Gembira itu kita yang cipta. Bergembiralah!

Showing posts with label kek lapis ada bermacam2 kaler. Show all posts
Showing posts with label kek lapis ada bermacam2 kaler. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

:: Terkubur? ::

Lama sungguh tak post ape-ape kan? Untuk informasi kawan-kawan dan silent reader semua, sy dah mula kerja baru pada 12 December lalu di tempat baru keadaan sekeliling pon baru semuanya baru. Huahahaha. My first lingua franca adalah English ye di office. Al-maklumlah awak kerja di kompeni omputih. Mujur awak hidung kemek je omputih jadi tertarik. Dia kata dia bosan tengok orang hidung mancung. Ok, tipu di situ.

Apa yang sy rasa janggal gila sekarang (kompeni dulu dan kompeni sekarang)?
Satu: Kena pakai formal attire.
Dua: Tak boleh pakai seliper Gombak mahupun Jepun sebab head boss dari UK.
Tiga: Tempat makan yang kelas menengah atasan. Hari-hari aku boleh kopak. Jual baju-baju yang berlambak kat dalam almari pon belum tentu dapat sara kos hidup di metropolitan. Penipu lagi.
Empat: Pergi kerja guna Putra LRT dah sekarang. Kecian Greeny kena tinggal kat Putra Station. Ingat nak bawak sekali tapi Greeny gemok.
Lima: Berlajar benda baru semua baru terms baru scope baru dan pastinya stream pon baru. Semua berubah dan sy suka!

Semoga sy kekal cekal dan tabah. Hidup tak selalunya indah tapi sy sedang melalui moment indah. Berlajar perkara yang sy memang nak berlajar. Thank GOD.

Kawan-kawan save February In Love next year untuk sy okeh. Am getting married :)

Love Love Love.

Sunday, November 27, 2011

:: To JMI With LOVE ::

Tinggal lagi beberapa hari lagi sy akan secara rasminya berhenti dari AZRB. Bukan hati ini terlalu kebal, kesedihan itu tetap ada. Tapi siapa yang tahu disebalik senyuman pasti ada satu perasaan sedih yang disembunyikan.

Selama mencecah 1 tahun 9 bulan sy di AZRB, sy telah melalui pengalaman yang sangat-sangat berharga dalam hidup sy. Itulah perkara yang sy akan kenang sampai bila-bila. Paling tak akan dilupakan adalah kenangan sy bersama projek Jalan Masuk Istana (JMI) di Jalan Duta.

Ada ayah, ibu, abang dan kakak dalam satu bumbung. Menjadi satu keluarga yang penuh asam garamnya. Ada masa ketawa bersama, gembira bersama, tekanan bersama, sedih pun bersama. Yang berlalu, biarkan ia berlalu. Tapi kenangannya tak salah untuk disimpan.

Buat Boss sy Encik Syahril, terima kasih banyak-banyak atas tunjuk ajar dan pengalaman yang diberikan. Walaupun boss lantang bercakap, sy tak ambil hati sikit pon. Sebab bagi sy, yang baik dan betul tak salah dipersuarakan. Boss memang sesuai jadi PM.

Kepada CM sy Encik Faiz, terima kasih sebab ajar sy, back up sy taknak masuk meeting, cover sy dalam meeting buatkan kerja sy. Encik adalah lelaki yang penyabar. Sy doakan Encik dapat calon isteri yang terbaik di kalangan yang baik. Amin. Tak lupa juga terima kasih bagi sy resume Encik untuk sy jadikan reference sy. Dan syukur, sy dapat kerja baru dah.

Kepada barisan senior dan seniorita di JMI - Encik Khairol Niza, Kak Einun, Kak Rose, Kak Munah, Kak Dibot, Rizal, Syah, Aidil, Mat John, Khairol Amali, Fadzillah, Jepong, Asli, Wan Botak, Talib Safety, Kak Eafa, Bazilah, Shamsul APU, Aziz Lab, Aziz Traffic, Hafiz, Pakcik Mat, Alin dan Wak Guard. Seluruh tenaga kerja JMI, sy ucapkan ribuan terima kasih. Sy mohon ampun dan maaf untuk segala kekurangan dan kesalahan sy sepanjang pembabitan sy khususnya di JMI dan AZRB secara umumnya. Gelak ketawa, senda gurau bersama kalian memang takkan sy lupakan.

