekadar nama kawan. hi hi bye bye.

kawan 8: kawan yang macam adik beradik. yang merajuk macam adik, yang concern macam kakak, yang garang macam ayah, yang penyayang macam ibu dan yang nakal suka menyakat macam abang.

jadi, soalan sy mudah je. kita ni jenis kawan yang macamanalah rasanya? sekian dulu kali ni. sorrylah penulisan tak dijaga sebab blogging guna henpon. kat opis internet kena block. elok juga, boleh form.

Wednesday, June 22, 2011

:: Surat Luahan Lemas Hati ::

Surat terbuka ini ditujukan kepada Nazaitul Akmar binti Rosly.

**Amaran: Kalau tak nak pening baik tak payah baca. Nanti korang kerut dahi sebab tak tahu punca asal terjadinya surat ini. Tapi kalau nak cuci mata, silakan.

Aku kenal kau bukan baru sehari dua. Dari kau tu muda remaja sampailah kau dah berlaki. Aku bukan nak memalukan kau. Tapi cara kau membakar-bakar aku suruh aku bagitahu apa perasaan aku pada kau. Ok, aku akan terangkan.

Kau tahukan dan sebenarnya kau memang tahu kenapa aku layan kau macam sekarang? Tolonglah jangan nak menipu kata kau tak tahu. Tuhan marah! Aku bukan lah bagus mulia macam anak-anak ustazah dari Mesir yang pakai hijab. Aku ni hamba yang daif. Aku sedar aku jugak melakukan kesilapan. Tapi aku tak boleh terima ada kawan yang tergamak nak memburukkan kawan dia sendiri.

Kawan yang memalukan kawan adalah perangai yang dari zaman Firaun lagi adalah sangat dikecam!

Kalau kau ada problem dengan dia pun, kau tak payahlah nak malukan dia dengan tanya soalan yang memang sakit hati kalau tak jadi atau selagi tak jadi macam tu? Kau boleh pulak kan tulis kat blog kau bahasakan boyfriend dia nama memang kalau aku panggil laki kau, kau mesti nak maki aku kan? Kau rasa dia takde perasaan macam kau?

Kau dia adalah manusia! Sama sahaja rasanya.

Then, aku baik hati nak kasi kau terang hati comment kau kat blog. Apa yang kau buat? Kau ignore komen aku. Takde pulak kau nak publish kan? Kenapa? Sebab apa? Tolong explain kat aku kalau kau free lah nak pikir pasal ni.

Kalau kau kata dia tak sebaik orang lain, ok fine. Itu hak kau nak kata apa-apa pun. Tapi kau kene pikir kalau dia bukan orang yang baik di mata orang, kita baik sangat ke? Opss, lebih kejam ayat aku adalah kau baik sangat ke? Dia ada hal dia, kawan kau yang lain kau takda pulak nak malukan yeh? Pelik aku. Sedangkan kau cakap dengan aku beriya-iya kau menyampah dengan si polan ni. Kehidupan si polan yang kau simpan rapat kononnya tu sebenarnya jauh lagi hina dari dia. Ada kau nak buka aib si polan tu depan orang ramai? Sebab apa?

Apalah salah besar sangat dia kat kau ye.

Dia mesej aku kate sangat sedih dengan tindakan kau dan unfortunately dia dah tercross blog kau yang mengutuk boyfriend dia. Ouh, pedihnya hati kawan! Kau buat apa masa tu? Kau diam je lah kan, since dah terlepas cakap dan terluah kat open space.

Diam dulu, nanti dah sejuk mesti semua ok lah tu!

Tapi kau silap. Aku ni bangsa yang memang lah pantang kalau dah salah tapi masih pura-pura betul dan konon macam takde apa yang jadi. Memang lah aku akan benci meluat lah dengan orang tu. Orang tu macam kau.

Mintak maaf tu tak perlukan seposen pun dari duit kau.

Memang bijak idea kau, lepas cakap lepas tu. Kau pun buat baik-baik. Ingat orang lain buta? Aku punya perli-perli kau kat Facebook, tapi last sekali kau hantar tentera kau tolong survey kat dia ngn aku samada kiteorang marah kau ke tidak. Haruslah rasa nak maki!