Pensyarah sy pernah berpesan, jika kita berada di rumpun manusia yang sama. Sama minatnya, pekerjaannya, dan tujuannya. Pasti ada yang akan tenggelam dan pasti ada yang timbul. Pasti ada yang cemburu dan pasti ada yang baik hati. Pasti ada yang jujur dan pasti ada yang tidak amanah. Tapi itu bukan isunya, isunya adalah jauhkan lah diri dari menjadi orang yang tidak baik. Berpeganglah pada janji ALLAH bahawa DIA membuka pintu rezeki kepada hambaNya tanpa mengira umur, darjat mahupun rupa. Tak perlu memburukkan sesiapa untuk kepentingan diri.

Ibu sy pun juga pernah berpesan, kalau kita nak orang kenang kita dengan cara yang baik. Kita buatlah baik macam kita takkan jumpa dia lagi. Kalau dia yang dingin, itu hak dia. At least, we didn't give a damn to them.

Semoga perjalanan hidup kita masing-masing diberkati ALLAH. InsyaALLAH.












Friday, November 4, 2011

:: LOL ::


Hahahahahahaha!

Sejak dua menjak ni kan selalu je comment "hahahahahhaha" kat post orang. Agak-agak hangin tak orang ye? Sebenarnya Pah Cepot (sy lah tu) terlupa sesuatu. Ouh, pilu. Dah schedule post untuk wedding preparation lepas tu tak tukar tarikh wedding. Hahaha! Jadi post itu kelihatan macam menipu je. Hahahahahaha! Since maybe dah ada orang tercrossing my blog ni.. Ampun ye, sy terpaksa remove sebab Pah Cepot ni malu pula tetiba sharing pasal kawen-kawen ni.

Sy sedang gigih mencari peluang kerja lain. Sebab sy rasa jiwa dah kebal nak manis muka dengan orang-orang yang tak appreciate diri ini. I am not going to Terengganu. For whatever reasons it is. Enough is enough lah. Kehidupan sy perlu diteruskan. Semoga mereka-mereka mendapat rahmat dari ALLAH. Sy doakan yang baik sahaja kepada mereka. :)

Ada quote sy dapat dari Twitter sy tulis:

"What worries you, masters you"

And i am never gonna let them masters me. I will live to the fullest with my own way definitely.

Doakan yang terbest-best ye kawan-kawan :)





Wednesday, September 21, 2011

:: Putrajaya Suck! ::

Kenapa suck? Sebab sy selalu sesat. Sebab kening sy berkerut memikirkan deadline dan kerja yang tak setimpal masa. Sebab tempat makan susah. Sebab dekat site office takda aircond dan menyebabkan ketiak sy sentiasa seperti suhu di hutan hujan khatulistiwa. Sebab wujud penyakit generator yang supply elektik rosak dan program yang sy buat tak sempat nak save - most shittest scene. Sebab satu hari pergi dan balik termasuk tol approximately expenses adalah RM30 tak termasuk nak belanja beli makanan. Dan haruslah sebab tak boleh balik awal seawal 5.16 petang! Kesiannyeeee kan?

Ok, pandai kau membebel Fida ye?

Kau tak tahu pulak setiap kali kau makan akan ada orang belanja, mungkin sebab simpati kena ulang alik KL-Putrajaya. Kau tak tahu juga Project Manager sini siap bagi kau the most comfort place untuk kau planning Recovery Work Program kau, mana lagi kalau bukan Projek Dataran Putra yang aman yang boleh main kejar-kejar dalam site office bersama Hajar dan Enun. Kau tak tahu yang kau ni di tatang bagai air longkang di dalam longkang? Kau tak tahu banyak benda yang boleh kau jadikan pengalaman berharga di Putrajaya.

Ouh, insaf semula. Bersyukur segala yang diberikan.


Night mode di Masjid Putra, Dataran Putrajaya.


Daily mode. Ouh, semakin kusut. Stress kerja yang tak pernah habis.

Eh, lupa pulak nak cerita sy beli henpon baru - BlackBerry haruslah. Beshnyeee. Serius! Tapi bateri dia flows fast lah dan kualiti gambar tak sehebat Sony Ericsson K770i sy. Tapi diucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya membeli henpon canggih akhirnya.

Doa yang terbaik untuk diri masing-masing ye, masukkan nama sy sekali dalam doa kalian. Terima kasih :)


Monday, September 5, 2011

:: Raya 2011 ::

Tak mahu cerita banyak-banyak. Mari tengok gambar raya sy. Untuk tatapan bloggers sahaja. Facebookers pon tak dapek nak tengok. I tak upload you.

Nephews di depan rumah di kampung. Besor dah anak buah kau Fida.

Family photo. Dari kiri: Ct (kakak ipar-abang No.1), Abang Fizi (Abang No.1), Banyah (Abang No.2), Ayah, Bob (Abang No.3), sy dan anak-anak buah yang lelaki sahaja - dari kiri: M. Aziq Izzuddin, M. Naqiuddin dan M. Luqman Fitri.

Candid photo - family photo.

Melawat kubur Ibu dan Wan. Kesian kat anak-anak buah sy yang tak paham apa-apa lagi. Orang doa ikut doa juga. Kepada sape diorang doa, diorang pun tak sempat nak kenal.

In the making of Lemang. Hasil air tangan sy. First time wok!

Beraya di rumah Mak Sedara to-be, Achik. Sebelah sy adalah Momma to-be.

Gambar sengalians. Sisters in-law to-be, Aina and Ika.

One more shot. More insane.

Selamat hari raya guys! Selamat segalanya diharapkan. :)

Wednesday, August 3, 2011

:: Masa Sangap ::

Masa sangap sama dengan masa terluang. Masa yang aman tak tahu nak buat apa. Masa yang terbuang macam tu. Haa, masa ini lah paling syok kalau tidur. Itu kalau mata nak lelap. Kalau mata terbeliak macam sakaratul maut nak menjemput macamane? Apa pilihan anda? Mahu kekal terbeliak memandang siling? Pilihan sy adalah membaca buku motivation. Ni nak pecah rahsia sikit, kalau Bob baca buku cinta cintu siapp! Mane stock lah dia dapat. Cerita nak romantik aje.

Buku apa yg sy baca?




Ini antara chapter dalamnya.

Buku kali ini sy baca tentang 1001 perangai dalam keluarga. Ya, memang kita biasa lihat sesebuah keluarga bahagia dan haruslah yang kita selalu lihat tu lebih bahagia dari keluarga kita sendiri. Tapi hakikatnya setiap keluarga itu mesti ada lebih dan kurangnya. Kalau kita lihat adik beradik kawan kita pandai segala. Ada yang doktor, peguam, jurutera (nak jugekk!) dan cikgu lah paling lazimnya. Tapi disebalik kelebihan itu, pasti ada yang kurangya. Apa dia? Ahli keluarga sendiri sahaja yang tahu.

Kawan sy pernah kata, anak-anak ini umpama setandan pisang. Ada yang elok ada yang kurang elok. Memang asalnya dari satu pokok yang sama tapi buahnya tak tentu elok semua. Samalah juga dengan perumpamaan 'Iman tak boleh diwarisi dari ayah yang bertaqwa'. Kalau mak ayahnya alim ulama', belum tentu lagi anak-anaknya akan sama begitu.

Sy ambil sikit petikan dari buku ini, Chicken Soup for the Soul - All in the Family.

"We find comfort among those who agree with us - growth among those who don't."

Setuju tak? Kalau tanya sy, sy setuju. Selamat bersyukur kepada semua. Semoga kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

Monday, August 1, 2011

:: 1 Ramadhan 1432H ::

Bila datang bulan rahmat ni mulalah jiwa kacau. Mulalah rasa nak jadi Ibu yang paling terel boleh masak semua lauk pauk. Mulalah rasa nak form sembahyang terawikh bukan lapan rakaat je. Tapi yang paling kritikal adalah mulalah rasa rindu sangat-sangat tak terhingga kepada Ibu yang melahirkan dan Wan yang pernah menjaga dan tinggal bersama sekian lama dulu. Bila lah Fida nak berubah dan tidak bersedih lagi ye? Berfikir sejenak.