Jadi, kalau kau rasa kau boleh betulkan keadaan ini tapi harapkan aku memang tidak lah. Sebab aku rasa pada umur 26 tahun kita menumpang di bumi ALLAH ini, terlalu banyak perkara yang berlaku disekeliling kita yang kita boleh jadikan tauladan dan sepadan.

Harap kau berubah.

Kalau buruk macamana pun perangai, aku tetap kawan. Masing-masing punya pendirian dan cerita. Tapi menjatuhkan maruah kawan adalah bukan prinsip aku dalam berkawan. Kau belum jumpa siapa diri kau di kalangan kawan-kawan kau. Dan malangnya, aku tak rasa nak tegakkan pendirian aku tu untuk kau yang memang tak hormat perasaan kawan.

Harap maaf kalau aku sekasar ini menaip surat meluahkan perasaan aku. Tak dipanggil berdarah Nogori kalau bukan bermulut bertih dan laser seperti aku.

Dan, its me.

Sekian, terima kasih.



Thursday, June 2, 2011

:: Kenit Kini Telah Dimiliki ::



This entry special untuk bestfriend sy dari kecil sampai lah ke sekarang. Sebenarnya tercetusnya nak buat entry ni sebab tetibe terasa kehilangan kawan yang sama-sama sharing cerita. Serius perasaan bercampur baur. Ada gembira, terharu, sedih, bangga dan bermacam-macam lah.

Dulu masa dia bujang, kami boleh lepak kat mapley berjam-jam borak tentang apa sahaja. Masa bujang, pergi karaoke melalak berjam-jam menyanyi lagu apa sahaja. Dulu masa bujang, berjalan-jalan makan makanan apa sahaja yang sedap depan mata. Ouh, sy rindukan itu bersama sahabat sy yang ini.





Dari sekolah rendah berkawan baik, kenangan dengan dia terlalu banyak. Sekarang dia dah pun ada tanggungjawab baru. Serve to her husband. Prior. Sy paham sebab semua wanita akan mengalaminya. Sy sangat berbangga dia berjaya menjadi wanita berjaya. Sy gembira dia telah dimiliki.





Sepanjang persiapan dia nak melangsungkan majlis, sy cuba sedaya-upaya tolong dia apa yang sy mampu since sy tahu lepas ni sy tak mungkin dapat buat macam tu lagi. Dia mungkin tak perlukan pertolongan sy lagi lepas ni. Dan pastinya, sy nak dia dapat yang terbaik di majlis dia. Sy terharu dapat berada di samping dia bila dia memerlukan kawan. Sebab dia buat yang sama pada sy.







Selamat pengantin baru sahabat! Wan Noraina Wan Abdullah dengan suaminya Rahmatul Khair Tahir. Betul ke idok aku eja nama laki kau aku pon tibai je. Semoga kau bahagia dengan kehidupan baru. Walaupun status kau da berubah, tapi our relationship still remains the same. Aku tahu kau tahu aku sayang kau. Sampai bila-bila persahabatan ini takkan putus. Janji? Aku janji.



Ok, mari menangis. Sesi menaip skema telah habis.

Tuesday, March 22, 2011

:: Kesian ::

Sy baca post blog kawan sy ni. Sy kesian dengan dia tapi dia lagi kesian sebab kawan-kawan yang dia sayang tak kesian kat dia. Dia puas menjaga hati kawan-kawan dia. Psssst! kejam kan? Kalau diorang mengaku dah berkawan lama, diorang mesti tahu perubahan masing-masing. Dan yang baik apa salahnya disokong dan yang tak berapa nak elok sama-samalah tegur menegur kan?