Ini adalah Ramadhan yang terakhir (insyaALLAH) bagi sy sebagai seorang gadis yang bujang lagi comel tambahan cantik malatoop pula. Ini adalah Ramadhan yang pertama dan terakhir (insyaALLAH) bagi sy sebagai tunangan orang. Ini adalah Ramadhan terakhir (InsyaALLAH) sy bersahur dan berbuka dengan Bob. Bob, jangan sedih. Eleh, kau yang sedih sebenarnya Fida. Nanti bangun pagi-pagi jangan ketuk bilik aku pulak ye suh aku bangun sahur.

Apa-apa pun terjadi, akan terjadi. Sy ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia amnya dan di Malysia khasnya. Semoga kita mendapat keberkatan dari bulan rahmat ini. InsyaALLAH.




Thursday, July 28, 2011

:: Sy Masih Adik Kecil Dimata Mereka ::

Bila perangai kau dah macam-macam Fida, orang gila pun boleh normal semata-mata nak tegur kau punya perangai yang dah macam orang gila. Abang sy selalu cakap sy sentiasa dapat apa yang sy hendak. Betul ke? Abang sy kata sy ni manja dan sentiasa hendak dimanja. Betul ke? Sy dah besarlah abang-abangku. Sy nak buat keputusan sendiri. Sampai sekarang life planning sy abang-abang sy take care lagi. Sy ni masih adik kecil di mata mereka. Kadang-kadang macam tak adil pun ada jugak. Sy tahu diorang tak nak sy jadi macam diorang. Sy tahu diorang sayang kan sy. Sy tahu. Tapi dah lama-lama rasa nak menjerit jugak sebab apa yang sy impikan tak boleh dapat. Benciiiiii!



Apa-apa pun, I love you brothers. T_T




Wednesday, July 20, 2011

:: Julai Yang Menggairahkan ::

Sekarang baru dapat tarik nafas lega sedikit sahaja okeh. Ni semua gara-gara kesibukan Bulan Julai yang banyak sangat aktiviti dirancang dan tak dirancang. Kita rangkumkan sekali boleh tak? Boleh lah, boleh lah, boleh lah. Buat muka paling manja sekarang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
1hb Julai 2011 (Jumaat)
Happy Birthday to Shawal dan Belated Birthday to Kiki
Happy birthday kepada dua orang kawan baik gila Mr Acan ni. Sambutan yang sederhana tapi meriah sebab melalak di karaoke iaitu aktiviti seperti biasa kalau sy dibawa join sekali. Tak tahu lah kalau aktiviti tak seperti biasa macamane pulak. Garu kepala sebab terpikir kalau orang tanye sy nak jawab ape? Turut bersama pastinya Nomey kawan baik diorang juga sejak dari sekolah rendah. Eleh, nak jugak. Orang ada kawan baik dari sekolah rendah dia pon nak jugak. Plagiat betul.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
2hb Julai 2011 (Sabtu)
Wayang Transformer:Dark of the Moon
Pegi tonton Transformer: Dark of the Moon bersama Mr Acan. Gila hebat form sangat tengok wayang pukul 11 pagi. Wah, bersemangat sungguh. Rumusannya, haruslah cerita dia awesome sangaaat. Nama baru sy terus bertukar kepada Opida Aprime. Tsk tsk tsk. Obsession.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
3hb Julai 2011 (Ahad)
Kakak Shawal Kahwin
Tahniah kakak Shawal. Cantik tau. Tapi gambar takda. Cerita je lebih. Sob sob sob.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
9hb Julai 2011 (Sabtu)
Perhimpunan BERSIH 2.0
Ini part yang best ni. Ramai orang post pasal BERSIH ni. Samada betul atau tidak, realistik atau tidak. Tapi kebenarannya adalah terjadi jugak perhimpunan itu. Memang satu KL sunyi sepi tapi kenapa pulak aku kena kerja hari itu? Memang mengancam kehidupan betul. Heaven tau jalan kat KL sambil kaki letak atas dashboard dan akan terus dimaki seperti anak pungut oleh Mr Acan! Tapi pedulik apa, pekak kan je telinga. Janji amik feel jalan lengang. Sy taknak komen macam-macam. Sy rasa mulut sy cukup lantang untuk menyuarakan perasaan sy, tapi sy masih sedar diri sy menjunjung langit yang sama. Kembali merendah diri. Esok lusa kau Fida dapat kerja gomen mesti orang kutuk berbaldi-baldi kau!