Pesanan ringkas sy harap kawan-kawan dia paham apa yang cuba dia nak sampaikan. Harap korang boleh berkawan baik macam dulu. Sy mendoakan suatu hari nanti keberanian dalam hati korang lebih untuk bersuara untuk menegakkan mana yang betul dan membetulkan apa yg serong. Sy hanya akan perhatikan dari jauh sahaja since sy yang tiada kena mengena yang nak tolong calm-kan kawan sy ni pun di senarai hitamkan juga. Terus nak blacklist tu penyakit PTPTN je, tapi terkena pulak kat kawan kepada kawan sy tu. Ouh, memang best tau. Tapi sy bersyukur jadinya perkara ini, paling tidak pun sy tahu siapa yang ikhlas berkawan dan yang mana tidak dengan sy. Semoga ALLAH memberikan petunjuk kepada kawan kepada kawan sy tu.

Kepada kawan sy, apa yang baik itu datang dari ALLAH sedangkan yang hina buruk itu datang dari khilafnya diri kita sendiri. Semoga sy mengambil ikhtibar.

Terimalah pantun ntah bape kerat suka hati dari sy:

Ikan selar ikan bawal,
Ikan bawal lemak berkrim,
Kalau berkawan tak kira perangai tak kira asal,
Asalkan hati ikhlas tak mahu memutuskan silaturahim.

ceh ceh ceh, hebat juga bakat aku ni.

Friday, March 4, 2011

:: Teruja Haku ::


Sy ada tanya kat kawan-kawan sy di Facebook tentang definisi persahabatan itu macamana. Dan, perkara subjektif itu adalah perkara yang sebesar-besar sebab sampai lah ke sekecil kuman sebab dua insan menjadi sahabat.



Tapi yang paling tak boleh belah sampai rasa nak histeria sy pernah men-stated quote ini dan kawan sy ni memang peng-collect segala gift kat dia (even tulis atas plastik coklat!). Bunyi quote tu macam ni kalau korang tak nampak kat screen crop sy kat atas.

"Lebih baik menjadi kawan yang mengerti dari menjadi kawan yang sejati - AwekTarzan"

Sape AwekTarzan? Saya lah itu. Nama samaran kat sekolah teknik dulu. Setiap kerja hasil dari sy akan acknowledge as AwekTarzan. Kenapa sy pilih nama itu? Sebab sy sangat di-inspire-kan dengan semangat Tarzan dan sy sukakan character Tarzan. Lelaki yang independent, gagah, penyayang, dan mesra alam. Sampaikan prince charming sy impikan orang sepertinya.

Dekat buku rujukan ada satu poster besar gambar Tarzan. Kononnya semangat datanglah kan. Tapi malangnya tidak. Siap menguap-nguap pulak tengok hero kebanggaan sy tu. Letak kat buku rujukan kimia. Haruslah mengantuk! Tsk tsk tsk.

Balik kepada defini persahabatan, fahamilah ayat dari AwekTarzan di atas. Definisi dari perspektif sy. Harap jiwa kawan-kawan sy tenang disisi ALLAH S.W.T :)

Selamat Hari Jumaat.


Thursday, September 9, 2010

:: Ceritera ::

Sy sangatlah bersyukur apabila sy dikurniakan semangat yang menggunung dan jiwa yang kental untuk teruskan hidup walaupun ketiadaan orang-orang tersayang. Sy punyai abang-abang yang tetap ada disisi sy walaupon sy ni tak dengar cakap diorang. Sy punyai sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang sangat memahami sy yang mempunyai hidup sendiri dengan keluarga, kerja yang tak menentu masanya dan ada teman istimewa yang harus juga diberikan perhatian.

Teman-teman sy tak pernah lah pulak nak cakap-cakap belakang, sy sebok sampai tak boleh nak bernapas, sebok sampai berak berdiri mahupun sebok sampai masa tidor pon takde. Jika sy kata, sy tak boleh nak commit untuk bersama dengan diorang. Diorang akan paham dan takkan memaksa. Bersyukurnya sy!

Setiap manusia akan mengalami masa ini, at this point you have to divide your little time into more little. Untuk apa? Untuk satisfied kan semua orang dikeliling anda. Untuk menjadi seorang hamba ALLAH yang soleh/solehan, menjadi anak atau abang/kakak/adik yang baik kepada keluarga, untuk menjadi sahabat yang baik sepanjang masa untuk sahabatnya dan untuk menjadi teman yang baik kepada teman wanita/lelaki anda.