Bangga gila.


Baru nampak Polis berkerja tak kelip mata. Tahniah.


Bertapak. Sanggup.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
10hb Julai 2011 (Ahad)
Majlis Pertunangan Qemmal dan Yen


My girlfriend. Gorgeous!


Sebelah adalah mualap konon-konon. Gila macam minah kemboja dress-up sy masa ni.


Anak Baie dan Alip. Mak oih, comel tembamnye. Lenguh tangan sy dukung baby Azmil sebabnya bagi laluan kat mak ayah dia baru nak berdating balik. Mak ayah to-be ambik seru kejap.

Jadi, tahniah kepada girlfriend sy yang sorang ni. Dia pun sebenarnya tak jangka tarikh dia bertunang sebulan selepas sy. Jodoh dah sampai, maka tempuhilah ia dengan gembira hati kan? Sy harap dia happy dan akan sentiasa happy! Love you darling ku yang buchuk! Kepada Yen tunang kepada Qemmal, semailah kasih sayang dan tolong jaga hati Qemmal baik-baik sebab dia baik orangnya. Sama lah dengan Yen. Hihi.


-----------------------------------------------------------------------------------------------

G.I.G I-City Shah Alam

Terbaik lah awok-awok! Kumpulan Oh Chentaku! dapat RM8,000.00 for the first place. Tapi berbaloi dengan performance diorang yang memang awesome. Ape ni? Banyak sangat ayat awesome. Meluat tau. Pui pui. Secara live dengar Awie Rafael tau. Kelas tau. Konsert sebelah malam pulak tak sempat nak tangkap gambar sebab sy asyik duduk je. Lenguh pinggang macam nenek tua dah. Dan-dan terus beli susu tepung Enlene. Sekarang setiap pagi, satu gelas susu dipermulaan hari. Best kan? Tidaakkkk!


Persembahan diperingkat Final kumpulan Oh Chentaku!


Awie Rafael. Sy biasa-biasa sahaja dengan dia. Tu sebab takde link nak diattachkan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
11hb Julai 2011 (Isnin)
My 26th Birthday



Ehem-ehem. Birthday sy ye. Ye, tambah umur tapi jiwa masih muda remaja. Masih mengada-ngada. Masih liat liut tapi sedikit matang. Percayalah sy dah semakin berubah. Sy dapat hadiah istimewa dari Mr Acan. Jam tangan dan baja pokok yang sy harus jaga semai. Siap dinner treat kat Bukit Ampang. Suka sangat! Jam Mr Acan bawak sy pegi beli then suruh sy pilih sendiri. Lepas beli terus lah pakai. Apa lagi. Hehe. Tapi kan, ayat dia sy ingat lagi. Menusuk jiwa ini, "Sayang, awak jaga semai pokok ni macam awak semai kasih sayang antara kita. Awak hidupkan dia macam awak hidupkan cinta kita."




Hadiah set semaian rumput Jepun.


Kotak jam tangan seksi pilihan sendiri. Konon lepas apply jam ni. seksi macam Catwomen. Tak lah kau Fida!

Terima kasih kepada semua orang yang mendoakan kesejahteraan hidup sy. Sy amat terhutang budi dan sy sangat berbangga korang semua ada dalam hidup sy.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Oklah, sy dah penat otak pikir sequencing activities sepanjang Julai ini. Ada lagi 10 hari untuk pengakhiran Julai. Mungkin akan reda sikit lah kot sebab dah penattttt. Mesti korang penat jugak kan bace? Takpe, exercise mata. Barulah juling tak terjadi.

Selamat menempuh bulan puasa semua umat Islam. Semoga ini bukan lah puasa terakhir kita. InsyaAllah :)


Tuesday, July 12, 2011

:: Kejapppp! ::

Boleh tak nak ambik nafas panjang kejap. Minggu ni sangat pack dengan activities! Ok, janji sy akan update entri pasal beberapa perkara yang sy telah lalui. Soonest as possible!