Takde manusia yang sempurna, kalau diberikan masa yang lebih. Sy mahu bersama orang-orang yang sy sayang ini sepanjang masa. Tapi, lahiriah seorang manusia yang memang azalinya tidak akan sempurna. Kesempurnaan itu hanya boleh dilengkapi oleh orang sekeliling yang memahami. Semoga kita yang berakal ini dikurniakan jiwa yang tabah, hati yang kental, pendirian yang teguh dan sifat yang matang untuk memikirkan apa yang baik dan apa yang tidak.

Kata orang, mana lah boleh puaskan hati semua orang. Semoga semua orang paham keadaan sy. Dan sy doakan mereka tak melalui titik tolak ini macam sesukar sy melaluinya. Biarlah sy yang paham orang lebih dari orang paham sy sebab sy tahu sifat paham-memahami itu adalah satu sifat yang sukar nak wujud dalam diri seorang hamba bernama manusia yang tidak matang.

Semoga sy dilindungi ALLAH dari segala fitnah dan kata tak elok dari orang lain.



Sekian, terima kasih.



Wednesday, September 8, 2010

:: Ikatan Cinta ::

Tahniah buat sahabat sy sejak di sekolah teknik setapak lagi.
Lazelin Shamsuddin

Tahniah setelah sekian lama berkawan, berbaik dan bermanja-manja. Terjalinlah ikatan cinta kalian. Semoga cepat-cepat lah naik pelamin. Sy doakan yang terbaik buat kalian :)


Selamat Bertunang Laze. 8th August 2010.
And Happy Birthday on the same date too :)


Monday, August 30, 2010

: Patah Tumbuh Hilang Berganti ::

Sy ada satu kisah yang dicatitkan supaya nanti sy akan sentiasa ingat perkara ini pada masa depan. Kisah kawan sy yang sy nak jadikan teladan untuk diri sy atau mungkin kepada readers juga. Ceh, ada ke orang kesah?

Kisahnya macam ini.. Encik Digaman (nama komersial adalah Dig) adalah seorang lelaki muda yang tak kurang hebatnya dari segi kekeluargaannya, kehidupannya, rakan-rakannya, serta sekeliling pekerjaannya juga. Tetapi, Dig mempunyai krisis dalam hubungan percintaan dia. Dig ini kalau sy klasifikasikan dia adalah seorang yg tulus dan lurus dalam hubungan cinta dia. Bukan cinta sebarang cinta, Dig telah melalui satu hubungan cinta yang pasang surut. Tapi bila ditanya dalam banyak hubungan cinta dia, mana satu terpahat dihati Dig? Dig pon jawab hubungan cinta bersama Hurufah (nama komersial Hu).

Hu adalah seorang wanita yang biasa dimata orang tapi istimewa dimata Dig. Setelah sekian lama berkawan, bergadoh, berbaik semula, bercinta, berkasih dan bersayang.. Hu pon kata kat Dig yang dia dah jumpa seseorang yang lebih baik dari Dig. Alangkah Dig kecewa kerana Dig telah menyerahkan jiwa dan raganya pada Hu.

Kini, Hu dengan kehidupannya yang dipilih manakala Dig pula terngiang-ngiang saat manisnya bersama Hu.. Alangkah malangnya Dig mengenang orang yang tak menghargai dirinya. Alangkah kasihannya Dig membodohkan dirinya merindui orang yang menghancurkan hatinya dan alangkah tidak beruntungnya Hu meninggalkan Dig.

Dig berkawan dengan ramai wanita selepas itu tapi jiwanya masih tak pasti tentang perasaan dia sendiri. Dia tidak membersihkan sepenuhnya jiwa dia yang pernah dikongsi bersama Hu. Alangkah kasihannya Dig kerana membazirkan masanya mengenang manusia yang tak pernah jujur menyintai dia. Dig menerima insan lain tapi jiwa Dig ada tertinggal saki baki cinta lalu. Aman kah dia nanti? Adilkah untuk si cinta yang baru? Dan akankah dia bahagia dengan semua itu?

Dikala dan saat ini, Dig seharusnya memberikan ruang pada pasangan Dig untuk menambat hati Dig. Dig kena bagi peluang kepada diri Dig juga untuk orang lain merasa kasih sayang Dig. Dig kena percaya yang patah itu akan tumbuh dan yang hilang pula akan berganti. Percayalah Dig. Kalau tak percaya jugak, Dig tanya orang-orang dulu yang buat pepatah ini.


May ALLAH bless Dig and all my friends :)

Friday, August 20, 2010

:: Berehat Dengan Beruk ::



Wahai hari yang begitu singkat, perancangan begitu berlambak tapi di-cut-kan kerana ada perkara yang lebih penting. Sy sepatutnya 14hb August 2010 hari tuh pergi teman Mr Acan berbuka puasa bersama kawan-kawan dia. Kawan-kawan dia yang sy kenal. Wah! beriya-iya dah ni, pegi keje pagi sampai petang teros nak balik dan siap-siap pegi berbuka. Tapi tetiba sahabat kesayangan sy Wan Noraina sakit pulak. Sy punya risau sehinggalah sy wat keputusan cancel follow Mr Acan dan teros shot pegi umah Wan. Nuida yang dah lemau keje teman lah sy bersama-sama.



Dipendekkan cerita kami jumpe, nangis-nangis lah si Wan ni sebab sakit sgt. Ajak pegi kelinik takmo. Adoi, tipikal rakyat Malaysia penakut jarum.

Sudahnya, Wan kate bawak lah dia pergi jalan-jalan. Adoi sekali lagi, seronok sy jadi derebar orang sakit. Alhamdulillah sy tak berjangkit. Terbawaklah kami sampai ke satu kawasan yang ada banyak beruk. Waih, awesome lah waihhh!



Dalam takut-takut tuh berjaya jugak lah tangkap sekeping dua gambar. Seronok tau. Pastu kami pon pegi la berbuka. Nuida kami dah anta awal-awal jumpe BF dia. Sy bahagia untuk dia. Sy gembira kerana dia bahagia. Sy lapar sekarang sebab sy puasa dan tak sahur. Ape kene mengena. Haih..

Sekarang, thank GOD sebab Wan dah sehat.

GOD, Please pity on us!



Wednesday, August 4, 2010

:: Sila Paham ::




Sy seringkali dan berkali-kali di tanya. Ouh, bukan sy sahaja malah Mr Acan juga tentang perkahwinan. Isu ini sangat sensitif. Sy harap lepas sy post entri ini, takdelah orang nak tanye sy tentang ini dengan begitu direct.

Bagi sy, marriage is not the end of the relationship. It is actually the beginning of everything. Ada orang jodohnya sangat cepat. Habis sekolah terus kahwin. Contoh terdekat kakak ipar sy iaitu isteri abang sy, banyah. Kahwin seawal 18 tahun. Alhamdulillah keluarga mereka masih bertahan sehingga sekarang dan dikurniakan 5 cahaya mata.

Ada juga yang berkawan bertahun-tahun baru lah dapat memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri. Ada pulak tu yang tak sempat nak ikat tali yang sah terus berpisah. Ada jugak yang kahwin-kahwin je bercerai. Sy takut untuk semua itu. Sy berpengalaman untuk semua itu. Ibu dan ayah berpisah. Sy dapat rasakan semua tuh walaupun masa tuh sy kecik lagi. Sy tenang aje tapi sy sedih kalau ibu sedih.

Tapi kan, mana ada hubungan yang baik-baik aja sentiasa. Mana ada tak bergaduh-gaduh. Kalau takut di lambung ombak, janganlah berumah ditepi pantai. Kalau takut dengan komitmen dalam suatu hubungan, jangan berani memberi kasih sayang mahupun menerima kasih sayang tuh. Ewah, jiwang aku. Jadi kepada semua orang, sy masih 20 an. Ape bedanya dengan 17 thn? sy tetap perempuan.

Sampai seru sy, bila ALLAH merestui segala sesuatu yang akan berlaku pada diri sy, sy hamba yang hina ini redha menerimanya. Semoga ALLAH memakbulkan doa-doa sy. Semoga sy tenang dan gembira dengan kehidupan sy. Sy sangat sayangkan zaman bujang sy bila dilimpahkan kasih sayang dari abang-abang sy, dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang terbaik-baik dan pastinya sy mempunyai teman lelaki yang sangat awesome dan paham isi hati sy.