1) Perhimpunan Bersih 2.0

2) Majlis Pertunangan Qemmal & Yen

3) My 26th Birthday

4) Juling Adalah Satu Keistimewaan

5) G.I.G I-City Shah Alam

Pergh, niat sampai 5 entri nak buat. Tapi masa tak mengizinkan. Nanti akan di follow-up satu-satu okeh!

Have a good day everyone!

Kepada sape yang rasa dia cute, sila senyum sekarang.
^__________________________^
Awesome tak? Kan? Kan?

Thursday, May 26, 2011

:: Sape Pedajal Aku? ::

Tak paham betol sape lah yang pedajal pegi bagi nombor hp sy kat pak guard site office kami ni. Call siap tanye sihat ke tak, tak ke perangai kalau aku dah jumpa kau kat office petangnya? Dah mabuk ke ape? Biasa lah tipikal orang baru nak kenal hantar mesej bagitahu nama. Ok, sy kenal kamu. Tak payah lah susah-susah nak kenalkan diri sampai 40 kali. Kesian sy jadinya. Masalah paling utamanya, mamat pakistan ni tak ingat nama orang yang bagi tu. Semua nama sy bagi semua ye je. Abih tu mana yang betul nye? Sabo betul lah.

Officemate ajar suruh tangkap gambar orang yg disyaki dan tunjuk kat mamat pakistan ni. Kalau berjayalah misi ini, memang semburan volcano akan meletus di Jalan Duta lah. Main-main lah korang ni. Sesuka hati bagi number aku kat stranger!

Ok, Fida. Kita buat-buat cool je dulu. Nanti siasat pelan-pelan. Tak pon tarik rambut mamat pakistan tu suruh dia ingat sampai dia trauma tak mahu cakap lagi.

Serius rosak mood remaja aku lah!

Tuesday, May 10, 2011

:: All In One ::

Kita rangkumkan cerita dalam satu entri ok tak?

Hari tu 7hb sehingga 8hb May pergi Hari Keluarga JMI-AZRB kat Pantai Indah Sea View Resort, Jeram, Selangor. Serius pertama kali pergi sana, no so bad lah. Segala makanan laut di sana freshly came from sea.


Scenery di Jeram, Selangor.

Dalam masa yang sama, tidak dilupakan penghargaan semperna 8hb May 2011 Hari Ibu dan haruslah kepada Ibu tercinta terkasih teristimewa Puan Radziah binti Singah kerana menjadi Ibu yang ter-best sepanjang hayat sy. Setiap hari Ibu adalah yang paling teristimewa. Sorry Ibu kerana tak sempat membalas jasa Ibu, hanya dapat bagi bacaan Surah Al-Fatihah hadiah hari -hari kat Ibu dan Wan. Kalau Ibu tak jaga N, N tak mungkin jadi macam N hari ini. Terima kasih ye Ibu. N sayang Ibu tak terhingga.
*Angin sampai ucapan syukur padaNya*


Still lagi berperangai old-school, letak gambar Ibu dalam purse. Hari-hari compare muka ada kelainan tak dengan Ibu. Mahu cantik seperti dia. :)

Ok, close the story.


**Iamburnouttodoallthisalone.Toomanythingstothink.Iadmit**





Thursday, April 14, 2011

:: 5 Hari ::

Dalam masa 5 hari saje sy terus tukar profile picture di FB sy. Alasan? Sebab tak biasa cantik-cantik. Wakakaka. Poyo ayat. Tahu dah.


Gambor lama kononnya stail tu. Gambar yang baru sebelah kanan. Kan naive rupanya. Sy selesa yang sebelah kanan lagi.

Sebenarnya kan semalam sy baru buat vandalism kat staf office sy. Sy patahkan wiper kereta dia. Emo kan? Oklah, nak tahu kenapa sy buat macam tu korang tengok kat comment status kat bawah lah. Sy tak boleh berfikir sekarang ni. Tension kerja berlambak, esok due. Adoi. Tapi malas nak buat task. Nak makan apa ye nak kasi kurangkan stress? Ok, jangan kata chocolate sebab sy selalu marah kat Mr Acan less chocolate if you love me please! Takut that words come back to me.

