Sy harap kegembiraan sy ini tak terhenti disini walaupun status sy berubah masa hadapan nanti. Sy mahu semua orang tahu sy sayangkan mereka sepenuh jiwa sy.

Semoga ALLAH merahmati orang-orang yang sy sayang. Dan semoga ALLAH limpahkan kasih sayang ke atas sy. Amin.


Sunday, September 27, 2009

::Baru Blk Asrama::

Masih sempat menghapdet blog.. Huhu~
Sy kesuntukan masa dan waktu. *kan sama mksdnye??*
Pas bertolak blk JB dari umah manis umah di Setapak.. Sy pon mendrive kereta sorg2 kerana Ecah Si Mak dugong x sedar diri mau pulang ari senin ke selasa. Suka suki ko jer. :P
Dalam kol 2 sy bertolak dari tol Sg. Besi kemudian smpilah sy ke JB kandang pelajaranku kol 4.45 ptg.

Benti mkn jap. Keepsi ^_^

Masih sempat wlupon di lane paling kanan. Erkk!

Sy agk teruja kerana kereta kuda sy boleh menunggang laju sehingga speed 150 km/hr jer. :P
Laju2 kang jadi kapal terbang plak. Da kene tuka title kerete kuda.. -_-
Kemudian, sy pon bergegas ke asrama mengambil bestfriend terbaik baik bagus hebat awesome hensem jantan metroseksual idaman kucing melaya : Nine ^-^
Slps tuh sy pon shut pulang ke asrama sy plak a.k.a penjara Nine.
Ni adalah sket sedutannya :







Rentetan melepaskan kerinduan terhadap sahabat jiwa raga :)

Ok ok. Samat2 sume. Sambung keje blk. Dabeda Bedu!
*kenapa mesti happy nk smbg keje??*
Musykil lah T_T

Thursday, September 10, 2009

:: Today is Hot ::

Ari ni sy dihinggapi penyakit demam.
Adoi.. Berderet2 keje.. Mak aih.
Ptg td sy g btolkan kete.. Besela nk balik raya ni.. Jauh perjalanan kan.. Uhuk2~ *batuk*
Dgn tekak yg sakit dan perasaan yg panas dan dilimpahi thermometer yg menunjukkan degee my body is 36.. Adoi.. Kepala ku berat. Uhuk2~ *batuk sekali lagi*

Sy rasa banyak faktor kedemaman melanda.. Ok ok. sy senaraikan.
Seperti di bawah:

1. Kerja yg bertimbun iaitu PSM, PAP dan Project Design.
2. Pulang dari Kapar yg sgt menyiksakan melalui masa2 kejam. Naik unta tiada econ.
3. Homesick. Mau pulang cari baju raya. T_T
4. Sakit biasa sorg pompuan.
5. Kekedutan muka kerana pengeluaran wang yg agak power rangers.
6. Terkujat senin ni ada big presentation regarding to my research stdies.
7. Penyakit suka tido kembali menhantui. Macamana mau siap keje O_o??
Ok. Suda. Nanti nmpk sgt mereka cerita nk menyedihkan lagi keadaan.

Jadi, ketika tempoh menunggu keta siap diperbaiki..
Sy telah bertapa di Jasco untuk 4 jam tros smpi berbuka.
Wattafissh.. Keje byk la Fida. Sy tahu! Tp sy demam. T.T
Eh2, bleh ker camtu??
Sila consider. Baiklah.

Ni la manusia bertopengkan perangai lelaki menjaga sy dari slipped. Then dia telah mencuba sedaya upaya dia untuk menceriakn ari sy. Mekasih Kak Ee. Tetibe ari ni syI dapat lagi nama baru which is Gurl. Erkk~ Jik jik.

Jadi, sy mintak sume manusia di bumi ALLAH ini mendoakan agar sy mendapat kesihatan yg baik.
Sy mau wat keje.
Adioss.

Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..