Time ni lah kawan-kawan yang ada boleh mengurangkan sakit hati yang terbuku saki baki sebab semalam punya kes. Sampai Surveyor kat opis sy kate tak mo ganggu sy hari ni takut wiper keta dia sy cabut pulak. Wakakaka. Memang emo bunyinya. Chainman cakap ari ni balik lewat pulak ada mood ke? Wakakaka. Memang tempias tak mood sy semua rasa. Maaf kan sy semua orang. Sy akan cuba tak bawa kisah semalam ke hari mendatang. Sy cuba okeh!

Sy akan cool kalau takde orang yang macam peristiswa semalam ada di depan sy. Itu janji sy.

Have a nice day everyone! :)




Tuesday, April 12, 2011

:: Aku Blur Akibat Cantik Sekejap ::

Ok, time taip ni tajuk takde lagi. Kita taip panjang-panjang dulu. Nanti pikir tajuk kemudian. Baru-baru ni (barulah sangat tu bila? Ok, 9hb April 2011) sy dengan teman semencarut sy Sara, Wan dan Nuida pegi lah menggila upah photoshoot. Lokasinya di Taman Botani, Putrajaya. Dan hasilnya menjadilah begini. Tak cantik tapi stail. Poyo melampau-lampau.





Itu dulu lah gambar dari henpon sy. Yang real nya, tungggguuu..!

Bila menyebut isu fesyen, sy angkat tangan dulu. Sebab sy adalah manusia yang paling tak suka dan tidak mengikut fesyen. Sy senang dengan tudung selimpang ke belakang, jeans dan long shirt. Heels? Haruslah tidak suka. Gambat kat atas kan sy pakai heels kan? Itu lah satu-satunya heels yang betul-betul berkhidmat dengan sy. Yang lain kasi frame, siap kakak ipar sy datang sy offer amik heels sy yang berhabuk tak pakai-pakai. Kenapa beli heels kalau tak pakai? Sebab si mengada-ngada ni nak jugak ada heels bila orang tanye, "ko ada heels?" dan sy boleh jawab, "adalahhhhh, ingat aku tak pakai ke?". Mencarut sekarang.

Baju ketika kerja pula, ada orang nak kesah sy pakai baju baru ke jeans baru ke atau tudung baru ke? Ada! Geng-geng pompuan je lah yang concern. Geng lelaki haruslah tidak. Tu sebab sy suka bekerja dengan lelaki ni. Easy going. Terbaik tau. Kalau lah lelaki ni mulut macam perempuan, memang tak senang tidur lah orang perempuan. Sambil tidur sambil mengigau. Mengigau? Tsk tsk tsk.

Make up pula, ada barang-barangnya peninggalan Ibu. Tapi tak guna sampai dah keras color cake dia. Haha. Pssst! Thanks to Nuida tolong make up kan sy masa photoshoot. :)

Sy ada satu quote untuk semua dan haruslah untuk sy khasnya..

"If we don't change, we don't grow.
If we don't grow, we aren't really living."



Wednesday, April 6, 2011

:: Ape Menatang Ni?? ::



Adoi, tension aku lah. Dahlah serabut cari benda tak jumpa-jumpa. Kereta pulak ada problem. Ntah ada apa kat dalam enjin keta sy tu sampai minyak melimpah ruah ke ladang gandum. Sempat main-main Fida! Lempang kang.

Facebook ni pulak ape hal? Dah tak suka, kata je lah. Lempang jugak kang!

p/s: Rindu pada dia di Melaka. Sekian eklan kaki free.

Wednesday, March 23, 2011

:: Boleh Tak Nak Gomol-Gomol? ::

Sebenarnya kan, gambar ni diambil lama dah. Tapi baru terjumpa dalam kamera project. Gambar kami ke majlis cukur jambul anak staff projek JMI ni, Ariff a.k.a Jepong. Memang happening sangat lagi-lagi sebab dapat tengok dengan mata kepala sendiri anak perempuan dia yang dicukurkan jambul tu. Comel tembam rasa nak makan kunyah-kunyah tau. Ekstrem gila.


Comel ke idok?




Sekali pegang-pegang, gomol-gomol dia boleh muntak susu pulak. Haha. Sian kat Kak Einun, dia yang kene. Gambar bawah adalah apak dia. Tengok apaklah. Apak pon sehat sasa tau.




Dia post, kita tengoklah. Karang merajuk..